Peace

Sunday 1 April 2018

[BEDAH MOVIE SPECIAL] Risen (2016) <- Filem yang Berkait Dengan Easter (1 April 2018)

Assalamualaikum

Entry kali ni kena dengan Hari Easter yang disambut oleh orang Kristian (Muslim jangan sambut). Jadi, kita nak bedah satu lagi movie iaitu



Sebelum kita bagi trailer cuba teka cerita ni pasal apa?
Klu: Kristian


Okay, jom kita tengok trailer jelah...


Movie ni menceritakan antara perkara asas dan terpenting dalam pegangan orang Kristian.

Iaitu mengenai 'resurrection' atau kebangkitan semula:

(1 Corinthians 15:3-7)
"...that Christ died for our sins in accordance with the Scriptures, that he was buried, that he was raised on the third day in accordance with the Scriptures..."

Jadi, siapa berlakon? Haa tu yang kita tanya dulu...haha

Walaupun cerita ni tentang Jesus, tapi watak utamanya bukan Jesus tapi satu watak daripada askar Roman tertinggi yang dipanggil tribune. Mungkin ada yang tahu masa zaman Jesus dulu, kerajaan Israel ditawan oleh Roman.

Watak tribune bernama Clavius ni dibawa oleh Joseph Fiennes. Clavius ni merupakan orang kanan Pontius Pilate, nama yang cukup dikenali dalam sejarah Kristian selain daripada Raja Herod.

Joseph Fiennes sebagai Tribune

Watak Pontius Pilate dibawa oleh Peter Firth.

Peter Firth sebagai Pontius Pilate

Satu lagi watak iaitu pembantu Clavius bernama Lucius dibawa oleh pelakon yang terkenal sebagai Draco Malfoy dalam siri franchise Harry Potter iaitu Tom Felton.

Tom Felton sebagai Lucius

Watak Jesus atau dalam cerita ni dipanggil Yeshua (nama Jesus dalam bahasa Ibrani [Hebrew]) dibawa oleh Cliff Curtis.

Cliff Curtis sebagai Yeshua


Cerita dalam movie ni kita boleh baca dalam 4 gospel utama dalam New Testament, iaitu bahagian kedua dalam Bible.

4 Gospel utama tersebut ialah:

1) Matthew (Bahasa Indonesia: Matius)

2) Mark (Bahasa Indonesia: Markus)

3) Luke (Bahasa Indonesia: Lukas)

4) John (Bahasa Indonesia: Yohanes)

Ceritanya hampir sama dalam Matthew, Mark dan Luke. Ketiga-tiga gospel ni dipanggil Synoptic Gospels.

Synoptic bermakna sama atau lebih tepat lagi, berkongsi pandangan yang sama. Daripada Yunani (Greek), 'synopsis' maksudnya 'pandangan umum' atau 'general view'.

Cuma John je yang banyak berbeza berbanding ketiga-tiga ni dalam menceritakan kisah hidup Jesus.

Contohnya:


1) Mukjizat ke-7 Jesus: Hidupkan Lazarus yang dah mati
(John 11:1-44)
2) Khutbah/perbincangan terakhir Jesus [Farewell Discourse]
(John 13-17)
3) John TAK cerita tentang Jesus tolong orang yang kerasukan


Itulah antara contohnya. Karang panjang pula nak ulas.

Semua yang berlaku dalam movie Risen ni sama dengan apa yang ada dalam bahagian terakhir Matthew 27 dan keseluruhan Matthew 28.

Joseph of Arimathea tuntut badan Jesus

Daripada Joseph of Arimathea yang datang tuntut badan Jesus lepas disalib sampai Mary Magdalene yang nampak kejadian Jesus bangkit semula.

Pengawal yang disoal siasat oleh Tribune

Pengawal yang berjaga depan makam Jesus yang kena bayar suruh tutup mulut daripada cerita perkara sebenar pun ada dalam movie ni.

Sama juga macam dalam bahagian terakhir Mark 15 dan keseluruhan Mark 16.

Sama juga macam dalam bahagian terakhir Luke 23 dan keseluruhan Luke 24.

Cuma Luke 24 ni lebih detail dan detail ni TAK ada dalam movie Risen ni. Tapi sebenarnya bila fikir, bijak juga pengarahnya, Kevin Reynolds sebab buat watak utamanya si Tribune ni, dan BUKANnya Jesus. Jadi, setiap scene merupakan daripada sudut pandang dia. Untuk tahu cerita sebenar, kita kena ikut langkah si watak utama ni dalam menyiasat apa sebenarnya yang berlaku.

Itu yang membezakan cerita Risen ni berbanding movie tentang Jesus yang lain.



Cerita Risen ni sama juga macam dalam bahagian terakhir John 17, keseluruhan John 20 dan John 21. Cerita dalam movie ni yang berpandukan John 20 dan 21 ni tak ada dalam Matthew, Mark dan Luke.

Cerita tentang Yeshua (Jesus) yang suruh menjala di sebelah kanan kapal. Peter dan kesemua apostle (hawariyyun) pun tebar jala dan dapat banyak ikan.

Cuma bahagian terakhir yang Yeshua tiba-tiba hilang jadi cahaya dan terbang ke atas tu tak ada dalam mana-mana 'surah'.



Okay, rasanya cukup sampai di sini sahaja pembedahan kita. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Tiada yang terkorban ;)

Cuma, ada satu lagi benda nak sentuh sikit. Iaitu cara halus dia orang preach atau dakyah dia orang.

Bila Tribune yang nampak sendiri penyaliban Yeshua ni, sampai akhirnya, dia nampak sendiri Yeshua yang masih hidup. Dia masih tertanya-tanya. Kebingungan. Sampai dia jumpa Yeshua sendiri dan ini yang Yeshua cakap:


  
Teringat satu golongan yang dipanggil 'Ikhwan' oleh Nabi Muhammad. Siapa yang tahu hadith tentang 'Ikhwan' ni mesti faham apa yang saya maksudkan. Ikhwan ni merupakan golongan yang berasal daripada umat akhir zaman yang tak pernah bertemu Nabi Muhammad tapi tetap rindu dan beriman.

Deep, kan?

Dan berbalik pada Easter, apa kena-mengena cerita ni dengan Easter?



Okay, tajuk movie ni ialah Risen dan cerita ni tentang kebangkitan semula Jesus pada hari ketiga selepas mati. Dan perayaan Easter adalah untuk menyambut event istimewa tu bagi dia orang. Easter digambar dengan telur, menggambarkan kelahiran semula Jesus...



Harap siapa yang lebih arif tentang perbandingan agama boleh komen kalau-kalau ada yang saya tersilap di mana-mana dalam penulisan entry ni.

Terima kasih sebab baca sampai habis. :)

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment