Peace

Wednesday 4 April 2018

[BEDAH MOVIE] The Shack (2017) - Refleksi Diri - Mencari Tuhan Sewaktu Kemurungan

Assalamualaikum

Entry kali ni kita nak bedah movie lagi...

YAY!

Asyik bedah movie je...asal tak bedah diri sendiri...mana tahu banyak kekurangan?

Auch!

Bedah je apa-apa yang kita boleh dapat mesej daripada benda tu...dan mesej tu untuk diri kita juga, kan?

2 IN 1

Jadi, movie apa yang dipilih?

Hmmm...tengoklah tajuk, wahai sang penulis, kami dah tahu.

Baiklah, movie yang dipilih ialah:



Uihh...tengok gambar macam dark-thriller je...

Sabar dulu. Don't judge a book by its cover.

The Shack? Apa benda tu?

Shack ni maksudnya pondok. Bolehlah disinonimkan dengan hut, shed, cabin. The Shack dalam cerita ni pula sebenarnya tempat persinggahan si watak utama ni untuk bertemu Tuhan.


Atau nak lebih tepat, ini dia The Shack:


Jom tengok trailer dulu:



Jadi, sebelum kita betul-betul post-mortem movie ni, saya nak minta kalau ada siapa yang view blog ni daripada PC, boleh pause dulu instrumental kat atas tu. Pada yang pakai phone, tak perlu pun. Memang tak ada muzik, kan?

Saya recommend satu video muzik untuk dimainkan sambil baca blog ni...meh tekan bawah, lepas tu skrollah...baca... 👇😊


Watak utamanya merupakan seorang suami dan ayah kepada 3 anak. 1 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Yang menjadi permulaan kepada perjumpaan si ayah dengan Tuhan ni disebabkan anak perempuannya yang bongsu mati disebabkan jadi mangsa si pedofilia, atau pemangsa kanak-kanak. Sejak tu, si ayah ni hidup dia tak tentu arah sebab trauma dan terlampau sayangkan anak dia yang mati. Perjumpaan dengan Tuhan ni berlaku beberapa tahun kemudian.

Watak utama bernama Mack ni dibawa oleh Sam Worthington, yang saya cam daripada filem Avatar.

Dipendekkan cerita, Mack dapat satu surat untuk berjumpa dengan seseorang. Kat bawah surat tu tertulis nama 'Papa'. 'Papa' ni gelaran yang diberikan oleh isteri Mack, Nan, kepada Tuhan. Dia akhirnya tiba kat tempat pertemuan dalam surat tu, iaitu satu pondok dalam hutan.

Pondok ni sebenarnya tempat anak perempuan dia mati dibunuh. Sebab tu, dia ambil keputusan untuk ikut macam dalam surat tu cakap. Mungkin pembunuh yang hantar surat tu.

Masa kat pondok tu, tak ada siapa pun kat situ. Sampailah dia jumpa seseorang yang tengah bawa kayu pokok. Lelaki tu kenal dia. Siap panggil nama lagi, Mack. Lelaki tu ajak Mack ikut dia sampai ke pondok lain. Pada asalnya, masa tu musim salji. Tapi dalam pertengahan perjalanan dia ke pondok lain tu, musim berubah jadi musim panas atau musim bunga.

Kat pondok yang lagi satu nilah, Mack jumpa Tuhan.

Jadi, siapa Tuhan yang dimaksudkan kat sini?

Allah? God? Yahweh? Vishnu? Ra?

Kita perkenalkan kesemua Tuhan yang turut menjadi watak utama dalam movie ni:

Octavia Spencer sebagai 'Papa'

Avraham Aviv Alush sebagai Jesus

Dan Sumire sebagai...Sarayu (?)

Papa, Jesus, Sara...yu? Apa tu?

Dalam erti kata lain, Holy Spirit


There we have it:
Trinity!



Sebelum apa-apa, nak cakap yang movie ni diadaptasi daripada novel dengan nama yang sama oleh William P. Young.


Sejujurnya, saya tak baca dan terjumpa novel ni. Jadi, tak dapat nak komen sama ada sama atau tak tapi in this case, kita anggap jelah sama eh?


Jom mula! ðŸ˜Š
---------------------------------------------------------------------------------

Sejujurnya, saya kena tengok balik cerita ni untuk tangkap balik semua point penting. Semua point ni sangat berguna sebenarnya untuk orang yang depressed dan rasa dunia ni tak adil. Sampai boleh kata Tuhan tu tak adil. Sebenarnya, benda ni pun kena kat batang hidung saya sendiri dan bila saya tengok movie ni adalah juga meremang dan boleh mengalir air mata ni.

Bukan orang Kristian je yang boleh dapat manfaat daripada cerita ni. Kalau kita tolak triniti tu dan gantikan tuhan-tuhan dalam cerita ni dengan Allah, kita akan terasa kerdil.

Cubalah tengok kalau tak percaya.

Masuk point pertama, sebelum peristiwa kematian anak perempuan Mack, Missy, dia ada ceritakan satu kisah kat Missy. Kisah puteri India (India kat sini bermaksud orang asli Amerika). Kisah ni rupa-rupanya memang wujud bila saya cari. Kisah macam mana terbentuknya Air Terjun Multnomah.

Missy

Saya ceritakan sikit. Kisahnya tentang perkampungan puak Multnomah yang ditimpa wabak. Ketua dia orang ni cuba menilik nasib dan hasilnya, kena korbankan puteri dia sendiri. Puak ni pun tak sampai hati dan lupakan hajat dia orang. Tapi tilikan ni sampai ke telinga si puteri. Dia pun korbankan diri dengan terjun daripada satu tebing.


Esoknya, puak dia yang terkena wabak semua pulih belaka. Tapi si ketua pun sedar yang puteri dia hilang. Si ketua minta kat Great Spirit untuk buat tanda supaya orang tak lupa. Maka air pun jatuh daripada tebing dan membentuk air terjun.


Kisah ni sebenarnya double meaning yang movie ni cuba sampaikan.

Pertama, persamaan si puteri dan Jesus yang mengorbankan diri demi orang lain (disalib sebagai penghapusan dosa manusia).

Kedua, hint kepada apa yang akan berlaku kepada Missy. 😭


Masuk point kedua, saya akan ceritakan persoalan-persoalan Mack yang dijawab satu-persatu sepanjang pengalaman dia 'bersama Tuhan'.

Jadi, untuk point kedua ni merupakan soalan pertama daripada Mack dan begitulah seterusnya. Soalannya, ialah

"Kau Tuhan Yang Maha Berkuasa, Kau ada di mana-mana, Kau tahu segala-galanya, tapi Kau sanggup biarkan anak perempuan aku mati. Kenapa?"

Jawapan daripada Papa: "Aku tak pernah tinggalkan dia."

"Mana Kau bila aku perlukan kau selama ni?"

Jawapan daripada Papa: "Bila apa yang kau lihat cuma penderitaan, kau hilang penglihatan pada Aku."


Point ketiga, Mack cakap kat Papa yang tak ada benda yang Papa boleh cakap untuk justify apa yang berlaku kat anak perempuan dia. Mack marah dan nak balik (keluar daripada tempat tu).

Dalam perjalanan balik tu, Mack terserempak dengan Sarayu yang dah tahu Mack tengah tengok jalan keluar. Sarayu tunjuk satu arah dan cakap Mack terlupa sesuatu. Sarayu baling kunci kereta pada Mack.

Tapi Sarayu reverse psychology Mack dengan minta tolong Mack kat taman sebelum balik. Katanya ada persediaan sambutan untuk esok. Kalau Mack nak tahu sambutan apa, dia boleh tinggal kat situ lagi. Mack ikut Sarayu ke taman.


Dia orang berkebun. Masa Mack tengah mencangkul dengan cangkul tangan. Dia cuba tarik satu akar sebelum Sarayu halang. Sarayu cakap akar tu beracun. Hati-hati. Mack cakap kalau beracun, kenapa perlu ada kat situ.

Sarayu cakap yang Mack beranggapan yang racun tak elok. Lepas tu, Sarayu jelaskan yang kalau akar tu sendiri memang beracun tapi kalau dicampur dengan nektar daripada satu bunga ni, akan jadi penawar yang sangat mujarab.


Lepas tu, tengah cangkul-cangkul, Sarayu tanya berapa pasti Mack dalam membezakan yang mana baik dan yang mana jahat. Mack jawab yang benda tu jelas. Jadi, tak ada masalah.

Sarayu tanya apa yang membuatkan sesuatu tu baik. Mack jawab sesuatu yang boleh menolong dia, dan orang-orang yang dia sayang.

Sarayu tanya apa yang membuatkan sesuatu tu jahat. Mack jawab sesuatu yang berbahaya, membinasakan dia dan orang-orang yang dia sayang.


Sarayu minta kepastian kalau-kalau Mack sebenarnya hakim kepada perkara baik dan jahat. Mack berkira-kira ya.

Sarayu tanya kalau-kalau pandangan Mack berubah-ubah mengikut masa. Mack mengiakan. (Kita pun sama, kan?)

Sarayu tanya macam mana kalau apa yang baik untuk kita jahat bagi orang lain? Pergaduhan akan tercetus. Daripada perbincangan yang aman.

Nampak kan point yang cuba disampaikan?

Saya nak quote firman Allah daripada surah al-Baqarah, ayat 216:

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Rasanya dah cukup panjang ni...ada lagi sebenarnya tapi insya-Allah kita sambung dalam entry selepas ni.

Terima kasih sebab sudi baca. Sudi-sudilah komen kalau-kalau ada interpretasi saya yang rasa kurang kena.

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment