Peace

Wednesday, 2 May 2018

[PART 3] Mengenali Bahasa Ibrani dan Persamaan dengan Bahasa Arab


Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni kita sambung lagi...macam yang kita dah tahu daripada entry lepas:


1) Bahasa orang Yahudi
2) Pernah pupus dan digantikan oleh bahasa Aramaik sebagai bahasa seharian
3) Tapi tetap digunakan dalam ibadah orang Yahudi
4) Bahasa Ibrani 'dihidupkan' semula pada hujung abad ke-19
5) Pengenalan Duolingowebsite dan app yang boleh diguna untuk belajar Hebrew secara PERCUMA!
6) 2 perkataan: ahava = love, ava = father
7) Abjad Ibrani ada 22




Part 2: Mengenali Bahasa Ibrani dan Persamaan dengan Bahasa Arab:

1) Pengenalan Memrise, satu lagi website dan app PERCUMA yang 'melengkapi' Duolingo
2) Dari mana datangnya perkataan 'abjad' atau 'alphabet'
3) Perbandingan sebutan huruf Ibrani dan Arab
4) [BONUS] Kenapa bahasa Arab disebut bahasa 'dhod'?
5) Pengenalan Masoretic text atau penambahan titik dan baris dalam bahasa Ibrani, sama seperti bahasa Arab


Dan kali ini, kita akan tengok beberapa perkataan yang hampir sama dengan bunyi sepupunya, iaitu Arab.

Sebelum tu, nak sambung sikit lagi cerita tentang perbandingan agama. Bila cakap tentang Yahudi, terutamanya agama, kita akan cakap tentang kitab utama Yahudi iaitu Torah (Taurat) yang dibawa oleh Moshe (Musa).

Tokoh utama orang Yahudi ialah Nabi Musa dalam hukum-hakam (daripada Taurat) yang kemudiannya diteruskan oleh Joshua/Yehoshua (Yusya bin Nun). Nabi Musa TAK sempat bawa masuk orang Yahudi yang baru lepas lari daripada Mesir (Firaun) ke 'Tanah Yang Dijanjikan'. Yehoshua sebagai pembantu Moshe yang sambung 'perjuangan' bani Israil lepas Moshe wafat.

Nota: 'Tanah Yang Dijanjikan' nilah kawasan Palestin dan Israel sekarang. Dulunya, dihuni oleh orang Kanaan.



Kononnya, Moshe bukan je dapat kitab Torah (bertulis) daripada Allah, tapi baginda dapat juga kitab Talmud (lisan) dan Talmud ni diturunkan Moshe kepada Yehoshua untuk diturunkan kepada pemimpin-pemimpin Israel.

Sebelum ni, adalah juga dengar tapi terlampau sikit mengenai kitab Talmud ni. Sampailah akhirnya jumpa satu buku keluaran Hijjaz Records Publishing, iaitu:

Zulmat dan Kehitaman Talmud: Kekarutan dan Songsangnya Kitab Yahudi Yang Dirahsiakan oleh Shahriman Wahap dan Aeril Zafrel



Daripada buku nilah dapat tahu macam-macam. Dan akhirnya rasa nak belajar bahasa Ibrani/Hebrew ni datang sebab terlampau skeptik dan tak percaya 100% olahan orang lain. Nak juga baca kitab original dalam bahasa tu.

Cuba tengok video ni, yang mana orang Yahudi (ateis) interview pandangan orang kuat agama Yahudi tentang beberapa ayat dalam Talmud:

Religious Jews are asked about the Talmud

P/S: Sorry, dah try cari nak letak video ni kat blog tapi tak dapat. Kena klik juga. Sorry.

Kalau nak tengok banyak soalan-soalan yang ditanya orang luar kepada Palestin & Israel dalam bentuk interview jalanan, boleh check channel dia. Corey Gil Shuster. Dia panggil 'Ask Project'. Projek yang khas untuk tanya pendapat daripada dua-dua pihak. Yang interview tu orang Yahudi tapi ateis.




So, back to the previous point:

Kita akan tengok beberapa perkataan Ibrani yang hampir sama dengan bunyi sepupunya, iaitu Arab.

Yang kita dah tahu sebelum ni,

Ayah:
אבא = أب

Cinta:
אהבה = حب

Bumi:
ארץ = أرض


Dan sekarang, kita akan tengok beberapa lagi:

Ibu:
אמא = أم

Dia (lelaki):
هو = הוא

Dia (perempuan):
היא = هي

Saya
אני = أنا

Awak (lelaki):
אתה = أنت

Awak (perempuan):
את = أنتِ

Adam:
אדם = أدم

Hawa:
חוה = حواء

Makan:
אוכל = أكل

Cinta (perbuatan):
אוהב = أحب

Budak lelaki:
ילד = ولد

Budak perempuan:
ילדה = ولدة

Raja:
מלך = ملك

Nasi:
אורז = أرز


Itulah antara contohnya. Nampak kan persamaannya? Jadi, adakah bahasa Ibrani dan bahasa Arab ni boleh difahami antara orang Arab dan Yahudi sendiri?

Jawapannya, TIDAK

Dan ada satu video yang boleh terangkan dengan baik tentang tu:


Kepada siapa yang minat bahasa boleh follow dia kat YouTube. Search je Langfocus atau klik je link ni.

Meh kita cuba dengar orang cakap dalam bahasa Ibrani:


Dan bandingkan dengan orang yang cakap dalam bahasa Arab:


Nampak kan perbezaan dan persamaannya? Itulah dia bunyi sepupu Semitik berbicara...

Jadi apa kepentingannya? Kenapa Ibrani? Meh satu video lagi sebagai contoh:



Okay, jadi rasanya dah cukup sampai sini. Entry penutup. Alhamdulillah

P/S: Setiap gambar selebriti kat atas ada Easter egg masing-masing kalau click *wink*

MAKE PEACE. NOT WAR.


Salam! Shalom!

Assalamualaikum

Wednesday, 25 April 2018

[PART 2] Mengenali Bahasa Ibrani dan Persamaan dengan Bahasa Arab



Assalamualaikum

Alhamdulillah...hari ni kita sambung pengenalan bahasa Ibrani atau Hebrew. Jadi, apa yang kita dah tahu daripada entry lepas?

Part I

1) Bahasa orang Yahudi
2) Pernah pupus dan digantikan oleh bahasa Aramaik sebagai bahasa seharian
3) Tapi tetap digunakan dalam ibadah orang Yahudi
4) Bahasa Ibrani 'dihidupkan' semula pada hujung abad ke-19
5) Pengenalan Duolingo, website dan app yang boleh diguna untuk belajar Hebrew secara PERCUMA!
6) 2 perkataan: ahava = love, ava = father
7) Abjad Ibrani ada 22


Jadi, apa tunggu lagi? Meh lompat ke abjad Ibrani!

Eh, tunggu jap! Ada satu lagi recommendation sebagai pelengkap Duolingo, iaitu Memrise (FREE juga!):


Sama macam Duolingo, kita kena daftar juga untuk mula belajar.

Apa beza dengan Duolingo?

Bezanya adalah dari segi approach untuk bahasa yang kita nak belajar tu...kalau Duolingo guna cara bertaip, dan lebih sesuai untuk pembelajaran menyeluruh (grammar dan vocab), Memrise pula banyak membantu dari segi vocab. Caranya dengan flashcard!


Course yang boleh dicuba:

Yang ni kalau dah install keyboard Hebrew untuk Duolingo tu kan dah senang...boleh guna untuk ni juga...😊

Kita bagi screenshot sikit macam mana overview course dia. Untuk contoh ni, kita ambil Hebrew Alphabet:


Setiap perkataan atau dalam kes ni, huruf yang kita belajar, bila dia test kita, dia akan set masa. Contohnya:


Jangan risau, kalau tiba-tiba ada hal ke...ada orang call ke...apa ke...nak pergi tandas ke...nampak tak butang pause? Kat belah atas sebelah lambang tempat siram pokok bunga tu? Ha...tekan je situ...boleh pause.

Masa kita belajar huruf atau perkataan ni, dia akan bagi kita Mems untuk kita pilih kalau perkataan tu susah nak ingat. Biasanya orang ramai yang sumbang ikut cara masing-masing.

Contohnya dalam bahasa Ibrani, bumi ialah 'erets' dan bunyinya hampir sama macam 'earth' dan mungkin bagi orang Arab, cara dia orang ingat ialah dengan samakan dengan 'ard'.


Dia ada juga dalam bentuk app. Ada untuk Android, iOS, dan Windows. (Klik untuk download)


Itu dia Memrise (lambang roket) sebelah Duolingo. Tinycards sebelah Memrise tu pun jenis flashcard macam Memrise, so kita tak ceritalah tentang app tu.


Itulah antara screenshotnya.


Saya ada cakap dalam entry lepas yang minat dalam perbandingan agama yang buatkan saya belajar bahasa Ibrani ni. Ada cerita tentang tu. Dulu, saya ada jumpa satu website ni. Website Jehovah's Witness. Jehovah's Witness ni sejenis mazhab Kristian tapi mungkin ada Kristian lain tak terima mazhab ni sebagai Kristian.

Ada Bible (Watchtowerfree tapi datang daripada luar negara dan saya book. Tapi last-last dia call, tak dapat hantar sebab kerajaan block!

WOW!

Suara orang tu pun macam serba-salah. Cuma risau je apa pandangan dia orang kat Malaysia. Malaysia ni tertutup ke? Itu je yang saya risau. Tapi tak apalah. Nak buat macam mana? Mungkin betul juga tindakan tu. Orang kurang faham tentang agama-agama ni, takut nanti ramai murtad pula. Cuma risau pihak sana yang tak faham.



Dan yang latest baru-baru ni, masa saya menulis Part 1 iaitu entry sebelumnya, saya pergi ke Perpustakaan Negeri. Mula-mula, elok tulis sebab sebelum ni pun pernah je tulis blog kat situ. Baru je beberapa perenggan tulis, tiba-tiba nak upload gambar tak lepas-lepas. Trylah buka website lain. Okay. Internet okay.

Tiba-tiba, Blogger kena block. Eh, kenapa pula? Saya test Facebook okay. Twitter dah tak lepas. Wordpress tak lepas.

Hmmm...kenapa masa saya tengah tulis blog tu? Sebelum ni tak ada apa-apa? Atau sebab saya ada upload gambar Hitler dan bendera Israel? Adakah kerajaan memantau blog tu masa saya tulis? Fuhhh...

*ehem...ehem...*

Terpaksa balik sambung tulis kat rumah.

Tapi masa kat library tu saya jumpa ni:


Kamus Tujuh Bahasa! Dan Hebrew ada dalam salah satu daripada tujuh tu:



Okay, dah...dah...lari topik. Meh sambung abjad Ibrani:


 4 Abjad Ibrani pertama:

1) א - Alef
2) ב - Beth
3) ג - Gimel
4) ד - Daleth

Cuba perhatikan abjad Arab pula:

1) ا - Alif
2) ب - Ba
3) ج - Jim
4) د - Dal

Nampak tak macam mana 4 huruf ni membentuk perkataan ABJaD? Atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai AlphaBet?

ABCD?
(C dan G boleh ditukar pada zaman dulu, sebab tu dalam Inggeris C boleh bunyi macam K)

Huruf-huruf Greek:
Alpha Beta Gamma Delta



Nampak tak persamaan semua ni?

Eh, tapi bukan Arab 'alif, ba, ta, tha' ke?

Okay, cuba perhatikan betul-betul huruf ni:

ا، ب، ت، ث، ج، ح، خ، د، ذ

Sekarang ni, cuba ingat macam mana sebelum pengumpulan al-Quran dulu, al-Quran tak bertitik dan berbaris. Bahasa Arab seharian yang sekarang pun tak berbaris. Cuma al-Quran je yang berbaris. Sekarang ni, daripada huruf-huruf Arab kat atas, hilangkan titik-titiknya atau dalam kes ni kita ambil yang depan je.

ا، ب، ت، ث، ج، ح، خ، د، ذ

Kalau tak ada titik, 'ba', 'ta' dan 'tha' nampak sama. 'Jim', 'ha', dan 'kha' pun nampak sama. Sama jugak dengan 'dal' dan 'dzal'.

Jadi, perkataan abjad ni wujud lama dah sebelum berlakunya pembaharuan demi pembaharuan dalam bahasa Arab.

Boleh tengok carta persamaan sebutan antara Ibrani dan Arab oleh Georges Ifrah kat sini:


Nota: Mula daripada 'tha' sampai 'zo' yang bawah tu, dah TAK sama sebutannya sebab ada sebutan yang tak ada dalam Ibrani. Antaranya ialah 'dhod', sebab tu bahasa Arab dipanggil...

!لغة الضاد

Bahasa 'dhod'



Rasanya dah cukup. Dalam carta tu dah ada semua 22 huruf Ibrani.

Hebrew Alphabet:



Jadi dah boleh ke baca ni:


Huhu...

Gambar kat atas ni ialah cebisan daripada Codex Aleppo daripada 'surah' Joshua. Sebenarnya, ayat-ayat ni ada baris kalau perasan ada garis, lengkuk dan titik tu. Bukan hiasan macam dalam khat tu. Ayat-ayat yang berbaris ni dipanggil Masoretic text. Dan macam yang saya cakap sebelum ni, baris-baris ni membantu orang-orang supaya tak tersalah baca dalam ibadah.


Itu dia senarai baris dan titik yang membentuk bunyi vokal. Macam fathah, dhammah dan kasrah dalam bahasa Arab. Cuma Ibrani ni lagi banyak.

Okay, rasanya itu je. Kalau perlu, insya-Allah saya buat Part 3. Nak cerita apa lagi? Mungkin antara perkataan-perkataan yang hampir sama bunyinya dengan bahasa Arab?

Apa yang kita dah belajar sebelum ni?

Arab 'ab' dan Ibrani 'ava' bererti 'ayah'
Arab 'hubb' dan Ibrani 'ahava' bererti 'cinta'
Arab 'ard' dan Ibrani 'erets' bererti 'bumi'


Okay, terima kasih sebab sudi baca entry ni 😊

Assalamualaikum

Wednesday, 18 April 2018

Mengenali Bahasa Ibrani dan Persamaan dengan Bahasa Arab


Assalamualaikum

Entry kali ni lain sikit. Rasa macam lain banyak pula...huhu

Entry kali ni tentang bahasa. Rasa ni kali kedua cerita tentang bahasa. Yang pertama dulu, kita cerita tentang bahasa isyarat, iaitu bahasa utama bagi komuniti orang pekak.

Siapa yang berminat untuk tahu tentang bahasa isyarat boleh check:


Atau boleh check video ni 😊:



Berbalik kepada bahasa Ibrani, atau kita panggil Hebrew dalam bahasa Inggeris, tahu tak bahasa ni sepupu bahasa Arab? Kedua-dua bahasa ni dikenali sebagai bahasa Semitik. Bukan bahasa je, bangsa Arab dan bangsa Yahudi ni pun bangsa Semitik.

Bahasa kan menunjukkan bangsa?



Mungkin ada yang pernah dengar perkataan ni. Semitik. Mungkin yang pernah dengar tu daripada perkataan anti-semitik. Atau kebencian terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh, Hitler merupakan seorang anti-Semitik.


Semitik ni merupakan salah satu cabang daripada anak-anak Noah atau Nabi Nuh. Dipercayai ada 3 orang semuanya:

1) Shem
2) Ham
3) Japheth

Keturunan Shem nilah yang membentuk bangsa-bangsa Semitik. Tapi perkataan Semitik pada hari ni merujuk kepada bahasa. Jadi, bahasa-bahasa Semitik salah satunya ialah Ibrani dan Arab, selain daripada Amharik, Aramaik dan lain-lain.

Minat yang datang untuk mempelajari bahasa Ibrani ni disebabkan perbandingan agama. Bila belajar tentang agama Kristian, mesti ada kaitan dengan Yahudi. Lagipun, Jesus Christ yang diangkat orang Kristian sebagai al-Masih dan Tuhan tu pun merupakan daripada bangsa Yahudi sendiri.


Tapi, bila kita cakap tentang Jesus ni, bahasa yang dipakai pada zaman baginda Nabi Isa sebenarnya BUKAN bahasa Ibrani. Mereka SEBENARNYA guna bahasa Aramaik sebagai percakapan seharian.

Bahasa Aramaik ni bahasa pasar yang merupakan asimilasi dengan bahasa orang Syria masa tu. Sejarahnya panjang dan kalau ada siapa yang berminat boleh cari tentang sejarah Babylon yang menawan kerajaan Israel dan orang Yahudi kembali semula ke kerajaan Israel masa zaman Raja Cyrus.

Bahasa Ibrani hanya digunakan dalam ibadah orang Yahudi. Kita boleh samakan dengan kita bangsa Melayu (hafal al-Quran 30 juzuk bahasa Arab tapi tak tahu makna?). Kelemahan kita yang boleh diperbaiki.

Dan ini mungkin ramai tak tahu, tapi bahasa Ibrani pernah pupus!


Bukan 10 tahun, 20 tahun, tapi seribu tahun lebih! Bahasa Ibrani kuno pupus lebih kurang tahun 586!

Ada sejarah dia tapi itu bukan apa yang kita nak cerita hari ni. Tapi siapa yang berminat boleh cari sejarah Bar Kokhba Revolt, penentangan Yahudi terhadap Roman yang akhirnya menjadi titik permulaan kepupusan bahasa ni dan kematian orang Yahudi yang boleh dikatakan sama macam Holocaust.

Habis tu, bahasa apa yang kita nak bincang hari ni?

Haa...sampailah ada kesedaran daripada orang Yahudi sendiri untuk 'menghidupkan' semula bahasa ni masa hujung abad ke-19. Bahasa ni sebenarnya pupus daripada percakapan tapi masih digunakan dalam ibadah dia orang. Samalah macam Latin. Bahasa Latin dah pupus tapi masih ada teks-teks Latin yang mampu diterjemah dan difahami orang sekarang. Cuma, dah tak ada orang yang jadikan tu sebagai bahasa ibunda.

Tokoh yang terkenal dalam menghidupkan semula bahasa Ibrani ialah:

Eliezer ben Yehuda



Jadi, bahasa yang dikenali sebagai bahasa Ibrani hari ni sebenarnya ialah bahasa Ibrani Moden atau 'Modern Hebrew' yang dikumpulkan oleh Yahudi yang terpecah-pecah ke serata tempat. Yang utama iaitu 2 kumpulan:

1) Ashkenazi (ke kawasan sekitar Jerman)
2) Sephardi (ke kawasan sekitar Sepanyol)


Jadi, kebanyakan mereka yang mulakan Ibrani moden ni, bahasa ibunda dia orang masa tu ialah Yiddish (digunakan oleh Ashkenazi tadi). Yiddish ni kira Ibrani/Aramaik + Jerman.

Maka, terhasillah Ibrani Moden yang kita tahu hari ni


Papan tanda jalan dengan 3 bahasa: Ibrani, Arab, Inggeris

Okay, sebelum kita kenal abjad Ibrani dan kaitannya dengan abjad Arab, meh saya perkenalkan dengan website yang saya guna untuk belajar bahasa ni free je...

Website ni dipanggil Duolingo dengan maskot burung hantunya:



Meh, kita intai sikit layout websitenya macam mana



Okay, macam yang kita boleh nampak, kat atas tu ada tab Home, Discussions dan Labs. Dua tab yang lain tu memang jarang buka. Dan kalau kita dah conquer semua course dalam bahasa target kita, kita akan jumpa benda ni kat bawah sekali:



Maknanya kita dah habis! Lepas tu, kena selalu refresh je. Ulang balik apa yang kita pernah belajar.

Bila saya pergi atas balik dan tekan pada course pertama iaitu Letters 1, dia akan keluar macam ni:



Bahagian-bahagian yang dah dipecahkan supaya tak adalah tepu banyak sangat belajar. Contohnya, bila saya tekan Lesson 1, kita akan belajar tentang 3 huruf sahaja iaitu 'aleph', 'beth' dan 'he'

Nampak kan bunyi hampir sama dengan Arab?

Aleph = Alif
Beth = Ba
He = Ha

Dan sebelum kita mula, kalau kita scroll ke bawah, kita akan jumpa satu seksyen iaitu Tips and Notes:


Nota: Ibrani dibaca dari kanan ke kiri (seperti Arab)

Benda ni PENTING untuk kita baca dulu, sebab bila kita dah mula lesson, dia assume kita dah tahu macam mana bunyi huruf-huruf tu. Contoh Lesson 1:



Ni antara contoh permulaan. Biasanya dia akan bagi gambar dan bawah gambar tu perkataan dalam bahasa Ibrani. Biasanya orang boleh teka daripada gambar je tapi kalau kita serius nak belajar, apa salahnya cuba baca.

Contohnya, love ialah 'ahava'.



Kalau sedar, perkataan tu hampir sama dengan Arab 'hubb' sebab 'beth' dalam Ibrani boleh ada dua bunyi iaitu 'b' dan 'v'

Dan kalau perasan tulisan Ibrani tak bersambung macam Arab (YAY!) Jadi tak susah untuk mengenal huruf Ibrani. Sama macam huruf Rumi, dia tak bersambung.

Jadi, daripada satu perkataan ni, kita dah belajar 3 huruf yang disebut sebentar tadi iaitu:

A-ha-va-(h)

Baca dari kanan (macam Arab): Aleph - he - beth - he

Ya Allah mudahnya! 😊



Contoh, lain 'ava' = father. Sama juga macam Arab, 'ab'.

Yang ni, bertaip pula. Tadi, gambar. Dan ada audio daripada native speaker sekali.

Kalau perasan kat bawah tu ada Discussion. Tekan dan kita akan jumpa page ni:


Kita akan jumpa orang yang akan tanya macam-macam masalah kat sini. Kebanyakannya akan tanya tentang grammar. Ada yang komen sekadar untuk berlawak. Ada yang komen untuk cakap masalah audio dan sebagainya. Tak salah sekali-sekala singgah, lebih-lebih lagi kalau kita pun ada kemusykilan.

Ada juga lesson yang suruh kita taip dalam tulisan Ibrani:


Untuk tu kita perlu setup sendiri layout keyboard kita. Nak tahu cara dia macam mana? Klik bawah:


Selesai!

Tips: Nak senang tukar antara English dengan Hebrew, kat keyboard tekan Windows + Spacebar.

Eh, nak tekan apa kat keyboard untuk jawab soalan tu? Tak tahu huruf Ibrani kat mana. Perlu ke beli sticker Hebrew? Mana nak cari?



Solusi: Gunakanlah OSK (On-Screen Keyboard). Right-click kat Start, dan tekan Run. Dalam kotak search tu taip 'OSK'.


Itu dia! Baik!

Lecehnya!

Yang lecehnya mula-mula je...lepas tu mudahkan kerja kita. Kalau permulaan dah lemah semangat, macam mana nak belajar?


Nampak kan perkataan warna oren? Itu tandanya perkataan baru. Kalau hitam, maknanya dah belajar sebelum ni.


Alhamdulillah! Done! Harap boleh explore sendiri kalau berminat nak belajar. 😊

(Dah macam tutorial Duolingo pula...)

Update terbaru pada 8 April yang lepas perkenalkan feature baru iaitu Crown Level:


Ini pula sekali imbas untuk app dia. Android ada, iOS ada, Windows ada. (Klik je kalau nak download)







Berbalik pada perbandingan agama iaitu minat asal belajar bahasa Ibrani tadi, dalam Bible, di bahagian Old Testament ada satu 'book' atau 'surah' yang dipanggil 'Psalms'. Psalms ni disandarkan kepada David (Daud).

Jadi, secara tak langsung ada orang kita cakap Psalms ni kitab Zabur. Tapi kalau kita tengok terjemahan Indonesia (Bible dipanggil Alkitab!), Psalms dipanggil 'Mazmur' atau puji-pujian (kepada Tuhan). Kita sendiri tahu yang Nabi Daud terkenal dengan kelunakan suara dia memuji Tuhan selain daripada boleh melentur besi dengan tangan.


Jadi, adakah Psalms itu Zabur? Wallahua'lam...Allah je yang tahu.

Kenapa pula dengan Psalms ni? Tiba-tiba je...

Okay, dalam Psalms, bab 119 ada perkenalkan huruf-huruf Ibrani ni:




Jadi, abjad Ibrani ada 22 semuanya...

Eh, sama macam birthday...ehem ehem! 😁

Rasa macam panjang pula pengenalan ni, mungkin ada Part 2 insya-Allah. Sebab kita tak masuk lagi perbandingan huruf-huruf Ibrani dengan Arab. Insya-Allah, akan datang kita perkenalkan.

Alhamdulillah! Terima kasih sebab sudi baca.

Assalamualaikum