Peace

Friday, 6 January 2012

Susu Dibalas Tuba...Lembu punya susu, sapi dapat nama...

"Adakah entry kali ni tntg peribahasa Melayu?"

"Adakah entry kali ini tntg susu?"

"Adakah entry kali ni tntg al-Baqarah?"




Smue mnjadi trtnye-tnye dan tak keruan...Hmmm...

Kite mulekan dgn printscreen ni dlu(mntg2 skunk ni era printscreen)...

Da abes bace? Ni post kawan aq drpd FB...Korang x prlu tau kot sape mamat/minah ni...Yg penting matan/isi printscreen ni...

Snarnye tajuk aq 'Susu Dibalas Tuba' tu merujuk kpd susu ibu...
Kire entry kali ni sal anak derhaka la kot...
Lembu tu xde kne mngene...sje nk knekan korang...XD...haha...

Agaknye korang sndiri da phm kan mksud 'Susu Dibalas Tuba' tuh...
Mksod aq pngorbanan seorang ibu dbalas dgn prlakuan seorang anak yg x mngenang budi, x tau diuntung and snang kate mngabehkan boreh ajo...

Da bsar buat hal, masalah...umat akhir zaman...
Ha!!!Ad stu lg peribahasa Melayu...
Menconteng arang di muka...

Contoh eh trjebak ngan gejala sosial yg mngaibkan family...korg pon phm ape yg aq mksod kan...da byk kuar surat kabar skunk ni...
Da la pnuh dgn mksiat pastu drhaka...

Penagih dadah smpai bunuh mak sndiri la...mnx itu ini la...Buat mak mcm hambe abdi kt umah sndiri...Tue pon bkn rumah dy...dy tumpang je kt umah bapak dy pon dy da lpe...

Bagai kacang lupakan kulit...

Mslh2 sosial ni klu da kantoi kan ke aib...Da nme nye meludah ke langit plak...After membuka pekung di dada sbb nk kne buat knyataan kat pihak brkuase lg...media lg...

Rasulullah s.a.w. ketika menggambarkan tanda-tanda
kiamat ada menyatakan bahawa akan sampai suatu masa
apabila “Ibu-ibu akan melahirkan tuan-tuan”.

Perkataan baginda itu kini menjadi nyata. Sudah berapa banyak
ibu yang melahirkan anak-anak derhaka. Sudah berapa
banyak anak yang disusukan ibu mereka kini
mengarahkan ibu bapanya supaya melakukan begitu dan
begini.

Satu perkara yang perlu disemat dalam ingatan
seorang anak, hati ibu bapa di kala usia senja
mereka amat mudah tersinggung dan terasa. Jangan
dibiarkan tersinggung hati mereka dek perkataan
ataupun kerenah kita. Jika tidak, besarlah dosa kita
di sisi Allah s.w.t.

Percayalah betapa sunyinya hidup ibu dan ayah bila
anak-anak sudah berumah tangga. Betapa pilunya hati
mereka kalau di hujung usia mereka diletakkan di
rumah orang-orang tua. Betapa kejamnya jikalau ibu
bapa dijadikan orang gaji, tukang masak, pengasuh
atau tukang kebun.

Kata Sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama ‘Urwah,
“Tunduklah kamu di hadapan ibu dan bapa kamu
sebagaimana tunduknya seorang hamba abdi di depan
tuannya”. Berkata pula ‘Atha bin Rabah, “Janganlah
kamu mengangkat tangan apabila kamu sedang bercakap
dengan kedua ibu bapa kamu”. Sementara Imam al-Hasan
 pula menyebut, “Hendaklah si anak itu bercakap
kepada kedua orang tuanya, “Wahai ibu, wahai ayah!,
dan jangan sekali-kali memanggil dengan menyebut
nama mereka”.
Akhir sekali, pulanglah menziarahi ibu bapa di
kampung. Renung dan tataplah wajah mereka berdua
walau kedut sudah seribu. Suaplah nasi ke mulut
mereka. Cempunglah mereka untuk menunaikan hajat
sekira mereka terlalu uzur. Imamkan solat mereka.
Urut dan picitkanlah badan mereka. Hamparkan
permaidani untuk mereka. Kembalikanlah
kenangan-kenangan indah di ruang mata mereka saat
kita di dalam pelukan dan jagaan mereka.

Rindu mereka pada anak-anak bukan lagi pada harta
kekayaan dan pangkat kita, sebaliknya rindu pada
belaian kasih, doa tulus dan bakti murni kita.

Firman Allah swt: “Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua
ibu bapamu dan hanya kepada-Kulah tempatmu kembali”.
(Luqman: 14).

Firman Allah swt: “Dan berdoalah, ‘Wahai Tuhanku
kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani
diriku sewaktu kecil dahulu.” (Al-Israk: 24)

No comments:

Post a Comment