Assalamualaikum
Hari ni nak tulis entry tentang tips tulis novel
As requested by a friend
“HIDUP SANGKAR HATI!”
Haha…
Tak nak buang masa bulan puasa ni…jom terjun!
Bismillahirrahmanirrahim
Pertama sekali apa?
NIAT
“Sesungguhnya amal itu dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap
perbuatannya apa yang diniatkannya.”
Kena ada niat dan ada target…macam ni…apa yang aku tulis masa 2013/2014:
Sedar tak sedar…bila kita tulis apa yang kita target…benda tu akan
melekat dalam otak kita…dalam keadaan separa sedar…sebab tu niat amal pun dah
dapat pahala… J
Kedua
IQRA’!
Banyakkan membaca sebelum menulis.
Kita ada dua mata tapi bila kita menulis kita guna satu tangan
sahaja (habis menaip tu apa?).
Janganlah ego. Membaca tu antara satu cabang menuntut ilmu.
Canselori USIM
Ilmu tu pula luas. Termasuklah ilmu penulisan dan isu/tema/topik
untuk bukan fiksyen atau cerita/plot untuk fiksyen yang kita nak tulis. Fokus
tips ni untuk novel dan aku menulis novel fiksyen penyiasatan.
Jadi, untuk menulis cerita penyiasatan, kenalah cari ilmu mantik/logik
dan penyiasatan ala-ala Sherlock Holmes (nama watak dalam cerita aku, Shahrul
Halim) dan tambah lagi ilmu tu dengan membaca. Biasanya kita tulis apa yang
kita minat, bukan sebab terdesak.
Ketiga
EUREKA!
Kalimah ni keluar daripada mulut Archimedes bila dia temui cara
untuk tentukan sama ada emas tu tulen atau palsu atas arahan raja.
Senang cerita, masa dia dapat ilham.
Antara idola aku dalam penulisan ialah J. K. Rowling, penulis Harry
Potter dan apa yang buat aku WOW lagi dengan dia ni, dia juga ada tulis cerita
penyiasatan dalam dua tiga tahun kebelakangan ni guna nama Robert Galbraith.
J. K. Rowling mula-mula dapat idea masa dia di dalam tren…Perasankan
Hogwarts Express, King Cross Station, Platform 9 ¾?
Aku mula-mula dapat idea penyiasatan tu sebab memang minat dengan
anime Detektif Conan dan anime itulah yang memperkenalkan aku dengan
Sherlock Holmes yang jauh lebih terkenal. Masa tu tahun 2011, tingkatan 5,
tahun yang paling banyak memori sebab dah nak tinggalkan sekolah, kan? Masa tu
tak tahu kenapa, berminat sangat tulis sajak dan poetry dalam tiga bahasa
– Melayu, Inggeris, Jepun. (Jepun tu fail sikitlah masa tu sebab
baru-baru nak belajar lagi.) J
Idea tu boleh berkembang dalam masa sehari, sebulan malah
bertahun-tahun.
Tapi jangan lupa, idea tu boleh terbang macam tu saja kalau kita
tak simpan. Macam mimpi, kita tak ingat kebanyakan mimpi kecuali yang bermakna
pada kita. Kebanyakan ilham pun datang daripada mimpi juga, kan?
“Imagination is more powerful than knowledge.” –Albert Einstein
Keempat
DRAFT
Jadi macam mana tak nak bagi ilham tu terbang begitu sahaja tanpa
menoleh lagi? Cewah!
Tentulah dengan merekod! Menulis!
Lebih baik dengan tangan sebab kemungkinan untuk lebih ingat tu
tinggi.
Untuk novel fiksyen, bila dah datang ilham tu…syukur dulu…tulis…brainstorm
kejap untuk kembangkan idea tu lagi tapi jangan paksa sangat…bila dah tak ada idea
mengalir lagi…tutup pili tu dan buat benda lain. Jangan buang masa.
Kelima
RESEARCH
Point kat sini membaca juga macam point
kedua tapi point kedua tu sebelum start menulis.
Research yang
dimaksudkan tu macam mana nak kembangkan idea lagi.
Contohnya, aku menulis tentang amnesia. Watak utama aku, Shah
(Shahrul Halim) ada retrograde amnesia dan aku kena tahu punca, kesan dan apa-apa
yang ada kaitan dengan penyakit tu. Psikologi, biologi, medication,
semua kena tahu.
Antara fail-fail yang aku save untuk rujukan masa buat novel:
Keenam
Belajar kaedah literature yang bagus (sikit pun jadilah)
macam flashback, flash forward, foreshadowing. Macam aku,
aku peminat plot twist (atau red herring). Sebab tu aku minat Harry Potter, so
many plot twist, yet so magical! J
Ketujuh
DISIPLIN
Kena ada target. Kena jelas. Cari motivasi.
Tengok aku conteng cermin aku sendiri.
BONUS
1. Kalau
tahu bahasa lain, boleh masukkan dialog-dialog dan budaya orang daripada serata dunia. Make it international!
2.
Berkenalan
dengan penulis-penulis berbakat untuk dapatkan ‘bi’ah’ atau atmosfera
penulisan.
FREEBIES
ALHAMDULILLAH…terhasil juga GENESIS!
P/S: Jangan lupa!
Assalamualaikum
Salam.. Wow seriusla Faizal, dah publish novel sendiri, Terbaiklah!! Ok inspired..haha.. Tahniah bro.. Moga terus sukses di masa hadapan.. And thanks for the nice sharing :D
ReplyDeleteBtw nak tanya, masa minx publisher utk publish buku tu kan, dia ada editor utk edit tak? N nak publish buku tu, kena apa2 bayaran tak ye? Terima kasih faizal
Owh ye, satu lagi, bila kau start publish tu (cetakan pertama)? N brapa lama kau siapkan novel tu? Ok tu je..hehe.. thanks
DeleteSetiap publisher ada editor dia sendiri...even self-publish pun kena upah editor juga...tak...semuanya diorang yang uruskan...sebab tu royalty rate rendah...dah kenalah tu...start publish kalau tak silap bulan 2 tahun ni (2016)...lama tu lama juga...sebab banyak benda yg berlaku masa nak siapkan novel tu...start masa cuti tamhidi dulu...habis tahun lepas tapi tak tahu nak hantar kat mana masa tu...
DeleteHarap menjawab :)
Great! Thanks Faizal! In sha Allah menjawab dah.. Hehe.. May Allah ease ur journey in sha Allah
Delete