Peace

Sunday, 28 July 2013

99 Benda Mudah Korang Boleh Buat


Assalamualaikum

Haa...nampak buku kat atas?

Buku lama ni...tahun 2000

Terjumpa balik...so nak share...

Ni cara Western...bukan Islamik...tapi ada point dia yang menarik...

Jom!

Section: Grow Together

1. Beritahu anak yang korang sayangkan dia at least sehari sekali.


2. Ambil berat perasaan anak. Elakkan cakap "dia akan membesar" atau "bukannya apa pun".


3. Biarkan anak tahu tak apa untuk buat kesilapan. Mengaku kalau korang pun ada buat silap.


4. Buat satu board game tentang hidup anak korang. Setiap ruang pada board menandakan pencapaian yang anak korang berjaya lakukan sejak dia lahir. Mula dari awal, saat pertama kali dia tersenyum atau berguling dan teruskan sampai buku pertama yang dia bacakan pada korang dan kali pertama dia pergi berkhemah.


5. Gelak bila anak korang buat lawak -- walaupun korang tak dapat tangkap.


6. Puji usaha anak korang tanpa risaukan keputusannya.


7. Ambil gambar anak korang setiap tahun masa hari pertama sekolah. Jangan lupa tengok balik berapa banyak dia dah membesar.


8. Galakkan anak untuk bertanya. Cari jawapan sama-sama.


9. Ajar anak korang yang "tak boleh" bukan selamanya. Dengan sedikit usaha, anak akan belajar skil baru, dan tukarkan "saya tak boleh" kepada "saya boleh".


10. Elak daripada cakap "Tu lah. Kan ayah/ibu dah cakap?".


11. Tumpukan perhatian pada kebaikan anak, dan ucapkan terima kasih.


12. Buat duplicate gambar keluarga. Gunakan untuk main memory game dengan anak. Untuk main, pusingkan semua gambar menghadap ke bawah, dan ambil giliran untuk meneka mana satu matching gambar tu. Kalau anak korang berjaya meneka, dia boleh ambil gambar tu dan simpan dalam album dia sendiri. Kalau tak dapat teka, teruskan bermain sampailah semua gambar dah habis diambil. Pemain dengan paling banyak tekaan yang betul, menang.


13. Layan setiap anak dengan berbeza. Setiap anak ada kehendak yang berbeza.


14. Buat kolaj crystal ball. Biarkan anak korang isi dengan gambar dan cerita tentang harapan masa depan anak.


15. Ambil album gambar yang penuh dengan gambar-gambar anak korang masa bayi. Ceritakan pada anak. It will be a special trip down memory lane for both of you.


16. Bincangkan ketidak sefahaman dengan anak. Kalau korang bagi silent treatment sekarang, tak mustahil anak pun boleh buat macam tu pada masa akan datang.


17. Jangan biarkan anak tidur dalam keadaan marah dengan korang -- atau fikirkan yang korang marah dengan dia.


18. Ajar anak korang yang setiap orang ada point of view yang tersendiri. Respect pandangan anak korang.


19. Simpan rahsia anak korang -- kecuali simpan boleh buat mudarat.


Gambar ni optical illusion kalau korang perasan! :D

20. Sentiasa ucap selamat tinggal sebelum pergi. Curi-curi keluar akan buat anak tak percayakan korang.


21. Biarkan anak menangis kalau perlu. Tak perlu dia nak ambil sesuatu masalah sebagai orang dewasa. Ingat, dia masih budak!



22. Mulakan "I Can" can. Suruh anak hiaskan tin kopi lama dengan pelekat, kertas warna dan krayon. Setiap kali anak korang dapat master skil baru, tulis kat atas kertas dan masukkan dalam tin. Periksa tin tu dari semasa ke semasa untuk tengok perkembangan anak.


23. Buat satu feeling chart dengan anak. Senaraikan semua emosi yang anak korang boleh fikir atas kertas mahjong. Setiap hari, suruh anak lekatkan gambarnya sebelah perasaan yang ada pada kertas tersebut. Bincangkan dengan anak berkenaan hal tersebut.


24. Cuba jangan bawa balik kerja korang ke rumah. Draw an imaginary line.


25. (Bagi ibu)Pakai loket yang ada gambar anak.
(Bagi ayah)Bawa gambar anak dalam wallet.



Section: Child First

26. Jalan-jalan dan tulis sajak tentang kejiranan korang.


27. Biarkan anak tekan butang lif. Boleh juga main doorman, tolong bukakan pintu atau tutupkan pintu. Cuba beri anak kunci dan biar dia yang tolong bukakan.


28. Biar anak korang ikatkan tali kasut korang atau zipkan jaket.


29. Hantar care packages untuk perkhemahan. Jangan lupa special notes.


30. Ambil satu hari cuti untuk ke lawatan sambil belajar anak.


31. Biar anak sesekali dapat extra dessert.


32. Dengar CD favorite anak -- dan cuba suka.

CD Favorite Anak

CD Favorite Parent

Agak-agaklah parent! Hee

33. Adakan sleepover kat rumah korang kengkadang. Nak tambah lagi special, buat satu tema, contohnya sarkas atau magic show! Suruh anak pakai baju macam magician, makan makanan yang macam Candy Crush tu ke...hee...dan tunjuk satu silap mata mudah kepada mereka!


34. Have a make believe tea party together. Biar anak korang yang tolong tuang.

Post ni berkenaan tea time.

35. Biar anak yang rekod mesej kat telefon rumah.
Bukan korang!


36. Bila cuti sekolah, biar anak yang tulis nama dia dulu kat family greeting card.

Post ni berkenaan request kad raya.
Check it out: Siapa Nak Kad Raya?

37. Biar anak korang buat pembalut hadiah bila nak bagi hadiah kat sedara-mara atau sepupu-sepapat. Apa yang diperlukan hanyalah kertas kosong yang besar, beberapa marker dan imaginasi.


38. Main sekolah-sekolah sama-sama. Biar anak jadi cikgu.
Tambahan: Main masak-masak(ajar sekali), main doktor-doktor.


39. Dekorasi backpack anak korang dengan cat fabrik.



40. Sediakan sesuatu atau pergi ke tempat yang terdapat pemandangan yang indah dan luangkan masa bersama melukis.


41. Hanya sekali, biarkan anak korang jadi orang pertama dalam blok(US)/teres(MAL) yang korang tinggal untuk ada sesuatu.


42. Langgan majalah untuk anak.


43. Suruh anak korang buat satu tradisi keluarga yang baru. Cuba kekalkan tradisi tersebut at least sebulan sekali.


Subhanallah!
Hebatnya rumah tak sehebat tarbiyyah!

44. Main ofis-ofis. Biar anak jadi bos.

Budak-budak takpe tak puasa.

45. Buat satu tempat 'digging spot' kat laman rumah korang. Jadikan tu tempat special yang mana anak korang boleh gali lubang sebesar mana dia nak, biar dia main kotor.


46. Jadikan bumi ni bersih untuk anak dan generasi akan datang. Ajar recycle.



Section: Creative Play

47. Buat dan cat birdfeeder bersama-sama. Kemudian, duduk bersama sambil memerhati daripada jendela semasa marga satua terbang dan enjoy usaha korang.


48. Adakan 'Hari Sarkas' kat rumah. Buat face paint dan transform diri anak dan korang jadi badut. Ambil giliran 'jinakkan haiwan', berjalan melintasi masking tape yang dilekat atas lantai dan makan popcorn.


49. Beli nota kosong dan hias bersama-sama. Guna sebagai kad raya, kad ulangtahun, kad hari lahir, kad cepat sembuh, atau sekadar suka-suka.


50. Duduk atas lantai beralas surat khabar dan cuba finger painting dengan jari kaki.

Iklan: Cuba pergi kat Nombor 36 balik, kalau korang belum tekan link tu, cubalah tekan...nanti korang akan faham...

51. Kerja sama untuk buat topeng paling seram, paling kelakar, atau paling kreatif!


52. Kerja sama bina robot dengan blok atau LEGO. Kemudian, bincang apa yang anak korang nak robot tersebut buat untuk dia.


53. Luangkan satu petang bersama dengan lukis haiwan yang pelik. Gunakan sayap burung,ekor sang belang dan kaki khinzir. Cuba tengok berapa banyak kombinasi yang korang boleh buat.



54. Buat satu 'personalized maze' untuk anak korang selesaikan. Letakkan gambarnya sewaktu bayi pada permulaan dan gambarnya yang terkini pada penamat.


55. Buat roti sama-sama masa sejuk.


56. Guna permanent marker untuk hias T-shirt untuk masing-masing. Pastikan korang pakai T-shirt yang anak korang buatkan.


57. (Bagi ibu)Luangkan sepetang buat friendship bracelets untuk masing-masing.

Macam cerita Kuch Kuch Hota Hai...


yang Shah Rukh Khan bagi dekat perempuan tu...


58. Tolong anak korang buat selimut sendiri. Bagi dia kain lama dan marker. Galakkan lukis benda yang menggembirakan dia.


59. Potong sandwich untuk makanan tengah hari anak korang ikut bentuk-bentuk yang menyeronokkan. Gunakan cookie cutters untuk buat bentuk bintang, bulan, bunga, burung, buaya dan daun.










60. Buat satu mini golf kat ruang tamu atau laman rumah. Buangkan tapak Pringles atau Mister Potato untuk buat terowong. Guna Hula Hoop untuk buat sandpit. Guna Frisbees untuk tanda lengkungan. Batang penyapu pun boleh jadi kayu golf. Enjoy!





61. Luangkan masa bersama dengan buat projek manik. Boleh guna beli punya atau nak buat sendiri dengan guna tanah liat. Atau nak senang ikat je macaroni yang berbagai-bagai bentuk.


62. Kumpulkan dan keringkan bunga bersama-sama. Gunakan bunga kering tersebut untuk hias rumah.


63. Buat dekorasi waktu perayaan dengan anak. Lepas perayaan berakhir, kemas sama-sama.


64. Buat sock puppet sama-sama. Boleh guna butang untuk mata, guntingkan sikit untuk mulut dan benang untuk rambut. Buat parent-child puppet show.


65. Buat scavenger hunt(cari harta karun) kat rumah. Kalau anak dah boleh baca, tinggalkan teka-teki di sekitar rumah yang akan bawa dia dari satu tempat ke satu tempat. Kalau tak boleh baca lagi, tinggalkan klu berbentuk gambar. Tempat terakhir itu ada habuan yang menantinya!


66. Pergi ke taman dan cari beberapa batu yang menarik. Balik rumah dan catkan.


67. Ceritakan satu fairy tale tapi gantikan watak utama dengan anak.


68. Buat personalized jigsaw puzzle untuk anak. Gamkan gambar korang berdua kat kadbod yang kukuh dan gunting ikut bentuk jigsaw puzzle. Biar dia yang selesaikan.


69. Kumpulkan buku resipi tentang semua makanan kegemaran anak. Biar anak korang yang lukis atau hias. Cuba buat resipi sama-sama.



70. Buat gingerbread sama-sama dan cuba buat serupa dengan anak korang.



71. Buat peta kawasan perumahan secara terperinci bersama-sama. Pastikan tempat kesukaan anak korang pun termasuk dalam peta. Keluar dan ikut peta tersebut!



72. Buat kapsul masa keluarga. Penuhkan dengan gambar, lukisan dan report card yang korang nak ingat beberapa tahun dari sekarang. Buat perjanjian untuk buka kapsul masa tersebut bersama-sama bila anak korang dah 18 tahun.



73. Lukis strip komik bersama-sama. Masukkan karikatur keluarga dan letakkan perkataan yang kelakar dalam belon.



74. Lukis potret masing-masing. Gantungkan kat galeri seni keluarga.



75. Buat snowflake bersama-sama dan gantung kat tingkap. Jangan lupa beritahu anak yang tak ada dua snowflake yang sama -- yang mana membuatkan ia special, sama macam anak korang.


Ni molekul air zam-zam


Section:Together Time

76. Buat satu special talking time setiap hari dimana korang boleh bincang kejadian hari ni(atau isu semasa). Kekalkan waktu ni -- tak ada TV show atau telephone call.



77. Turun gelongsor sama-sama dengan letakkan anak di antara dua kaki. Mungkin lepas ni dia dah berani pergi sendiri.



78. Daripada bertanya macam mana sekolah hari ni, cuba tanya dia tiga perkara hebat yang dia buat hari tu. Korang pasti suka jawapannya!



79. Masa tengah tunggu order kat kedai makan, ambil masa main "I'm thinking of an Animal". Suruh anak korang jawab soalan yang berbentuk "ya" atau "tak" sampai dia boleh teka apa binatang yang korang fikirkan.


Burung!

80. Luangkan sepetang window-shopping bersama-sama. Gunakan peluang yang ada untuk bermain permainan "I Spy" dengan objek-objek yang berada di tingkap.



81. Kaut daun-daun yang bersepah kat laman rumah. Kemudian, lompat atas timbunan tu sama-sama.



82. Buat satu bahasa rahsia yang hanya korang dan anak korang je faham.



83. Duduk bersama-sama kat bangku di taman dan perhati masa berlalu pergi(perhati ragam manusia).



84. Belajar main game kesukaan anak.


Ibu aku suka main ni! Huhu...

85. Kongsi banana split -- dan biar anak korang yang ambil topping.


 Bukan yang ni...ni Mat Kool punya...


Ni baru betul...topping tu yg mcm hiasan kat atas aiskrim...kek...muffin

86. Main permainan berima masa berjalan ke sekolah atau taman permainan. Pilih satu perkataan dan tengok berapa banyak rima yang sama dengan perkataan tu. Perkataan yang buat-buat pun boleh diterima.

MET, Fat, Cat, Rat, Bat, Sat, That, Hat, Chat, At, Jet, Late, FATE

87. Ajar anak korang lullabies(lagu dodoi) yang korang nyanyikan kepada dia masa dia bayi.



88. Buat sama-sama perkataan baru daripada "Twinkle, Twinkle, Little Star". Pastikan korang record permanently.

Contoh(buku): Scurry, Scurry, Little Mouse
Contoh(aku): Shaggy, Shaggy, Little Dog
Contoh(ku): Scaredy, Scaredy, Little Cat



89. Pergi ke local child's museum.



90. Belajar skil bersama anak korang. Mulakan kelas piano bersama-sama. Join parent-child basketball clinic. Belajar bahasa asing bersama-sama.







91. Naik merry-go-round dengan anak. Duduk sebelah dia.



92. Gunakan kamera video untuk buat komersial bersama-sama.



93. Bina snowman bersama-sama?


iCity?

94. Koko panas pada musim sejuk lepas main salji?
(Coklat panas pada cuaca sejuk lepas main hujan)
(Boleh rujuk Nombor 99 sebelum buat ni)



95. Luangkan masa bersama pada Maal Hijrah(Awal Muharram). Solat berjemaah dan berdoa akhir tahun dan awal tahun bersama-sama. Bersalam-salaman.



Huhu....khat! Ni baru tengok cerita Qarina lah ni kat TV3... :)







96. Buat istana pasir yang besar bersama-sama kat tepi pantai. Antara pantai yang cantik kat Malaysia:

Cherating

Pulau Pangkor

Port Dickson

Pantai Puteri

97. Main trivia keluarga. Gunakan kad kosong untuk tulis maklumat tentang keluarga. Kemudian, tanya soalan sesama sendiri dan tengok siapa yang tahu lebih banyak.



98. Adakan qiyamullail campout kat ruang tamu secara berjemaah(especially bulan Ramadhan). Sediakan sleeping bag dan jam loceng untuk mudah bangun.



99. Menyanyi dalam hujan dengan anak korang -- dan buat percikan yang besar pada lopak air dengan kaki korang. Boleh rujuk Nombor 94 sebelum buat step ni.



Alhamdulillah

Siap!

Nak share satu doa sebelum masuk rumah, jangan lupa bagi salam sekali!

Kalau tak bagi salam, syaitan pun akan jadi penghuni!




Yang ni pulak versi pendek sikit tapi aku sertakan sekali dengan doa keluar rumah...



Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment