Assalamualaikum
Third entry untuk Learn From Nature
London ni spesial sikit bagi aku sebab duduknya seorang watak fiksyen yang dicipta oleh Ignatius...
Penulis novel penyiasatan Sherlock Holmes...
Insya-Allah aku tengah usaha buat novel penyiasatan jugak...
Harap-harap menjadilah...
Amin
Kalau rajin bacalah...
Aku bagi review sikit...
Salah satu kes daripada novel yang aku sedang usahakan tu...
Nama watak ni aku cilok daripada Sherlock Holmes...
Shahrul Halim!
Hoho...
Sebelum baca aku terangkan serba sedikit supaya senang faham...
Shahrul Halim ni mangsa kemalangan sewaktu memandu Nissan Skyline di Lebuh Raya Seremban-Nilai dan akhirnya menyebabkan dia hilang ingatan...Perkara yang mengejutkan berlaku apabila sewaktu dia berada di hospital, dia masih dapat lagi menyelesaikan beberapa kes walaupun namanya sendiri sudah hilang daripada kotak memori...Apa sebenarnya yang menyebabkan dia hilang ingatan? Hal ini adalah kes bagi dirinya untuk diselesaikan!
Tamat Sinopsis
Okay...aku bagi review bab 17 kot...sebab kes yang lain berkait-kait...Nanti panjang pulak review nya...
XD
Iqra' !
17
Semuanya
sudah selesai. Tren sudah mula hendak bergerak kembali, menyambung kembali
tugas menghantar penumpang ke destinasi yang mereka ingini. Ada juga
penumpang yang sudah turun terlebih dahulu kerana sudah bosan menunggu sewaktu
kes itu sedang disiasat. Mereka tidak mempunyai sesuatu yang dapat membuatkan diri
mereka kuat. Sabar.
“Awak
selesaikan kes cepat sangat, macam perang Jamal,” ujar Ina.
“Jamal?”
kata Shah lantas memandang Jamal lalu tertawa.
“Hoi,
mengumpat aku ke?” kata Jamal.
“Nama
kawan saya tu Jamal,” Shah memperkenalkan Jamal kepada Ina yang juga baru
sahaja dikenalinya itu.
“Oh,
patutlah! Maafkan saya encik unta!” seloroh Ina.
“Hoi,
Jamal tu maksudnya cantik, bukannya unta!” balas Jamal, bengang dirinya
diperlekeh.
Huda
tertawa kecil melihat Jamal dikenakan oleh Shah dan Ina. Biasanya, Jamal yang
akan mengenakan orang lain, lebih-lebih lagi dirinya.
“Eh,
apa kena mengena perang dengan si Jamal tu?” tanya Shah lagi, cuba mencurah
minyak ke dalam api.
“Perang
Jamal tu Perang Untalah,” jelas Ina.
“Oh,
perang unta!” kata Jamal, memperkuatkan suaranya lagi.
“Saya
tahu. Perang Jamal tu dinamakan macam tu sebab diorang berperang atas unta
kan?” celah Huda.
“Wah,
betul!” ujar Ina.
“Eh,
kau pun sama macam diorang juga ke, Huda?” tingkah Jamal, bengang.
“Mana
adalah. Hari tu aku pernah google nama kau. Tengah nak tulis Jamal
Wa…tiba-tiba keluar Jamal War. Aku klik lah. Perang Jamal tu perang yang tak
sampai sehari. Baru aku faham kenapa Ina cakap Shah selesaikan kes macam perang
Jamal.”
“Wah,
bijaklah!” kata Ina.
“Kawan-kawan
saya semua bijak,” balas Shah.
“Awak
pun. Awak yang selesaikan kes ni, ya? Seram betul saya tengok mayat tu tadi.”
“Jangan
cakap macam tu. Bukan dia nak jadi macam tu,” kata Shah.
“Eh,
kau google nama aku ke, Huda? Tak ada kerjalah tu,” kata Jamal.
Huda
tertawa kecil. Jamal mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap. Huda hanya
memerhatikan sahaja perlakuan Jamal. Hatinya tercuit apabila Jamal diketawakan
hari ini.
Telefon
Huda berdering. Qasidah Muhammadiyah. Huda bingkas menjawab panggilan telefon
tersebut apabila melihat nama yang tertera di paparan skrin sesentuh itu. Suara
di hujung talian memberi salam dan salam itu disambut baik oleh Huda dengan
jawapan salam kembali. Bukankah satu cara untuk manusia berkasihan adalah
dengan menyebarkan salam?
Seketika,
pusingan dunia terasa berhenti. Telefon bimbit yang berada di tangan Huda
sebentar tadi terlepas ke lantai tren. Khabar yang baru sahaja diterima
sebentar tadi merenggut keceriaannya sebentar tadi. Air mata jernih itu
menitis. Dia tertunduk sambil menutup muka dengan kedua telapak tangannya yang
mulus.
“Adik…”
ujarnya perlahan.
Shah
dan Jamal yang mula merasa sesuatu yang tidak kena cuba untuk menenangkan Huda
yang sudah tenggelam dalam emosinya. Shah seperti sudah boleh mengagak apa
khabar yang diterima oleh Huda sebentar tadi. Pasti berkenaan Hidayah lagi.
Mungkin ada sesuatu yang buruk berlaku lagi.
“Dayah…Shah”
ujar Huda, masih tertunduk.
“Apa
yang dah berlaku, Huda?” tanya Shah.
“Dayah…dah
tak ada…” ujar Huda tersekat-sekat, diselangi dengan tangisan.
Shah
membesarkan kedua-dua matanya, diikuti Jamal.
“Innalillahi
wa inna ilaihi raji’un,” kata Shah dan Jamal serentak.
“Macam
mana benda ni boleh berlaku?” tanya Jamal pula.
“Aku
tak jadi pergi, boleh? Aku nak turun Sentul,” kata Huda, mulai bangkit dari
tempat duduknya.
“Kita
dah sampai Putra pun ni. Tak apalah kita tangguhkan dululah penyiasatan aku tu.
Aku pergi kat kaunter tiket, beli tiket baru. Lagipun stesen Sentul lepas
stesen Putra je. Korang tunggu je kat mana-mana. Jom. Pintu dah terbuka tu,
Huda. Maaf, kalau ada jodoh kita jumpa lagi ya, cik Ina. Cik kan?”
Ina
hanya mengangguk sahaja. Dia cuma memerhatikan sahaja susuk tubuh Shah berlalu
pergi. Wajah itu. Wajah yang dirinduinya selama ini, berarak pergi bagai awan
ditiup angin kencang.
$#
Tren
ke Sentul diambil. Shah membuka al-Qurannya sepanjang perjalanan. Direnung
butiran ayat yang terkandung dalam lembaran agung itu dengan teliti. Dia
membuka satu bab. Bab yang namanya tidak membawa sebarang makna melainkan hanya
dinamakan dengan huruf hijaiyah. Bab ini juga dimulakan dengan dua huruf
hijaiyah tersebut. Ya dan juga sin. Surah lazim yang dibacakan oleh
ahli keluarganya apabila seseorang itu sedang dalam keadaan nazak atau sakit
kuat.
“Anak
baca al-Quran? Bagus!” satu suara menegurnya.
“Ya.
Kami nak ke Sentul. Ada kecemasan sikit.”
“Ada
orang meninggal dunia?”
“Mana
pak cik tahu?”
“Tu.
Anak baca surah Yasin.”
“Oh,
ya! Adik kawan saya, Huda meninggal dunia sebentar tadi.”
“Innalillahi
wa inna ilaihi raji’un. Anak baca surah Yasin tu tahu tak makna Yasin
tu apa?”
“Kat
bawah ni dia ada cakap huruf Yasin ni huruf hijaiyah yang hanya Allah tahu
sahaja maksudnya. Ulama menyerahkan huruf-huruf muqattaah berupa mutasyabihat
ni kepada Allah semata-mata,” kata Shah sambil menunjukkan tafsiran berbentuk
nota kaki di bawah halaman tersebut.
“Tapi
pak cik pernah baca dalam tafsir al-Quran daripada Indonesia yang menafsirkan ‘Yasin’
sebagai ‘Wahai manusia’.”
“Wallahua’lam.”
“Anak
teruskan jelah baca.”
“Ya
sin. Demi al-Quran yang penuh hikmah. Sesungguhnya engkau(Muhammad) berada
dalam kalangan para rasul.”
“Berhenti,
Shah!” celah Huda tiba-tiba.
“Kenapa,
Huda?”
“Ulama
salaf mengambil jalan yang lebih selamat untuk tidak menafsirkan sebarang ayat
di dalam al-Quran. Lagipun ulama salaf merupakan golongan ulama senior yang
kebanyakan daripada mereka pernah berjumpa Nabi atau hidup pada zaman yang
hampir dengan zaman Nabi. Ulama khalaf yang datang kemudian mulai risau jika
ayat al-Quran kemudian disalah tafsir apabila ramainya orang Ajam yang mula
memeluk Islam.”
“Orang
Ajam?” soal Shah.
“Orang
bukan Arab. Ayat ketiga daripada surah Yasin tu contohnya. Pak cik pernah
dengar kes rasul Melayu tu?”
“Hmmm…pernah.
Tapi kenapa tak tanya anak ni sendiri?” kata lelaki yang berumur separuh abad
itu.
“Shah
tak ingat apa-apa. Dia terlibat dalam kemalangan. Kami kawan-kawan dia pun dia
tak ingat.”
“Hilang
ingatan?”
“Ya.
Okay. Yang kes rasul Melayu tu dia baca surah Yasin, ayat yang ketiga tu
lah.”
“Sesungguhnya
engkau(Muhammad) berada dalam kalangan para rasul?”
“Ya.
Itulah masalahnya kalau tak ada orang yang menafsirkan al-Quran secara
keseluruhan. Kalau diikutkan nama Muhammad tak ada dalam ayat ketiga tu.”
“Yalah.
Baru aku perasan,” kata Shah yang mengalihkan pandangannya ke arah tulisan Arab
itu.
“Tapi
sebenarnya ayat tu biasa je. Orang gila je yang mengaku diri dia sebagai rasul
bila baca ayat ni. Dah berkurun orang baca ayat yang sama, tak ada pula nak
mengaku diri dia sebagai rasul. Nabi Muhammad tu rasul terakhir.”
“Setuju!
Teruskan baca, Shah.” kata Huda.
Shah
tersenyum sambil memandang Huda. Dilihat kegusaran tidak terpampang lagi di
wajah Huda. Namun begitu, jauh di lubuk hati gadis itu, tiada siapa yang tahu.
Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui rahsia yang terkandung di dalamnya.
“Stesen
KL Central. Sila awasi langkah anda. Please mind your step.”
Shah
tersenyum. Tanpa petunjuk suara itu tidak mungkin dia dapat menyelesaikan kes
pembunuhan sebentar tadi. Syukurnya dipanjat kepada Tuhan sekalian alam atas
bantuan yang diberikan.
“Kita
nak pergi mana ni, Huda?” tanya Jamal.
“Raudhatus
Sakinah, Lot 300.2, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala
Lumpur,” kata Huda sambil menunjukkan memorandum di tangannya lalu menyerahkan
kertas tersebut kepada seorang pemandu teksi.
“Aku
nak ikut!” kata Shah dan Jamal, serentak.
Mereka
tidak membuang masa. Mereka bergegas masuk ke dalam teksi untuk pergi ke
destinasi yang ingin dituju. Perjalanan mengambil masa dalam dua puluh minit.
Sewaktu di dalam teksi tersebut, Shah memandang wajah Huda yang duduk di tempat
duduk hadapan. Kegusaran sudah mula meresap kembali di wajah itu. Mereka
akhirnya tiba di pusat pemulihan wanita tersebut.
Pihak
polis sedang berada di perkarangan tempat tersebut. Mereka sedang sibuk
melakukan prosedur penyiasatan bagi menentukan sama ada mangsa dibunuh atau
terbunuh.
“Maaf.
Awak tak boleh masuk.”
“Tolonglah,
tuan. Adik saya yang meninggal dunia, tu?”
“Adik
awak? Mereka ni siapa pula.”
“Mereka
kawan-kawan saya. Yang tu pula…”
Shah
mengisyaratkan jari telunjuknya di mulut kerana tahu apa yang cuba disampaikan
oleh Huda. Huda mengerti dan bergegas ke dalam rumah itu. Pegawai polis
tersebut cuba untuk menahannya namun semuanya sudah terlambat. Mereka bertiga
telah pun masuk ke dalam rumah tersebut. Mereka mencari-cari Dayah sama ada dia
ada di situ. Pegawai polis tersebut menyusul.
“Mana
adik saya, tuan?” tanya Huda, gelabah.
“Kami
dah bawa adik awak pergi. Saya baru nak cakap tadi, awak semua dah masuk dulu.
Sudah, jangan ganggu tempat siasatan kami.”
“Tuan,
mangsa diracun?” kata Shah sambil mengangkat cawan yang berada di atas meja
itu.
“Ya.
Hei, jangan sentuh!”
Sudah
terlambat. Shah tidak menghiraukan kata-kata pegawai polis tersebut. Dia asyik
dengan pemerhatiannya terhadap cawan yang berada di tangannya itu dan menghidu
kopi yang masih tersisa lagi di dalamnya. Dia cuba mencelupkan jarinya ke dalam
air tersebut dan mengambil sesuatu. Kelihatan seperti serbuk putih. Huda pula
tidak tentu arah, masih lagi cuba mencari jenazah adiknya. Dia berlari keluar.
“Naphthalene!”
luah Shah.
Pegawai
polis itu menarik kolar baju Shah dan merenung Shah dengan tajam. Seperti sang
belang yang sedang asyik memerhatikan mangsanya sebelum menerkam. Wajahnya
bengis. Shah serba salah. Jamal cuba meleraikan apa yang berlaku.
“Tuan,
tak apa. Saya pelajar jurusan perubatan. Kami sedia membantu kalau ada apa-apa
tuan perlukan,” kata Jamal.
“Tapi
Mal…” bisik Huda.
“Tak
perlu. Pihak kami dah ada pakar perubatan dan forensik kami sendiri. Awak semua
jangan nak menyibuk di sini.”
“Tuan,
dah soal siasat semua suspek?”
“Belum
lagi. Kalau awak semua tak mengacau ni, dah habis dah sesi soal siasat sebentar
tadi.”
“Oh,
siapa yang ada waktu kejadian? Siapa yang jumpa si mati?” tanya Shah.
“Saya,
tuan. Nama saya Mira,” kata seorang wanita yang kelihatan sebaya dengan umur
Hidayah.
Pegawai
polis yang baru sahaja hendak memarahi Shah kerana banyak soal tidak jadi
hendak marah apabila gadis itu bersuara. Mereka perlu cepat dan profesional.
“Boleh
awak terangkan situasi yang sebenar? Macam mana awak boleh jumpa si mati?” soal
pegawai polis itu.
“Kebiasaannya,
kami berdua akan minum bersama petang-petang. Tea time. Saya yang
hidangkan kopi dan teh untuk kami berdua.”
“Siapa
yang minum teh dan siapa yang minum kopi?” celah Shah tiba-tiba.
“Saya
minum teh dan Dayah minum kopi.”
“Kopi
O, kan? Awak minum teh limau?” soal Shah lagi.
“Ya.”
“Memang
kuat bau citrus pada cawan yang ada teh tu. Tapi cawan awak kelihatannya
masih belum berusik. Air dalam cawan awak masih penuh. Boleh awak nyatakan
kenapa?” soal Shah.
Pegawai
polis itu hanya memandang sahaja perbualan yang berlaku secara dua hala itu.
Setiap kata-katanya pasti akan dipotong oleh Shah. Hatinya mulai membara.
“Hmmm…macam
ni. Sebenarnya masa saya baru nak hidangkan air tu, Dayah minta tolong kat saya.
Dia suruh saya ambilkan gam gajah. Katanya nak sambung buat kraftangan sedikit
lepas minum nanti. Saya pun tolonglah ambilkan sekejap di bilik yang ada simpan
segala alatan kraftangan kami semua di rumah ni. Dah sampai kat meja ni semula,
dia suruh saya tolong bukakan pula gam tu untuk dia. Saya tolong bukakan tapi
yang cucuk gam gajah tu guna jarum, si Dayah. Tapi disuruhnya saya yang
memegang tiub gam tu sambil dia cucuk dengan jarum. Lepas tu, dia terus minum
kopi tu sampai dah nak habis. Tiba-tiba, dia menggelepar. Lepas tu, senyap,
kaku. Saya panggil Mak Kiah, orang yang menguruskan rumah ni. Kami cuba periksa
nadi Dayah. Tak ada. Kami terus telefon polis.”
“Jarum?
Oh, ya! Ada terdapat sedikit luka pada ibu jari mangsa. Lukanya kecil. seperti
tertusuk jarum.”
“Jarum?”
monolog Shah.
“Awak
Mak Kiah, ya?” tanya pegawai polis itu kepada seorang wanita yang berumur dalam
lingkungan 50-an.
“Ya,
sebenarnya saya tak ada apa-apa kaitan pun dengan kes ni tuan. Kalau tuan nak
tanya, tuan tanyalah pada Mira tu. Mereka selalu bergaduh. Si Mira ni bukannya
betul sangat. Benda kecil pun nak besar-besarkan. Si Dayah ni pula selalu
memperkecilkan si Mira ni. Mira ni pernah jadi mangsa rakus bapanya sendiri
tuan!”
Mira
memandang Mak Kiah dengan tajam. Mak Kiah tak kurang hebatnya juga, turut
membalas dengan pandangan yang sama.
“Saya
tak bersalah, tuan. Kami dah cuba berbaik-baik. Sebab tu, petang ni kami ingat
nak minum petang bersama. Kebiasaannya kami akan minum petang secara
berasingan, tuan. Mak Kiah ni pun ada sebab untuk bunuh Dayah. Bila suami Mak
Kiah datang nak menjenguk dia, mesti suami Mak Kiah tu akan mengintai-intai
peluang nak berbual dengan si Dayah. Mereka nampak macam mesra.”
“Hoi,
kurang ajar!” bentak Mak Kiah sambil menapak ke arah Mira.
“Sudah!
Sudah! Boleh saya tahu macam mana kami boleh jumpa beberapa gumpalan gam gajah
pada tekak si mangsa, cik Mira?” tanya pegawai polis itu.
Shah
memerhatikan sahaja pandangan tajam pegawai polis yang tepat menghala ke arah
gadis muda itu. Dia perlu berbuat sesuatu.
“Tak.
Saya tak ada kaitan, tuan. Saya tak tahu.”
“Hanya
cap jari awak sahaja yang berada pada tiub gam tersebut. Macam mana?”
“Memanglah
cap jari saya je yang jumpa. Dah saya yang ambilkan. Saya yang tolong bukakan.
Alamak…saya suspek utama ke, tuan?” tanya Mira mulai gelabah.
“Ya,
nampaknya cerita yang awak reka cukup baik. Awak boleh ikut kami ke balai?”
“Nanti
dulu, tuan! Habis macam mana dengan bau naphthalene tu tuan?” celah
Shah.
“Naphthalene?”
“Ubat
gegat. Biasanya bau dia agak wangi,” celah Jamal.
“Jadi
si Mira ni sendiri yang letakkan ubat gegat ke dalam minuman si mati semasa
menghidangkan,” jelas pegawai polis tersebut.
“Tapi
tuan, kenapa letak gam gajah kemudian letak ubat gegat?”
“Mungkin
untuk menguatkan lagi kesan racun tu.”
“Tapi
tuan, gam gajah tak boleh membunuh seseorang tu. Gam jenis CA atau cyanoacrylate
dapat menjadikan seseorang tu tak selesa tapi bukan sampai membunuh,” jelas
Jamal.
“Cakap
pasal gam gajah, memang banyak gam gajah yang hilang di bilik alatan kraftangan
kami. Ni mesti kerja kau kan, Mira?” sambung Mak Kiah.
“Saya
tak terlibatlah, Mak Kiah! Memanglah saya suka bab kraftangan ni tapi saya
takkan membunuh orang!”
“Siapa
tahu? Hati manusia. Kalau ikutkan hati, mati. Kalau ikutkan rasa, binasa.”
“Ada
apa-apa yang aneh tak berlaku kat si mati beberapa hari sebelum mati?” celah
Shah.
“Hmmm…setahu
saya dia ada muntah-muntah.”
“Muntah…nampak…pembunuh
yang sebenar Mak Kiah. Dayah muntah-muntah sebab mengandungkan anak suami Mak
Kiah!”
“Kurang
ajar!” Mak Kiah melepaskan penamparnya yang ditahan selama ini.
Merah
muka Mira, cuba menahan sakit. Bukan sahaja sakit tetapi kemarahan yang
membuak-buak. Mereka berbalas pandangan sekali lagi. Pandangan penuh amarah dan
kebencian. Jika dibiarkan, pasti akan berlaku lagi satu kes pembunuhan.
“Hoi,
perempuan! Kau kalau kakak si Dayah tu ada kat sini tadi memang aku dah bagi
penampar kedua kau hari ini!” kata Jamal, tidak senang dengan mulut lancang
perempuan itu.
“Hmmm…
muntah-muntah? Mira, awak ada nampak Dayah main apa-apa yang pelik lagi ke?
Alatan kraftangan yang lain ke?” soal Shah.
“Hmmm…Ada.
Cutter.”
“Awak
ada buat apa-apa yang sakitkan hati dia?”
“Tak
ada rasanya.”
“Dayah
ada diari tak?”
“Tak
ada juga rasanya. Kenapa ni?”
“Kejap.
Mira ada buat sesuatu yang sakitkan hati Dayah. Mira ada terjumpa album
keluarga Dayah dan tengok keluarga Dayah merupakan keluarga yang baik-baik.
Sejak hari tu, Mira ni asyik sindir Dayah tentang perkara tu. Dah lupa ke
Mira?” jelas Mak Kiah.
Mereka
bertemu pandangan lagi. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Pegawai polis
tersebut sudah memegang kepalanya. Perempuan…perempuan.
Tiba-tiba,
Huda masuk dalam keadaan tidak bermaya. Mukanya jelas terpampang kesedihan yang
terpendam.
“Shah…Jamal…diorang
dah bawa pergi Dayah,” kata Huda, lemah.
“Bawa
bersabar, Huda,” balas Jamal, cuba menenangkan Huda.
“Cik
Mira…awak yang sediakan air, kan? Awak guna satu sudu atau dua?” tanya Shah,
tiba-tiba.
“Maksud
awak?” tanya Mira. Soalan berbalas soalan.
“Awak
buat air teh atau kopi dulu? Awak guna sudu yang sama ke?”
“Oh,
ya! Saya guna sudu yang sama. Tapi saya tak ingat saya guna sudu tu untuk cawan
yang mana dulu. Lagipun, saya dah basuh,” jawab Mira.
“Teh?
Hmmm…korang pernah cakap kat aku, kan? Yang aku suka teh? Tapi sampai sekarang
aku tak ingat. Setahu aku, aku suka kopi. Tak sangka, dengan kopi yang aku suka
ni boleh jadi alatan untuk membunuh. Cis!” luah Shah.
“Kopi
jadi alatan membunuh? Dayah mati lepas minum kopi? Tapi Dayah tak suka kopi,”
jelas Huda.
“Awak
tahu tak Dayah tak suka kopi, cik Mira?” tanya Shah.
“Tak.
Tapi dia yang minta kopi,” balas Mira.
“Adik
aku tak suka kopilah!” bentak Huda, emosinya kurang stabil.
“Sekali
lagi? Hish…apa ni? Kejap suka…kejap tak suka…aku tak faham manusia sekarang ni.
Tak ada perkataan setia ke dalam kamus hidup masing-masing?” kata Jamal,
sedikit emosional.
Kata-kata Jamal itu bagaikan gong yang dipalu bertalu-talu di minda Shah. Sakit kepalanya
datang lagi. Dia terhuyung-hayang bagaikan orang yang baru menghabiskan sebotol
arak. Dia menapak perlahan ke arah meja yang menghidangkan dua cawan yang
merupakan kawasan kejadian. Dia memerhati ke arah sebuah piring kosong namun
berhabuk. Dia melalukan jarinya di atas piring tersebut. Habuk daripada biskut.
“Cik
Mira, saya rasa ada lagi yang awak tak cerita pada saya,” kata Shah sambil memegang
kepalanya.
“Oh,
ya! Saya ada sediakan beberapa biskut kering tapi cepat betul Dayah makan
semuanya. Habis.”
Shah
bagaikan dengar tak dengar sahaja. Dia melangkah kaki ke arah bakul sampah yang
berada tidak jauh daripada meja tersebut. Dia melihat ke dalam bakul sampah
tersebut. Shah tersenyum namun senyumannya pudar dek sakit kepalanya itu.
“Tuan,
saya rasa baik tuan periksa semua cap jari yang ada pada tiub gam dalam bakul
sampah ni sambil saya ceritakan macam mana jenayah ni berlaku.”
“Maksud
awak?”
“Kes
ditutup!” kata Shah, tersengih sambil memegang kepalanya.
$#
“Tuan,
cap jari di tiub gam ni sama dengan cap jari si mati,” kata seorang anggota
polis yang baru sahaja menerima laporan daripada pegawai forensik.
“Ternyata
cap jari yang ada pada tiub gam tersebut ialah cap jari pembunuh!” kata Shah
yang sudah mendapat kekuatannya semula.
“Apa?!”
“Tapi
hanya cap jari mangsa yang ditemui pada tiub gam tersebut,” kata anggota polis
sebentar tadi.
“Ya,
itu menunjukkan ini bukan kes homicide, tapi suicide. Cuma motif
bunuh diri si mati adalah kerana dia berasa hina atas apa yang telah berlaku
kepada diri dia sendiri dan dalam masa yang sama cuba untuk memerangkap Mira.”
“Apa
yang kau cakap ni, Shah?” kata Huda, tidak puas hati.
“Maaf,
Huda. Tapi kebenaran adalah kebenaran. Kebatilan adalah kebatilan. Kedua-duanya
tidak boleh bercampur. Bagaikan air dan minyak. Kata Allah dalam surah
al-Baqarah, ayat 42: Dan janganlah kamu mencampurkan yang haq dengan yang
batil, dan janganlah kamu menyembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui.”
Huda
tertunduk. Dia meraup mukanya, seakan tidak mahu mendengar dengan lebih lanjut
akan penjelasan Shah sebentar lagi. Jamal cuba menenangkan Huda lalu memandang
Shah. Jamal mengangguk tanda membenarkan Shah meneruskan deduksinya.
“Super
Glue atau pun gam gajah daripada segi kimia digelar cyanoacrylate
ataupun CA glue. Gam ni dikatakan seratus peratus ethyl cyanoacrylate.
Oh, saya baca daripada kotaknya!” kata Shah sambil tersengih.
Mereka
tidak menghiraukan dan pegawai polis tersebut menyuruh Shah meneruskan lagi
kata-katanya tanap membuang masa.
“Baiklah,
saya teruskan. Kita dapat tengok kat sini. Gam ini jenama Selleys dan
hanya cap jari mangsa je yang ditemui. Mak Kiah, semua gam yang hilang tu
jenama ni. kan?”
“Ya
rasanya. Kenapa? Ada kaitan ke?”
“Ada.
Tak pernah buka lagi, kan?”
“Tak.”
“Kalau
ada cap jari seseorang pada gam tu, maka dialah orang pertama yang mengeluarkan
gam tu daripada kotaknya. Dan orang yang membukanya ialah si mati yang pernah
cuba beberapa kali untuk membunuh diri. Ingat lagi tak kawan saya ni, Jamal,
ada cakap yang gam gajah ni kalau kita termakan atau terminum tak boleh membawa
maut. Apa yang boleh berlaku ialah ketidak selesaan pada bahagian tekak atau
badan. Dan akhirnya menyebabkan si mati muntah-muntah.”
“Jadi
Dayah muntah-muntah sebab cuba nak minum gam gajah tu?” soal Mira.
“Ya.
Cap jari dia membuktikan segalanya. Tapi dia tak berjaya. Jadi dia ambil satu
alternatif lain iaitu ubat gegat.”
“Naphthalene
merupakan pepejal berwarna putih yang berada di bawah aromatic compound secara
kimianya. Sebab tu, bau dia agak wangi sedikit dan ada juga beberapa kes
manusia yang ketagih bau tersebut. Naphthalene sangat bahaya jika terdedah
secara berlebihan apatah lagi mengambil bahan tersebut sebagai makanan kerana boleh
memusnahkan sel darah merah. Sel darah merah sangat penting dalam pengangkutan
oksigen ke seluruh tubuh badan,” jelas Jamal panjang lebar.
“Terima
kasih sebab sedarkan aku tentang sesuatu, Huda,” kata Shah.
“Apa?”
balas Huda.
“Adik
kau tak suka kopi, kan? Sebab apa? Boleh aku tahu?”
“Dia
tak suka. Manalah aku tahu. Pahit kot.”
“Itu
kopi O. Macam mana dengan lain-lain? Kopi susu, latte, mocha, cappuccino, Black
Eye, Black Tie, Chocolate Dalmatian, espresso, Green Eye, Red Eye, Red Tie,
Zebra Mocha?
“Hish,
banyaknya! Sedangkan kopi-kopi yang kau sebut tu pun dia tak suka apatah lagi
kopi O.”
“Wah,
banyaknya jenis kopi yang kau tahu, Shah!” puji Jamal.
“Kan
aku dah kata aku suka kopi. Pokok yang menghasilkan kopi yang diberi nama pokok
Coffea…”
“Sudah!
Sudah!” kata pegawai polis itu, serius nadanya.
“Okay…maaf…kenapa
agaknya si mati minta kopi walaupun dia tak suka kopi?”
“Eh,
betullah. Mungkin sebab dia dah suka kopi?” celah Jamal.
“Hmmm…sebab
kopi jelah cara dia untuk sembunyikan ubat gegat tu. Saya percaya ubat gegat ni
dah dipecahkan menjadi serbuk sebab naphthalene hanya wujud dalam dua
keadaan iaitu pepejal dan gas,” kata Shah.
“Jadi
untuk sorokkan ubat gegat tu dia kena pecahkan jadi serbuk dan letakkan dalam
air yang gelap. Macam air kopi! Sebab naphthalene merupakan organic
compound yang tak polar dan takkan terlarut dalam air biasa yang polar
sifatnya,” sambung Jamal.
“Bagus
Jamal. Kenapa suruh cik Mira ambilkan gam tu kalau bukan nak perangkap dia?
Kalau gam gajah tu dititiskan ke dalam air kopi, akan terbentuk satu lapisan di
atas air kopi tu. Jadi macam mana si mati letakkan gam tu? Dan soalannya di
mana?” kata Shah.
“Biskut
kering!” kata Jamal.
“Ya,
betul. Biskut kering. Sebab tu lah si mati cepat-cepat habiskan biskut yang
diletakkan gam tu supaya orang lain takkan makan biskut tu. Nampak tak macam
mana si mati cuba untuk menghabiskan juga kopinya walaupun si mati tak suka
kopi,” sambung Shah.
“Jadi
gam tu baru diletakkan semasa si mati menyuruh cik Mira untuk ambil gam lagi di
bilik yang lain?” tanya pegawai polis tersebut.
“Ya.
Tepat sekali. Si mati yang cuba untuk meletakkan seberapa banyak gam yang telah
disediakan terlebih dahulu atau lebih tepat dirancang dan membuangnya ke dalam
bakul sampah ni dengan cara membalingnya. Cuba tuan tengok, ada satu tiub yang
tak masuk. Ini menandakan yang sesiapa sahaja yang membuang tiub ni bukan dari
jarak yang dekat,” sambung Shah.
“Tu
je? Buktinya si mati yang buka gam ni pada hari ini? Cap jari tu tak menandakan
apa-apa. Pembunuh boleh je siapkan tiub-tiub gam tu dengan cara menyapu semua
cap jari yang ada pada tiub-tiub tu dan cuba memerangkap si mati untuk memegang
tiub-tiub tu dengan muslihat.”
“Tuan
masih ingat pada luka akibat tertusuk jarum tu?”
“Ingat.
Kenapa?”
“Mungkin
si mati telah cuba membuka semua tiub-tiub gam ini dengan menggunakan jarum
yang sama iaitu jarum ini,” kata Shah sambil memegang sebatang jarum dengan
beralaskan kain yang pada asalnya berada di atas meja.
“Itu
buktinya?”
“Mungkin
kita tak boleh dapat cap jari daripada jarum yang sekecil ni tapi kesan darah
pada hampir setiap tiub-tiub gam yang dijumpai dalam bakul sampah ni boleh
menjadi buktinya.”
Kesemua
mereka yang berada di dalam bilik itu tercengang. Beberapa orang anggota polis
cuba untuk melihat tiub-tiub gam tersebut. Ternyata terdapat kesan darah pada
hampir setiap penutup gam tersebut. Oleh sebab penutup tersebut berwarna merah
maka hanya samar-samar sahaja darah yang dapat dilihat. Malah, kuantitinya
hanya sedikit. Mungkin kerana proses pembekuan darah.
“Tuan
boleh bawa kesemua penutup gam ni ke makmal. Jika betul darah si mati, maka ini
ialah kes bunuh diri. Kes ditutup!”
“Bunuh
diri? Tidak! Kenapa adik buat akak macam ni?” Huda meraung.
Shah
yang mendengar perkataan ‘bunuh diri’ itu mulai sakit kepalanya. Pandangannya
semakin kabur. Langkahnya menjadi tidak bermaya. Akhirnya, dia rebah menyembah
bumi.
Review Tamat!
Terima kasih sudi baca!
Kalau ada apa-apa yang tersilap ke silalah komen kat bawah, ya!
XD
Nak bagitahu sikit ni...
Ada try benda pelik baru-baru ni...
+
=
Tinge Lemon + F&N Seasons Green Tea Jasmine ---> Iced Lemon Green Tea
Walaupun rasa dia tak berapa sama tapi bolehlah...
XD
Akhir kata:
Green ONE Never Exists
Assalamualaikum...
cepatnya dia setelkan kes,, kes yg lagi berbelit n hard? try lar XD jgn lama2 otak pon turut berbelit sudah.. peace ! by the way thanks, bagus jer penulisan ni
ReplyDeleteBanyak lagi sebenarnya kes ni...ni bukan cerpen...tapi sebahagian daripada novel...insya-Allah
Delete