Peace

Thursday, 26 September 2013

Give Me a Hug - Nick Vujicic


Assalamualaikum


Give me a hug!

Nak cerita kat korang buku yang baru aku beli...

Tajuk dia sama dengan tajuk entry ni...

8 Life Lessons from Nick your kids cannot miss

Based on the true stories of Nick Vujicic, renowned motivational speaker and writer

---------------------------------------------------------------------------------

Tentang Nick:

Hidup Nick memang susah sejak dia lahir lagi - dia lahir tanpa tangan dan kaki!

Walau macam manapun, dengan sanubari yang bersyukur, kebijaksanaan yang hebat dan 'chicken drumstick', ceritanya merupakan sambutan kehidupannya sendiri.

Berumur 30-an, Nick ada double degree dalam financial planning dan accounting. Enam tahun lepas, dia mendirikan Life Without Limbs, dan pernah mengembara ke lebih 40 buah negara.

"Orang ramai selalu mengadu yang mereka tak boleh buat ni dan tak boleh buat tu," Nick berkata dalam satu temu bual. "Kalau kita lihat kehidupan kita dan fokus pada perkara-perkara yang kita tak ada atau berharap kita ada, itu takkan mengubah keadaan. Kebenarannya ialah kita perlu fokus pada apa yang kita ada dan buat yang terbaik."

---------------------------------------------------------------------------------

Give Nick a "Hug"!

Di hadapanku, berdirinya seorang gadis kecil yang cantik molek dengan pipi yang kemerahan.
Dia mungkin berumur tiga tahun, dan setinggi aku.
Dia tersenyum kepadaku sambil dia berjalan ke arahku.
Kemudian, secara tiba-tiba, dia berhenti!

"Adakah dia berasa takut kepadaku?
Akutahu kami berbeza.
Seperti anak dolfin, aku tak punya tangan mahupun kaki.
Tolong jangan takut!
Aku betul-betul nak kita jadi kawan."

Tak, dia tidak takut.
Gadis kecil itu berhenti sebentar kerana dia mahu meletakkan tangannya ke belakang sebelum dia bergerak ke arahku.
Dia tersenyum dan memandang aku.
Kemudian, dia mencondongkan badannya ke arahku dan memberi aku satu pelukan.

What a special way to hug!

Dia memanjangkan lehernya, meletakkan kepalanya ke bahuku, dan perlahan-lahan menekan lehernya dengan leherku.
Kami berpelukan bagai dua ekor zirafah!


Moral: Kita semua berbeza antara satu sama lain. Ada yang memiliki mata yang besar, ada yang kecil. Ada mereka yang tinggi, ada yang rendah. Mari belajar bagi menjaga perasaan orang lain, seperti apa yang dilakukan gadis itu. Dia memahami kesusahan Nick dan berkongsi perasaannya.

------------------------------------------------------------------------

Happy Birthday!

Hai
Awak apa khabar?
Sudi tak jadi sahabat saya?
Biar saya perkenalkan diri saya...

Nama saya Nick Vujicic


Hari lahir saya pada 4 Disember(18 hari lepas tu hari lahir manifestasisanubari!) 1982.
Bila hari lahir awak?
Saya dilahirkan di negara yang mempunyai banyak kangaroo dan koala.


Tahu tak kat mana?

AUSTRALIA!


Semasa saya lahir, semua orang terkejut!
Saya tak punya tangan dan kaki, macam anak dolfin.


Doktor beritahu ibu dan ayah, "Anak awak kena phocomelia."

Ibu dan ayah boleh buat keputusan dengan mengabaikan saya, tapi mereka tak.
Sebaliknya, mereka jaga saya bagai menatang minyak yang penuh.
Saya hidup gembira, semuanya kerana ibu dan ayah, dan banyak manusia yang telah berikan kasih sayang yang banyak!
Saya nak beritahu awak banyak lagi cerita tentang diri saya jadi awak akan nampak pelbagai perkara-perkara hebat yang kasih sayang boleh lakukan!

Moral: Ibu bapa Nick terkejut dengan kelahiran anak mereka tanpa tangan dan kaki, tapi mereka tak pernah abaikan Nick. Mereka sayang dan jaga dia. Awak sayang ibu bapa awak? Mari tunjukkan kasih sayang kepada mereka!

------------------------------------------------------------------------

Never Give Up!

Awak suka pergi sekolah?
Beberapa orang tak suka, tapi saya betul-betul suka!
Seseorang pernah beritahu ibu supaya tak hantar saya pergi sekolah.
"Macam mana dia nak ke sekolah?
Dia tak boleh menulis.
Dia tak boleh angkat tangan untuk tanya soalan."

Ibu tak kisah apa yang orang lain fikir.
Ibu hantar saya ke sekolah untuk belajar dengan kanak-kanak lain.



Saya seorang yang rajin dan dapat gred yang bagus di sekolah rendah.
Kemudian, masa saya 12 tahun, segalanya berubah.
Tahun itu, keluarga saya berpindah, jadi saya kena berpindah ke sekolah baru.
Di sekolah baru, mereka letakkan saya di tempat yang lebih tinggi.

Kelas yang ada sangat susah dan saya tak boleh mengejarnya.
Kami juga terpaksa bergerak dari kelas ke kelas untuk subjek berbeza.
Hal itu sangat memenatkan untuk orang macam saya,
jadi gred saya semakin menurun!

Gred rendah saya buatkan saya rasa seperti orang yang tak berguna.
Setiap kali saya rasa kecewa, saya akan pergi dan menyorok di mana-mana tempat di dalam kawasan sekolah. Kadang-kadang, saya menyorok di balik semak. Kadang-kadang, kelas kosong.

Satu hari, masa saya sedang bersembunyi dalam bilik muzik, Encik McKagan masuk dan nampak saya!
Saya sangat cuak!
Adakah dia akan jerit pada saya?
Saya boleh rasa jantung saya berdegup kencang sambil dia menapak ke arah saya.
Apabila dia akhirnya berada di hadapan saya, saya sangat takut sehingga menutup mata!


Kemudian, saya merasakan satu pelukan hangat.
Saya membuka mata dan melihat beliau sedang tersenyum kepada saya.
Dia menggalakkan saya untuk menjadi berani dan mencuba yang terbaik untuk mengatasi kesusahan saya.

That's right!
Apabila kita gagal, kita hanya perlu cuba untuk kali kedua.
Jika gagal lagi, cuba untuk kali ketiga, kali keempat dan seterusnya.
Ibu dan ayah selalu ajar saya jadi berani dan jangan menyerah!

Walaupun saya pernah dapat gred rendah,
saya tidak pernah menyerah.
Saya berusaha gigih,
dan saya percaya saya boleh.
Pada umur dua puluh satu,
saya graduan universiti!

Moral: Kita tidak boleh menyerah hanya kerana seseorang mengatakan kita tidak punya kebolehan untuk buat sesuatu. Kalau kita gagal, cuba lagi! Thomas Edison cipta mentol lampu hanya selepas gagal seribu kali! Kegagalan ialah ibu kejayaan. Kegagalan kita mengajar kita apa kesalahan kita supaya kita boleh meperbaikinya. Jadi, jangan menyerah!

---------------------------------------------------------------------------------

Apa yang Korang Nak Jadi, Seorang Pembuli atau Seorang Malaikat?

Setiap pagi sebelum ke sekolah, ibu dan ayah akan cium saya dan katakan,
"Nick, have a nice day!"
Saya tak pernah beritahu mereka yang hari-hari saya tidak semuanya baik.


Awak pernah kena buli?
Saya pernah kena buli banyak kali.
Seseorang menggelar saya seorang raksasa.
Yang lain menggelar saya makhluk asing.
Seorang lagi menggelar saya seorang yang pelik di atas kerusi roda.
Ramai lagi yang gelakkan saya dan tanya banyak benda seperti macam mana saya gunakan bilik mandi.

Saya akan sentiasa ingat satu hari masa gred pertama, bila saya dibuli oleh 12 rakan kelas yang berbeza!
Walaupun saya buat-buat tak tahu, malah tersenyum di hadapan mereka, saya betul-betul sedih.

Saya benci diketawakan dan saya benci betapa tak bergunanya saya. Saya berkata pada diri sendiri, "Kalau seorang lagi gelakkan saya hari ini, saya akan menyerah sahaja dalam hidup saya!"

Hari persekolahan akhirnya berakhir.
Semasa saya sedang menunggu ibu bapa saya untuk menjemput saya, seorang gadis menjerit,
"Hey, Nick!"
Saya berfikir,
"Ini dia orang yang ke-13!"

Tanpa diduga, dia berkata,
"Hey, Nick. Awak nampak hebat hari ini!"
Saya sangat terkejut!
Dia tidak datang untuk gelakkan saya, dia datang untuk memberi semangat kepada saya!
Dia seperti seorang 'malaikat'!
Kata-katanya menyelamatkan hidup saya!

Awak pernah gelakkan orang lain?
Orang yang kuat akan mengatasi kesusahan mereka, walau siapa pun mereka, dan mereka sanggup memaafkan orang yang membuli mereka.
Buli boleh membunuh seseorang.
Adakah awak sanggup menjadi pembuli atau 'malaikat'?

Moral: Nick selalu dibuli kerana penampilannya, tetapi bukan dia seorang sahaja yang dilayan begitu. Orang yang miskin, etnik minoriti(seperti Rohingya), mental yang bermasalah, anak yatim piatu, dan banyak lagi yang dilayan secara kejam oleh masyarakat kita. Orang gelakkan awak atau pandang rendah kat awak tidak menyeronokkan, jadi daripada menjadi seorang pembuli, jadi seorang 'malaikat'.

---------------------------------------------------------------------------------

Happiness is a Choice!

Bila kali terakhir awak rasa gembira?
Kenapa awak gembira?
Saya seorang yang gembira.
Ramai orang tertanya-tanya dan bertanya kepada saya,
"Nick, kenapa awak selalu gembira?"
Hmmm...kenapa pula saya tak boleh gembira?

Tentulah, ada masanya saya tidak gembira.
Banyak perkara yang mengganggu saya,
seperti tidak boleh menggaru gigitan nyamuk di belakang saya.

Bila perkara tersebut berlaku dan saya memerlukan bantuan, saya akan meminta dengan sopan,
"Could you please lend me a hand?"
Orang-orang yang baik di sekeliling saya selalu memberikan bantuan.



Sama ada hidup awak gembira atau tak ialah pilihan awak sendiri.
Ramai orang berfikir saya tak boleh hidup normal sebab saya tak ada tangan dan kaki.
Saya boleh pilih untuk percaya perkara tersebut dan menyerah daripada mencuba.
Saya boleh duduk di rumah dan tunggu orang lain untuk jaga saya.
Sebaliknya, saya pilih untuk percaya yang saya boleh melakukan apa sahaja, dan saya selalu mencuba untuk melakukan dengan cara saya.

Saya memilih untuk gembira.
Saya gembira kerana saya selalu bersyukur.
Kebahagiaan saya tidak bergantung kepada apa yang saya ada.
Sebenarnya, jika saya ada tangan dan kaki, awak takkan baca cerita kehidupan saya.
Jadi sayangi diri awak!
Awak pun berhak gembira!

Moral: Nick dilahirkan sebagai seorang yang gembira. Semasa dia kecil, kekurangannya membuatkan dia sedih sepanjang masa. Dia pernah meletakkan sepasang kasut di sebelah katilnya dan berdoa yang dia akan mendapat sepasang kaki pada keesokan harinya, tapi impiannya tidak menjadi kenyataan. Semasa Nick remaja, dia pernah berfikir untuk membunuh diri, namun mujur, dia tidak menyerah. Daripada kita fokus tentang perkara yang kita tak boleh buat, apa kata kita fokus pada perkara yang kita boleh buat?

------------------------------------------------------------------------

The Power of My Little "Chicken Drumstick"!

Ramai orang kata saya tak ada tangan dan kaki, tapi kalau awak tengok dengan lebih dekat, awak akan nampak saya ada little chicken drumstick!
Lihat, saya bukanlah tidak mempunyai tangan dan kaki secara total.

Walaupun ibu dan ayah risau tentang tumbesaran saya,
mereka selalu meletakkan harapan kepada saya, dan mereka menyayangi saya.
Mereka mula mengajar skil-skil asas semasa saya masih kanak-kanak.
Semasa saya berumur enam tahun, ayah mengajar saya untuk menaip dengan dua jari pada "chicken drumstick" saya.
Ibu mencipta satu alat untuk menolong saya memegang pen dengan "chicken drumstick" saya.
Jadi, saya boleh menaip dan menulis!
Selama bertahun-tahun, saya telah melatih "chicken drumstick" saya dengan baik!
Sekarang, ia lebih pantas dan fleksibel!



LOOK!

I can swim!

I can scuba dive!

I can surf!


I CAN ALSO

play soccer

play golf!

skateboard


Awak tahu kenapa saya boleh melakukan semua itu?
Ianya kerana saya tidak gentar menghadapi segala kesusahan!
Dan saya gigih!
Jika saya gagal untuk kali pertama, saya akan guna cara lain dan cuba lagi, dan lagi, dan lagi, sehingga berjaya.

Biar saya ceritakan awak cerita tentang "chicken drumstick" saya.
Saya suka bermain bola.
Satu ketika, semasa kami sedang bermain bola,
saya nampak bola sedang menuju ke arah saya dari arah atas.
Untuk menangkapnya, saya mengambil keputusan untuk melompat, namun sepakan itu terlalu kuat!


Sebelum sempat saya, menyusun posisi, bola itu menghentam "chicken drumstick" saya!
Jari-jari saya terpusing!
Sangat sakit!
Untuk tiga minggu yang seterusnya - tiga minggu! -
saya tak boleh guna "chicken drumstick" untuk berjalan, bercakap di telefon atau gunakan komputer!
Saya hanya boleh berbaring di atas katil dan menunggu "chicken drumstick" saya untuk sembuh.
Itulah kali pertama saya merasakan saya seorang yang cacat.

Sejak itu, saya telah belajar untuk bersyukur dan menghargai apa yang saya ada!
Kita tidak sepatutnya fokus pada apa yang kita tak ada.
Sebaliknya, kita perlu hargai apa yang kita ada dan gunakannya untuk menjalani kehidupan yang bermakna.

Moral: Semasa kebanyakan orang meragui kebolehan Nick, dia percaya kepada dirinya. Kesusahan dalam hidup adalah seperti cabaran dalam permainan. Semuanya boleh diatasi selagi kita rajin, berani dan sabar. Ingat, tiada yang mustahil! Jika kita tetap di situ, mimpi pasti jadi kenyataan!

---------------------------------------------------------------------------------

You Can Do It!

Apa yang awak nak jadi di masa hadapan?

Doktor?



Peguam?



Guru?



Pereka?



Artis?



Penulis?



Juruterbang?



Presiden?



Atau lain-lain?


Saya menamatkan pelajaran pada umur 21 dengan double major dalam bidang accounting dan financial planning.
Walau bagaimanapun, saya tidak memilih untuk menjadi akauntan mahupun perancang kewangan.

Awak tahu betapa besarnya dunia ini?
Guru geografi mengajar kami bahawa terdapat tujuh benua dan lima lautan.
Tujuh benua tersebut ialah: Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Australia dan Antarctica.
Lima lautan tersebut ialah: Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Artik dan Lautan Selatan.
Walaupun mengembara agak mencabar buat saya, saya telah ke lebih 40 buah negara!

Sejak saya 16 tahun, saya telah memberi ucapan dan berkongsi cerita saya dengan banyak orang di merata tempat.

Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Encik Arnold kerana menggalakkan saya untuk berkongsi cerita dengan yang lain.
Encik Arnold merupakan seorang penjaga bangunan sekolah tinggi saya. Dia sangat baik dan peramah. Ramai rakan sekolah saya suka bercakap dengannya.
Semasa saya berumur 16 tahun, Encik Arnold menjemput saya untuk menyertai sesi berkongsi selepas sekolah. Ada lebih daripada 10 orang, dan Encik Arnold menggalakkan kami bercakap tentang diri kami. Apabila tiba giliran saya, saya enggan bercakap.
Saya memandang ke bawah dan berkata,
"Saya tak ada apa-apa untuk dicakapkan."

Encik Arnold tetap menggalakkan saya untuk berkongsi dan, selepas mendengar semua rakan sekolah saya, saya akhirnya mempunyai keberanian untuk bercakap tentang diri saya.
Saya bercakap tentang ketakutan saya, kesusahan saya, harapan saya dan impian saya, tapi saya mendapati ianya memalukan.

Kemudian, sebuah sekolah menjemput saya untuk memberi ucapan.
Semasa saya sedang memberi ucapan di atas pentas, saya nampak seorang budak perempuan menangis.
Dia terus menangis dan ramai pelajar mulai memandang ke arahnya.



Tiba-tiba, dia mengangkat tangan dan bertanya,
"Boleh saya naik ke atas pentas dan memeluk awak?"
Sudah tentu!
Dia datang ke atas pentas, memberi saya satu pelukan, dan berkata,"Terima kasih! Tak ada orang yang pernah beritahu saya yang saya ni cantik, dan tak ada orang yang pernah cakap mereka sayangkan saya.
Awak dah ubah kehidupan saya. You are a beautiful person!"
Saya begitu tersentuh!
Ianya bukan ucapan saya yang pertama, namun sehingga hari itu saya tidak tahu apa yang ucapan saya mampu lakukan.
Saya hanya beritahu orang cerita saya.

Walau bagaimanapun, kali ini, seorang budak perempuan memberitahu saya bahawa dia yang tersentuh dengan kata-kata saya!
Gadis ini buat saya sedar apa yang saya boleh buat.
Saya juga boleh menggalakkan orang lain dengan kata-kata saya!
Terima kasih kepadanya, saya sekarang mempunyai semangat untuk pergi ke seluruh dunia dan berkongsi cerita saya!

Moral: Nick telah berkongsi ceritanya di banyak tempat, termasuk gereja, sekolah, kelab rakan muda, rumah anak-anak yatim, hospital dan penjara. Dia telah memberikan lebih daripada 1 500 ucapan kepada lebih 4 juta orang! Nick selalu memberi galakan agar setiap orang mempunyai impian dan fokus pada apa yang mereka boleh lakukan. Semuanya boleh jika kita melakukan yang terbaik!

---------------------------------------------------------------------------------

Life is Wonderful!

Saya ada sesuatu yang memalukan untuk dikongsi dengan awak.
Seperti semua orang, saya ada masalah semasa saya masih remaja.
Ada remaja yang kecewa kerana mereka ada jerawat pada muka.
Ada yang berfikir mereka tidak cukup tinggi lagi.
Sebahagian pula risau jika mereka tak cukup bergaya.
Dan saya?
Siapakah yang ingin mengambil saya sebagai teman lelaki yang tak boleh memegang tangannya atau memeluknya?

Apabila saya melihat ke dalam cermin, saya tertanya-tanya,
"Nick, macam mana awak nak dapatkan teman wanita?"
Saya kerap melihat diri saya sendiri dan tertanya-tanya.
Kemudian, saya menyedari bahawa kedua-dua mata saya agak menarik!
Kemudian apabila saya senyum, saya sebenarnya agak kacak!
Saya kemudiannya teringatkan seorang perempuan yang pernah memberitahu bahawa saya ada sepasang mata yang cantik!


Mata boleh berkata-kata:

Orang yang marah mempunyai mata yang marah.
Orang yang berani mempunyai mata yang berani.
Orang yang pengecut mempunyai mata pengecut.
Orang yang gembira mempunyai mata gembira.

Mata kita ialah jendela kepada semangat kita.
Jika kita ikhlas, orang lain tentu akan melihat keikhlasan kita!

Saya selalu mengingatkan diri saya untuk menjadi ikhlas.
Apabila saya memberi ucapan, saya selalu memberi galakan supaya orang mempunyai keyakinan.
Sepanjang perjalanan ini, saya telah mendapat banyak kawan.
Tanpa diduga juga, saya telah menemui cinta hati saya!

Pada tanggal Februari 2012,
Cik Kanae Miyahara dan saya berkahwin!
Kami bertemu apabila dia datang untuk mendengar salah satu ucapan saya.
Kali pertama saya melihatnya,
saya rasa dia cantik dan baik.
Dia memandang ke dalam mata saya dan mendengar dengan penuh perhatian pada cerita-cerita saya.
Selepas itu, kami mula keluar bersama dan dapat mengenali hati budi masing-masing.
Ianya merupakan cinta pandang pertama!

Nick, sewaktu remajanya yang risau jika dia tidak akan mendapat teman wanita, sudah mempunyai isteri sekarang!

Setahun kemudian, anak lelaki kami lahir.
Saya menjadi seorang ayah!
Betapa indahnya hidup saya!
Bagaimana saya mengecapi semua ini?
Ia tidak berlaku dalam masa satu malam sahaja.
Saya mengecapinya semua kerana saya ada keyakinan dan harapan.
Saya mengejar mimpi saya dan saya bersyukur atas segala yang saya ada.
Saya terima kegagalan saya, mengatasi ketakutan saya, menghadapi cabaran dan kesusahan, dan tidak pernah menyerah!
Saya telah keluar dari hidup tanpa lengan dan kaki kepada hidup tanpa had selagi saya boleh.
Daripada tidak memiliki apa-apa kepada memilik segalanya.
Daripada kesunyian kepada memiliki keluarga.
Ia benar!

Lihat! Walaupun saya tidak mempunyai tangan dan kaki, saya masih boleh memeluk anak lelaki saya dengan cara saya sendiri!



Ingat, kita tidak patut takut akan kesusahan.
Jika kita tidak menyerah pada impian kita dan berusaha gigih, kita boleh mengecapi hidup yang indah!

Moral: Nick boleh sahaja marah kerana tidak mempunyai tangan dan kaki, namun dia memilih untuk bersyukur kerana memiliki "chicken drumstick." Kita semua akan menghadapi kesusahan dalam hidup, anmun jika kita tidak menyerah, jika kita cuba melakukan sesuatu dengan cara yang baru, jika kita mengambil pandangan dari sudut yang berbeza, everything is possible! Lain kali jika awak atau kawan awak menghadapi kesusahan, cuba baca cerita Nick dan berkongsi sesama awak. Ingatkan diri awak untuk jadi lebih berani dan kuat! Semua orang berhak ada kehidupan yang hebat!

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment