Assalamualaikum
Dah lama tak menulis, malam ni aku gagahkan jua hati dan jari ini...
Benda yang aku nak sampaikan ni ada lah kena-mengena dengan hidup aku sikit...
Tentang kehidupan di dalam universiti secara khususnya dan kehidupan atas muka bumi ni secara umumnya...
Benda yang aku nak sampaikan ni ada lah kena-mengena dengan hidup aku sikit...
Tentang kehidupan di dalam universiti secara khususnya dan kehidupan atas muka bumi ni secara umumnya...
Aku ada terbaca tentang 'social proof' dengan 'sunk cost fallacy'...
(Wo...wo...lek bro...mende ko cakap ni...)
Haa...
Biar aku sembahkan buku ni ke kalian:
The Art of Thinking Clearly
(Maaflah tak boleh nak taip 'Thinking' tu terbalik macam buku tu...)
Pertama, social proof.
Aku bagi satu frasa yang dapat menjawab persoalan kau orang dengan mudah...
"Kalau 50 juta orang cakap sesuatu yang bodoh, ia masih sesuatu yang bodoh."
Kalau kau orang dapat tangkap maksud dia, dia akan menunjukkan kecacatan demokrasi...
(Oh...baru nampak...)
Haa...kan?
Pernah dengar cerita '2+2=5'?
(Pernah...pernah...)
Haa...betullah...cerita pendek Turki tu...
Meh aku tunjuk lagi sekali...
Sekarang aku nak kau orang pula jawab:
2 + 2 = ?
Haa...kan?
Sebenarnya kau orang boleh Google '2+2=5' ni dan akan jumpa Wiki tentang perkara ni. Contoh mudah untuk terangkan dogma palsu yang disuruh kita yakini dan percaya...
(Wo...wo...mende dogma palsu bagai ni?)
Dalam kata yang mudah, perkara yang kita tahu sebagai salah pun boleh menjadi 'betul' kalau ramai orang anggap tu sebagai norma...
Banyak aplikasi '2+2=5' ni dalam kehidupan kita...
Sebut je...
Politik? Hubungan sesama manusia?
Hmmm...
Bagi konteks hubungan sesama manusia ni, ada istilah lain yang dinamakan 'herd instinct'...
Dalam buku tadi ada beberapa contoh:
1. Bayangkan kau orang ada dalam kalangan ribuan manusia di bawah langit yang terbuka. 999 orang melihat ke arah langit secara tiba-tiba. Apa yang kau orang akan lakukan?
2. Tiba-tiba, nampak seekor kucing jatuh dari langit tapi diselamatkan seorang budak lelaki. 999 orang bertepuk tangan. Apa yang kau orang akan lakukan?
Teringat kata-kata ibu aku:
"Orang makan taik, nak makan taik jugak?"
Eksperimen yang mudah, tahun 1950 oleh Solomon Asch, pakar psikologi, tunjukkan 'peer pressure' boleh ubah pandangan kita tentang 'common sense'.
Soalan yang akan diberi kepada seseorang di dalam sebuah bilik:
Garisan mana yang sama dengan garisan X?
Eksperimen tu menunjukkan kalau ada seorang dalam bilik tu, dia akan dapat jawab dengan betul.
5 orang masuk ke dalam bilik tu(kelima-lima orang tu telah diupah).
Seorang demi seorang jawab jawapan yang salah, walaupun jelas-jelas garisan mana yang betul-betul sama dengan X.
1/3 daripada orang-orang yang diuji dalam kajian tu jawab salah.
Sebab peer pressure. Dah faham peer pressure tu apa?
Kalau kau orang tengok video tadi...peer pressure tu tekanan yang diberikan kepada kanak-kanak oleh cikgu dan sesama kanak-kanak tu sendiri yang telah dibrainwash.
Sekali lagi aku tekankan...
'Peer pressure' boleh ubah pandangan kita tentang 'common sense'.
Bagi aku peer pressure ni benda yang jelas...nak tahu macam mana kau orang boleh pengaruh orang dalam keadaan orang tu tak sedar?
Pabila kaunyatakan sesuatu itu dengan 'bias'...
Apa tu 'bias'?
Sebenarnya bias ni tak sama dengan bias dalam bahasa Melayu...
Hmmm...tapi aku cuba kaitkan juga...
Pembiasan tu kita boleh nampak percanggahan dia dengan apa sebenarnya berlaku kat dunia sebenar.
Contohnya, pokok kat atas...kat dunia sebenar dia tak bengkok macam tu...tapi kita nampak dia sebagai bengkok...
(Bukan pokok tu memang bengkok ke?)
Bias tu macam tu lah...kita perlihatkan kekurangan sesuatu tu lebih daripada kita perlihatkan kelebihan sesuatu.
Bukankah setiap sesuatu tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing?
Kenapa perlu 'bias'?
Kedua, tentang 'sunk cost fallacy'.
Jangan Google Translate...aku dah cuba...
pffffttttt...
Benda ni pernah berlaku jugalah kat aku...
Situasi 1:
Situasi 1:
Tengok wayang...masuk-masuk...cerita tak menarik...
Apa yang kau orang akan buat?
A. Terus duduk diam
B. Keluar cepat-cepat
Kalau kau orang jawab A, kau orang sebenarnya tak nak membazir duit sebab dah bayar tiket mahal-mahal.
Kalau kau orang jawab B, inilah yang dikatakan orang putih sebagai 'I don't give a damn' ataupun korang tak nak membazir masa tengok benda yang tak menarik.
Inilah sebenarnya sunk cost fallacy...
Duit tu dah memang hangus pun...keluar je lah...tu pun susah...
Hmmm...
Cuba bayangkan pula kalau kita ada projek besar dan kita dah bertungkus-lumus untuk projek tu...
Akhirnya, kita boleh perasan yang projek tu akan gagal...
Apa yang kau orang akan buat?
A. Teruskan juga buat
B. Berhenti setakat tu
Kalau kau orang jawab A, kau orang rasa selama ni tak berbaloilah masa dan usaha kau orang kalau berhenti macam tu je.
Kalau kau orang jawab B, inilah yang dikatakan orang putih sebagai 'I don't give a damn' ataupun korang tak nak membazir masa buat benda yang kau orang tahu akan gagal.
Hmmm...dah dapat rough idea kan?
Apa kata kau orang fikir-fikirkan dulu?
Sebenarnya aku cuba nak kaitkan sunk cost fallacy ni dengan Islam...iaitu tentang lari daripada peperangan...
Tapi entry ni pun dah panjang...lain kalilah ya!
Dan kalau kau orang berminat nak tahu pasal buku ni atau dah ada buku ni...aku ada info yang agak menarik pasal penulis buku ni...
Tu websitenya...katanya ada plagiarisme dalam karya Rolf Dobelli ni...aku pun belum semak lagi...
Okay!
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment