Peace

Tuesday, 6 September 2016

Kembara ke Kota Singa


Assalamualaikum

Lama dah tak menaip sini.

Mahu cerita sikit ni...nak dengar tak?

Nak cerita pengalaman ke Singapura sehari semalam... (tidur dalam bas je pun)

28/5/2016 (Sabtu)

Malam sebelumnya kami bertolak dari Kompleks Sukan Tunku Najihah


ke Johor...lepak kat R&R Yong Peng kot...


Entahlah...bangun-bangun dah sampai situ...terus turun...kena tahan sebelum keluar dengan urusetia...sebab dia nak bagi 'wild card'...benda tu macam borang yang kena isi...tertera di atasnya perkataan 'IMIGRESEN'...we've got the idea...


Nampak kucing kat surau...'main' kucing sebentar...Fadzli yang pergi sekali, mandi dulu, gosok gigi, qiam, aku charge handphone, qiam juga, tidur kejap, bangun2 Subuh jemaah, Fadzli imam...

Dah tu pergi makan nasi lemak...aku gerak dengan budak Tamhidi Science Tech, Irfan, lepak sekali dengan budak2 PALAPES...Fadzli, Faizul & 2 org perempuan (pegawai)...Faizul a.k.a. Pejo tak habis mee goreng dia dan aku tukang habiskan...katanya dia tiada selera sebab baru kebah sikit daripada demam...

Bergerak ke kastam...scan2 pasport...naik bas balik...pergi ke imigresen...cop2 pasport...scan2 beg (backpack)...scan2 badan...naik bas...

Bergerak ke Anderson Bridge


Tempat pertama di mana Madam Marina (nama macam Marina Bay...hehe)...Marina Baylah yang kami pergi dulu...Merlion Park...dekat-dekat tu...bergambarlah dengan Merlion (Mermaid + Lion mungkin) yang keluar air dari mulut tu...bergambar dengan 'kapal atas tiga bangunan' a.k.a. Marina Bay Sands Hotel...katanya ada swimming pool atas tu...woo...





Ni la deh Irfan tu...




Setengah jam je...bergerak ke Singapore Flyer...tak naik pun...dia macam Eye on Malaysia tapi satu pusingan ambil masa satu jam...besar juga bulatannya...seorang lagi tour guide kata masa paling best naik, waktu senja sebab nampak matahari terbenam...boleh nampak sebahagian Indonesia (pulau Batam) & Malaysia (Johor)...


Di sinilah aku mula-mula guna tandas...seperti yang dijangka , tiada paip getah mahupun besi...bawalah botol air besar...nasib baiklah buang air kecil...dengan Irfan...budak-budak ni sibuk bergambar semua...ada taman mini kat tengah-tengah...air terjun mini kat tengah-tengah...

Naik bas...round kat roundabout...katanya tengah tu ada air pancut dan semuanya dibina mengikut feng shui...katanya buat pusingan (tawaf) tiga kali...tapi kami buat pusingan sekali je...boleh buat hajat katanya...syirik weyh...

Bergerak ke Gardens by the Bay...kat sini bergambar reramai...luas tempat ni...tak sanggup rasanya nak jalan satu tempat tu...ada kerusi (bench) daripada kayu yang hujungnya wavy berbentuk dolfin yang diukir...ambil gambar situ...dah tu penat...duduk-duduk je...dah nak tengah hari...panas...


Lama juga tunggu bas...pergi ke kedai coklat...minum sample je...tak sempat makan coklat sample pun, dah naik bas sebab dah tahu takkan beli pun...

Ke Masjid Sultan...solat jamak taqdim situ...kedai coklat tu rasanya kat area situ juga...tak ingat...jalan-jalan tu mengingatkan aku pada Pusat Bandar kat Seremban...



Dah solat pergi ke khemah jual2 kat depan tu...beli poskad $1...then terserempak budak2 yang duduk belakang bas...diorang dah makan...diorang cadang Kampung Glam Cafe...aku makan nasi kuah asam pedas, ayam goreng, bayam, semua sekali $3.50, harga lebih kurang kita Malaysia tapi sebab jurang mata wang jadikan harga kita tiga kali ganda lagi murah...$3.50 x 2.95 = RM10.33!!! Makan dengan Pejo...burung-burung relax je berkeliaran kat kedai makan ni...

Naik bas semula...bergerak ke satu kedai souvenir tapi tak beli apa-apa sebab haa...lupa nak mention...ada pergi satu kedai souvenir sebelum ke Masjid Sultan...kat situ aku ada beli magnet untuk fridge...influenced by Meor Farid Asyrady penulis 'Travelog Mr. Traveller' & 'Travelog Mr. Traveller 2 - Untold Stories'...dia beli magnet & bendera...tapi aku tak jumpa bendera...5 magnet $10...ada beli satu jam bentuk cincin dengan batu hijau...pergghhh!

Masa kat kaunter dapat keychain free!


Akhirnya, ke Sentosa Island...ke USS (Universal Studio Singapore) nak masuk yang mula-mula kena bayar $0.5 satu kepala...kira okaylah tu...untuk jalan-jalan dan ambil gambar je kat glob besar tu...cantik...siap ada semburan air halus...efek ala-ala asap...


Diberi masa sampai 5.30 petang untuk berkumpul balik kat bawah satu tempat dekat dengan glob tu juga...nak bergerak dari tempat ke tempat pun ada bas & tren...dekat je...naik tren sekejap je sampai...ada 4 stesen...Sentosa, Wavefront, Imbia, Beach...kami kat Wavefront...



Nak ke Sentosa tu nanti kena bayar $4 pula...Imbia & Beach jelah yang free...aku gerak dengan budak-budak perempuan Fizik pula...turun-turun Beach station ada ambil gambar dengan ular $6...huhu...tak mampu...aku bawa $32 je...


Kami berjalan dan setiap kali ada stop atau tempat untuk ambil gambar, kami akan ambil gambar...dalam tren tu adalah rakam pemandangan kat luar sepanjang perjalanan...dekat je kan...




Sebelum nak ke Merlion Walk tu kami duduk sekejap makan aiskrim, Mun belanja, Paddle Pop...$3 kot...semua orang: Haiza, Faten, aku, Farahiyah, Mun = $15 kali RM2.90 = RM43.50 kau!!! Makan aiskrim je pun...

*Geleng-geleng*

Oleh sebab masa tak cukup, kami berpatah balik dan bila sedang dalam perjalanan, bertemu geng PALAPES dan Irfan...aku tukar grup...haha...mereka nak terus ke Merlion Walk sebab pukul 5.30 petang yang sepatutnya berkumpul semula tu pergi ke Merlion Walk juga...dan ke Wavefront semula dalam pukul 6.00 - 6.15 petang...dalam pukul 5.50 petang macam tu...sempat lagi singgah Malaysian Restaurant ...Pejo nak makan (lagi?!)...nampak tak? Breakfast tadi tak lalu...sekarang, bila dah segar, penat...hmmm...

Last2, kami yang lambat...haha...

Naik bas...pergi ke Orchard Road, kami disuruh angkat tangan untuk lintasan zebra & kami ambil wing kanan dari depan mall Takashimaya, duduk depan tangga mall...dengar busking Ken Lohty...beli roti aiskrim... $1.20 je belanja Irfan...

Next, baliklah...sampai USIM dalam pukul satu pagi cam tu...

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment