Peace

Wednesday, 28 February 2018

Bedah Buku 'A Comparison Between the Four Gospels'

Assalamualaikum

Dah berkurun lama rasanya tak menulis dalam blog...fikiran asyik memikirkan projek novel-novel...lepas satu novel, satu lagi...padahal yang sebelumnya tak tersiap pun lagi...hmmm...

Okay, jadi mengikut tajuk entry kali ni, kita nak bedah buku bertajuk

A Comparison Between the Four Gospels (of the New Testament)

(Yang tajuk Arab tu sebenarnya tajuk asal dia dengan maksud yang sama - karya asal dalam bahasa Arab)


Saiz buku ni A5 dengan 138 muka surat

Penulis: Dr. Muhammad Ali al-Khuli (macam dalam gambar)

Buku ni dipinjam daripada seorang kawan yang sama-sama belajar bahasa isyarat. Memang dia ada ambil subjek ni untuk kursus dia. Jadi, sebelum saya sambung, saya nak beritahu yang saya bukanlah ahlinya yang betul. Cuma, saya dah lama mengikuti 'the debate' antara agama dan ada juga antara yang ateis dan agama sejak 2010 lagi. Semuanya berpunca daripada senaskhah novel yang bertajuk 'Syahadah Gadis Ateis'

Gambar diambil daripada Portal PTS

Jadi, kita masuk terus point jom!

-------------------------------------------------------------

Pengenalan bagi yang belum mengetahui selok-belok Bible:

Bible hari ni (2018 pada masa blog ni ditulis) ada 2 bahagian:

1. OT (Old Testament)
2. NT (New Testament)

OT ni ada juga versi Yahudinya iaitu Tanakh yang pada asalnya dalam bahasa Ibrani (Hebrew)

Tanakh (atau OT) itu pula terdiri daripada 3 bahagian:

1. Torah (Taurat = Taurat)
2. Nevi'im (Anbiya' = Nabi-nabi)
3. Ketuvim (Kutub = Kitab-kitab)

Nota: Perhatikan persamaan antara bahasa Ibrani dan bahasa Arab




Jadi, Torah + Nevi'im + Ketuvim = TaNaKh

Torah itu pula terbahagi kepada 5 (pentateuch):

1. Genesis (Bereishit = pada mulanya)
2. Exodus (Shemot = nama-nama)
3. Leviticus (Vayyiqra = dan dia memanggil)
4. Numbers (Bamidbar = di padang pasir)
5. Deuteronomy (Devarim = perkataan-perkataan)

Torah/Taurat inilah yang didakwa ditulis oleh (atau sekurang-kurangnya diturunkan kepada) Musa, tokoh yang paling agung setelah Ibrahim, Ishak dan Ya'qub. Hukum yang dijalani oleh orang-orang Yahudi ialah hukum yang diturunkan kepada Nabi Musa inilah. Kebanyakannya, hampir sama dengan hukum-hukum yang dibawa oleh Nabi Muhammad seperti makanan yang dilarang dan sebagainya.

Nevi'im terbahagi kepada 9 (+12 dalam OT Bible)
Ketuvim kepada 13

Nota: Saya tak pasti macam mana pecahan-pecahan ni antara Tanakh orang Yahudi dan OT orang Nasrani

---------------------------------------------------------------------------------

Okay, tadi tu OT (Old Testament)...bahagian kedua daripada Bible pula ialah NT (New Testament). Satu point yang nak diberitahu di sini ialah kehadiran NT ni (dengan datangnya Jesus) menghapuskan kebanyakan hukum-hakam dalam OT.

P/S: Sedangkan Jesus sendiri cakap yang dia datang untuk menegakkan hukum dalam Taurat (Nabi Musa) yang dicorrupt oleh tangan-tangan rabbi Yahudi. Sebab tu Jesus (Nabi Isa) turun dengan satu lagi kitab, Injil.

"Think not that I am come to destroy the law, or the prophets: I am not come to destroy, but to fulfil."
(Matthew 5:17)

Terjemahan: "Jangan fikir bahawa aku datang untuk menghapuskan hukum, atau nabi-nabi: Aku datang bukan untuk menghapuskan, tetapi untuk melunaskan."

Bible yang saya guna, King James Version (KJV)


Jadi, NT ni ada 4 buku/surah utama:

1. Matthew
2. Mark
3. Luke
4. John

Macam nama-nama orang, kan? Kesemua surah ni memang dinamakan sempena orang yang menulisnya. Dan tulisan itu diangkat ke dalam Bible, dalam erti kata lain, firman Tuhan. Secara teorinya, penulis-penulis ni dipengaruhi oleh 'Holy Spirit'.

Nota:
Triniti = God = Father + Jesus + Holy Spirit

Gambar daripada Wikipedia

P/S: Hakikatnya, ada juga teori yang cakap penulis-penulis sebenar bukannya nama-nama tersebut sebab ada bukti dalam surah-surah tu sendiri.
Contohnya, ada ayat yang menyebut nama penulis tu sedangkan kalau betul dia yang tulis, dia akan gantikan nama tu dengan perkataan 'aku' atau 'saya'.

Tapi, maaf, itu bukanlah apa yang kita nak bedah hari ni.


Kalau kita baca surah al-Maidah, ayat 111-115, ada menyebut tentang 'hawariyyun'.

Tahu tak apa tu 'hawariyyun'?

Hawariyyun ni kira macam sahabat nabi tapi istilah ni sepertinya dikhususkan untuk sahabat/pengikut Nabi Isa. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Apostle.

Yang diketahui umum, ada 12 apostles of Jesus, dan antara keempat-empat kitab utama dalam NT tadi tu (Matthew, Mark, Luke, John), cuma seorang sahaja penulisnya yang bertaraf apostle; Matthew.

The Last Supper, karya Leonardo Da Vinci, gambar diambil daripada Wikipedia

Jadi, dapatan yang saya peroleh daripada buku Dr. Muhammad Ali al-Khuli ni ialah keempat-empat buku ni dipercayai ditulis sekitar tahun 60-98. Sekurang-kurangnya, 30 tahun selepas Jesus.

Buku/surah yang ditulis oleh Matthew ni pula pada asalnya ditulis dalam Bahasa Aramaik* (bahasa pencampuran antara orang Yahudi dan Aramea [Syria]) tapi buku itu telah hilang. Yang ada pada zaman ni, cuma terjemahan sahaja.

*Bahasa ini digunakan oleh Jesus dan orang-orang Yahudi pada zaman itu.


Buku yang ditulis oleh Dr. Muhammad Ali al-Khuli ni terbahagi kepada beberapa bab:

1. Intro
2. Matthew
3. Mark
4. Luke
5. John
6. Acts (of the Apostles)
7. Epistles of Paul
8. The Other 8 Epistles
9. Conclusion

Yang utamanya, adalah pada bab 2, 3, 4, dan 5.

Tujuan utamanya, adalah mengetengahkan ayat-ayat yang tak konsisten sama ada dalam surah yang sama atau pun antara surah dengan surah yang lain.



Antara contohnya:

1. Matthew 9:27 cakap yang ada 2 orang buta minta pertolongan Jesus tapi Luke 18:35 cakap ada 1 sahaja orang buta.

2. Matthew 21:2 cakap yang Jesus suruh bawa keldai dan kuda jantan muda tapi dalam Mark 11:2 cuma sebut kuda jantan muda sahaja.

3. Matthew 26:2 cerita tentang satu peristiwa yang berlaku 2 hari selepas kenduri 'Passover' tapi John 12:1 sebut 6 hari.


P/S: Begitulah, sekian-sekian...macam baca buku Ahmad Deedat...tak pun macam novel Syahadah Gadis Ateis tu...

P/P/S: Ada point penulis yang kukuh tentang pertentangan antara beberapa ayat tapi tak kurang juga ada ayat-ayat yang kurang jelas.

Pada pandangan saya, penulis bersifat 'biased' dan hanya berniat menghentam tapi dalam masa yang sama ada ayat-ayat beliau yang meminta orang-orang yang membacanya agar segera masuk Islam.

(Macam Zakir Naik pun ada...huhu)

Cuma bila ayat yang kita susun tu nampak macam menghentam, orang yang baca tu mungkin lagi susah nak terima.

Pada pandangan sayalah. Mungkin betul. Mungkin tidak.

Mungkin kita boleh kupas lagi tentang point yang saya anggap biased dan menghentam suatu masa nanti.
Insya-Allah.

Assalamualaikum

-------------------------------------------------------------

Iklan:


Novel sulung saya yang diterbitkan pada tahun 2016 menggunakan judul yang diambil daripada salah satu nama Torah - GENESIS sebagai satu permulaan saya berkarya.


Saya dalam proses menulis sambungannya dan satu lagi novel stand-alone yang mengambil tempat pada tahun 2112. Satu cubaan untuk mencabar minda menjelajahi fikiran pada masa hadapan. Bismillah! :)

1 comment:

  1. salam..agak2 la kan, bile novel smbungan Genesis keluar??

    ReplyDelete