Peace

Friday, 28 December 2018

Cermin - Suatu Analogi

Assalamualaikum

Hari ini, nak cerita sebuah kisah berkenaan cermin


Cermin yang bergantung di dinding ruang makan itu milik seorang lelaki kaya. Cermin itu besar dan berbentuk segi empat tepat, dengan bingkai emas yang lebar dan tebal, dihiasi motif daun dan bunga.

Setiap yang memandang akan memuji. Namun begitu, setiap yang memandang turut menyedari bahawa cermin itu tidak sempurna. Pada salah satu bucunya, bahagian belakangnya yang bersalut perak telah dicalarkan sehingga bahagian itu menjadi jernih seperti kaca biasa.

Kebanyakan orang akan mengeluh apabila melihatnya. Mereka mengatakan, "Oh, kasihan! Kasihan cermin ini telah rosak." Apa yang lebih menarik ialah pemilik cermin ini akan memberitahu tetamunya bahawa dialah yang sengaja mencalarkan bahagian itu.

Apakah?



Lelaki itu kemudian membongkar satu cerita.

Sudah banyak tahun yang lalu, di sebuah bandar kecil di negara  pemain piano unggul Chopin, Poland, terdapat seorang lelaki yang dipanggil Abraham. Dia punya satu kedai kecil dan keuntungannya hanya sekadar cukup untuk menampung keluarganya. Dia bukanlah lelaki yang kaya tetapi tidak pula papa. Dia hanya mempunyai beberapa orang pelanggan.

Terkadang, orang-orang datang tanpa membeli apa-apa pun kerana kedai Abraham tidak punya banyak barang untuk dipilih. Mereka lebih memilih untuk ke kedai yang lebih besar.

Abraham senang dengan hidupnya. Walaupun dia tidaklah berada, dia tetap punya sesuatu untuk dikongsi bersama. Tidak ada pengunjung yang akan lapar ke rumahnya. Setiap kali ada orang susah yang memerlukan bantuan, Abraham akan ada di situ.



Rumahnya hanya kecil sahaja. Catnya tidak berganti kerana mereka tidak punya wang untuk itu. Pada mereka, membantu yang dalam kesusahan itu lebih penting berbanding mengecat rumah. Begitu juga perabot dan langsir di jendela. Sama keadaannya. Tiada permaidani indah. Pakaiannya tidak megah, barang-barang lama kekal digunakan sehingga ada pada beberapa cawan dan pinggan mereka retak dan sumbing. Makanan mereka juga sederhana.

Ya, bukan rumah yang aneh atau moden. Setidaknya, masih sebuah rumah. Sebuah tempat yang dipenuhi kebahagiaan. Semua orang berasa selesa dan aman di situ. Abraham punya banyak tetamu kerana dia memang seorang yang terkenal dengan kebaikan dan kesudian hatinya dalam membantu.

Satu hari, Abraham sedang berdiri di muka pintu, menantikan jika ada sebarang pelanggan. Tiba-tiba, dia menyedari ada seseorang yang tidak dikenali sedang berjalan ke arah kedainya. Abraham tinggal di pekan yang kecil jadi dia mengenali mereka. Abraham menawarkan bantuan kepada lelaki itu untuk berehat di rumahnya.

Tetamu itu menerima tawaran untuk berehat di rumah Abraham. Apa yang Abraham tidak menyedari ialah lelaki itu bukan sebarang lelaki biasa. Lelaki itu merupakan seorang Rabbi yang bijaksana dan terkenal daripada pekan yang jauh. Dia sedang dalam perjalanan ke majlis pernikahan dan kebetulan berlalu di kawasan itu.

Rabbi itu benar-benar gembira dengan persinggahannya. Sebelum dia meninggalkan rumah Abraham, dia berdoa agar Abraham dikurniakan kekayaan agar dapat menolong orang susah dengan lebih mudah.



Setelah si Rabbi pergi, kedai Abraham menjadi tempat yang begitu sibuk. Sepanjang hari tempat itu dipenuhi dengan pelanggan yang berpusu-pusu mendatangi. Semua orang menemui apa yang dicarinya di dalam kedai itu dan tidak membeli di tempat lain. Semakin bertambah hari, semakin banyak pula tetamu yang diterimanya.

Kemudian, kedainya pula dibesarkan untuk menampung lebih ramai pelanggan. Tidak beberapa lama, Abraham menjadi seorang peniaga yang penting dan kaya. Dia menjadi salah seorang lelaki yang kaya di pekan itu.

"With great power, comes great responsibility."
(Ben Parker)



Sekarang Abraham sudah mempunyai kedai yang besar, lebih banyak perkara yang hendak diuruskan. Dia juga risau kalau-kalau perompak memasuki kedai atau rumahnya. Dia mahu perniagaannya berkembang maju. Dia mahukan pakaian megah dan baru. Oleh sebab Abraham terlampau sibuk dengan kedainya, masanya pula berkurang untuk menelaah pengajian agamanya. Dia juga sudah tidak punya waktu untuk berurusan dengan orang susah. Abraham hanya boleh ditemukan dengan temu janji. Setiausahanya yang akan memberikan wang kepada mereka yang memerlukan namun Abraham tidak ada masa untuk mendengar cerita dan masalah mereka.

Abraham dan isterinya membina sebuah rumah baharu yang hampir terlihat seperti sebuah singgahsana. Terdapat banyak kamar, dan kesemua kamar itu besar dan indah. Lantai dilitupi permaidani dan tikar yang hangat. Dinding dipenuhi dengan kertas dinding yang cantik. Semua perabotnya baharu dan mahal. Ruang makan diperbuat daripada kayu yang tahan lasak, berkilat dan mahal. Kerusi-kerusi yang berada di ruang tamu sangat lembut dan empuk. Bergantungan di dinding merupakan lukisan yang dilukis oleh artis-artis sebenar.

Dan pada satu dinding di ruang tamu itu, terdapat sebuah cermin besar. Tersangat besar sehingga hampir menutupi keseluruhan dinding. Di sekeliling cermin itu, ada bingkai yang lebar dan tebal, diperbuat daripada emas. Tidak ada di pekan itu yang punya cermin lebih baik. Siapa yang melihat pasti akan bercerita tentang kecantikannya. Benar-benar satu mahakarya.

Terdapat banyak pembantu di dalam rumah itu. Namun begitu, rumah itu terlalu menarik dan indah sehingga Abraham tidak mahu sebarang pengemis atau orang miskin yang masuk ke dalam. Tiada lagi yang dijemput untuk dijamu. Pembantu rumah akan membuka pintu dan memberikan wang kepada yang memerlukan. Itu sahaja.



"Abraham dah lain."

"Dia dah berubah sejak dia kaya. Sayang! Dia selalu baik tapi sekarang dia dah tak ada masa untuk kita lagi."

Mereka akan menggeleng kepala dan mengingati masa-masa indah sewaktu Abraham tidak pernah gagal untuk menolong yang lain.

Masa berlalu. Satu hari, seorang utusan datang melawat Abraham. Dia dihantar daripada satu tempat yang jauh oleh Rabbi terkenal itu. Khabar Abraham telah sampai kepadanya dan sekarang dia memerlukan bantuan Abraham. Seorang lelaki Yahudi yang tidak bersalah telah dipenjarakan atas tuduhan yang palsu dan memerlukan banyak wang sebagai jaminan.

Abraham sangat gembira untuk membantu. Dia memberikan wang kepada utusan itu dan mengirimnya dengan ucapan perjalanan pulang yang baik. Dia juga berkirim salam dengan si Rabbi.

Utusan itu telah melaksanakan tugasnya tetapi dia tidak berasa gembira kerana sangat sukar untuk berbicara dengan Abraham. Setiausahanya tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke pejabat peribadi Abraham. Abraham memberikan dia wang tetapi tidak menjemputnya ke rumah dan membenarkan dia berehat. Sebelum ini, si Rabbi memuji-muji Abraham dan selalu bercakap tentang keelokan peribadi Abraham. Utusan itu tidak mengerti apa yang sedang berlaku.



Apabila dia pulang, dia memberitahu segalanya kepada si Rabbi. Rabbi menggeleng kepalanya, kesedihan. Segalanya telah berubah. Dia mengambil keputusan untuk mengunjungi Abraham untuk melihat apa yang boleh dilakukan.

Apabila si Rabbi tiba, Abraham menerimanya dengan tangan terbuka dan menjemput ke rumahnya. Rumah ini kelihatan begitu berlainan dengan rumah yang dikunjungi sebelum ini. Rumah ini mungkin tampak indah dan tersergam indah, tetapi keramahan dan kehangatannya telah hilang. Si Rabbi berjalan di atas permaidani tebal. Dia melihat ke arah lukisan-lukisan mahal itu. Akhirnya, dia menyedari cermin besar itu.

"Banyak yang berubah, 'kan?" kata Abraham dengan senyuman.

"Lagi satu, cermin ni...yang paling saya suka. Cermin ni yang paling mahal tapi sangat-sangat berbaloi. Masterpiece," sambung Abraham.

"Ya," kata si Rabbi.

"Banyak yang berubah...banyak yang berubah..." sambung si Rabbi.

Tiba-tiba, si Rabbi memanggil Abraham. "Mari sini. Apa yang kamu nampak dalam cermin ni?"



Abraham tertanya-tanya, "Diri saya sendiri. Ini apa yang saya nampak dalam cermin ni. Pantulan diri saya."

"Tengok betul-betul. Apa lagi yang kamu nampak?" duga si Rabbi.

"Saya nampak semua perabot yang terpantul. Saya nampak lukisan, karpet dan tikar. Saya boleh tengok macam-macam benda dalam rumah yang cantik ni," jawab Abraham.

Kemudian, si Rabbi berjalan ke arah jendela bersama Abraham. Lelaki tua itu menolak langsir dan melihat ke luar. Rumah Abraham terletak di jalan besar dan ramai orang yang sering menggunakan jalan tersebut. Abraham mengenali kebanyakan orang yang melintasi jalan itu.

Si Rabbi bertanyakan banyak soalan berkenaan mereka. Abraham memberitahu bahawa wanita dengan raga itu seorang janda miskin dengan banyak anak. Wanita itu mengharap akan ada orang baik yang akan meletakkan makanan ke dalam raganya untuk keluarganya.

Dia memberitahu si Rabbi tentang Bentze, pembawa air, yang sudah semakin tua dan sukar untuk membawa air. Dia menunjuk ke arah Yankel, si tukang jahit, yang menjahit pakaian setiap hari, namun selalu tidak punya cukup wang untuk keluarganya.

Abraham tertanya-tanya mengapa si Rabbi bertanya soalan-soalan ini. Si Rabbi merupakan seorang watak yang serius dan tidak punya waktu untuk dibuang begitu sahaja.

Rabbi berkata kepada Abraham, "Pelik, 'kan? Bila kamu tengok dalam cermin, kamu hanya nampak diri kamu 'ja. Kamu boleh tengok lebih bila tengok daripada jendela. Kamu boleh nampak jiran tetangga kamu dan kawan-kawan dalam pekan ni."

"Betul. Cermin dan tingkap diperbuat daripada kaca. Tingkap tu lutsinar. Cahaya boleh lalu. Cermin pula ditutup dengan lapisan perak bahagian belakang. Cahaya tak boleh tembus dan pantulkan semula," Abraham mengiakan kata-kata si Rabbi.

"Oh! Tingkap tu jernih dan melaluinya kamu boleh tengok orang lain dan kehidupan dia orang. Tapi bila yang ditutupi dengan lapisan perak, apa yang kamu boleh tengok cuma diri kamu 'ja. Bolehkah kalau kamu satu cermin dan buangkan bahagian peraknya supaya kamu dapat tengok orang lain berbanding diri kamu sendiri?" cadang si Rabbi.

Mata Abraham bergenang. Dia begitu malu. Akhirnya, dia mengerti apa yang telah terjadi kepada dirinya setelah dia menjadi kaya.



P/S: Bagai anjing dengan bayang-bayang, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Adakah kita salah seorang daripada "Abraham-Abraham" dalam cerita ni?

P/P/S: Ya, cerita ini diambil daripada website Yahudi tetapi masih ada pengajaran yang sangat berharga di sebalik analogi ini. Sangat berharga.

Assalamualaikum

Thursday, 22 November 2018

[BEDAH BUKU] Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain?

Assalamualaikum

Lama tak menaip sini...

Entry kali ni nak bedah satu buku (lagi?)



Buku ni dah lama...tahun 2009...dah hampir sedekad

Tapi tergerak nak bedah buku ni sebagai sambungan siri bedah buku sebab baru-baru lagi tengok ceramah Ustaz Auni Mohamad melalui channel Abu Khadijah di YouTube.

Boleh tengok video ni:


Buku ni tak straightforward cerita tentang hamba Allah Zulqarnain (Yang Memiliki Dua Tanduk) ni.

Buku ni ada 4 bab:

Bab 1: Raja Namrud
Bab 2: Raja (Nabi) Sulaiman (sekitar 1000 BC hingga 928 BC)
Bab 3: Raja Bukhtanasar (sekitar 625 BC hingga 562 BC)
Bab 4: Perbincangan Iskandar Bukan Zulqarnain

Dan kisah-kisah sebelum Zulqarnain ni kiranya sebagai preface atau mukadimah kepada perbincangan sebenar tentang Zulqarnain.

Penulis memperkenalkan satu watak bernama Raja Namrud atau Nimrod seperti dalam Bible. Kita mungkin mengenali watak ni daripada cerita Nabi Ibrahim yang dibakar dalam api oleh seorang raja kerajaan Babylon. Inilah dia rajanya. Raja yang mencipta Menara Babel.


"Kami berfirman, "Wahai api! Jadilah kamu sejuk dan penyelamat bagi Ibrahim.""
(Al-Anbiya', ayat 69)

Ini merupakan raja pertama yang disebut oleh penulis. Raja yang kufur malah mengaku sebagai Tuhan.

Daripada Ibrahim (Abraham), datanglah keturunan seterusnya melalui Ishak (Isaac), kemudian anaknya Ya'qub (Jacob/Israel), kemudian 12 Bani Israel yang mana salah seorangnya menjadi Nabi iaitu Yusuf (Joseph). Salah seorang daripada Bani Israel iaitu Lawi (Levi), keturunannya melahirkan Musa yang dikurniakan kenabian dan Taurat (Torah)


Pengenalan satu lagi raja yang kufur iaitu Firaun. Musa dan Harun (adik-beradik) dikurniakan kenabian bagi menghadapi Firaun. Sejak zaman Nabi Musa ni lagi, Bani Israel ni dah disuruh untuk masuk kawasan Jerusalem iaitu tempat yang pernah dijanjikan oleh Allah kepada Ya'qub (Israel) untuk zuriat keturunannya.

Dipendekkan cerita, akhirnya Bani Israel dapat takluk Jerusalem dan kemudian ditawan oleh kaum Philistine. Dalam kekalutan ni, peti Tabut yang menyimpan Taurat dan tongkat Musa dirampas. Dalam masa inilah, Talut (Saul) diangkat sebagai raja Yahudi dan peti Tabut dipulangkan sebagai petanda yang Talut, seorang pemuda biasa layak menjadi raja.


Selepas tu, Daud (David) menjadi raja Yahudi. Si kecil Daud menjadi terkenal kerana berjaya mengalahkan si badan besar Jalut (Goliath) dengan menggunakan lastik batu.

Dan daripada Daud, lahirlah Sulaiman (Solomon) yang menyambung tugas seorang raja dan nabi. Raja yang beriman.


Setelah wafatnya Sulaiman, kerajaan terpecah menjadi dua, iaitu Kerajaan Israel dan Kerajaan Yahudi (Judah). Kerajaan Israel diserang kerajaan Raja Shalmaneser V manakala Kerajaan Yahudi bertahan sehingga akhirnya diserang oleh Babylon.

Penulis akhirnya memperkenalkan satu lagi raja kufur, iaitu Raja Bukhtanasar (Nebuchadnezzar).

Raja inilah yang kita tahu mencipta Taman Tergantung Babylon, antara Seven Wonders of the Ancient World.


Pada zaman raja inilah, semua Taurat dihapuskan dan Uzair (Ezra/Azaria) diangkat menjadi nabi. Uzair ditidurkan semasa Jerusalem berada dalam kemusnahan selama 100 tahun. Bila bangkit semula, kerajaan itu dah bangun semula tapi Taurat masih lenyap.

Dengan mukjizat daripada Allah, Nabi Uzair dapat melafazkan semula isi Taurat berdasarkan ingatannya.

Akhirnya, penulis masuk bab Perbincangan Iskandar Bukan Zulqarnain.

Kita sebagai masyarakat Malaysia pun tak lari daripada satu gelaran ni iaitu Iskandar Zulqarnain. Figur ini yang menjadi legasi yang akhirnya melahirkan keturunan Raja-Raja Melayu mengikut Sulalatus Salatin. Yang ni 'no comment'.


Pertama sekali, Iskandar ialah Alexander the Great, seorang Maharaja Agung Makedonia atau Greece (kedua-dua negara ni berebut maharaja yang sama pada zaman moden ni). Manakala Zulqarnain pula perkataan Arab yang bermaksud mempunyai dua tanduk. Ada juga yang mengatakan berasal daripada dua kurun.

Dua tanduk di sini boleh diumpamakan juga dengan yang memiliki dua ufuk timur dan barat. Sebagai tanda besarnya empayar Zulqarnain.

Alexander III ni berguru dengan Aristotle, satu lagi nama yang cukup dikenali dalam dunia sejarah.


Tiga ahli falsafah yang terkenal iaitu Socrates, anak muridnya Plato, dan anak murid Plato ialah Aristotle.

Penulis juga memperkenalkan seorang lagi Maharaja Agung iaitu Maharaja Kurush (Cyrus the Great). Tokoh ni merupakan tokoh yang juga terkenal bagi Bani Israel kerana setelah Babylon ditawan oleh beliau, beliau membebaskan semua orang Yahudi yang dijadikan hamba abdi sejak zaman Raja Bukhtanasar tadi. Dalam tempoh inilah, Uzair ditidurkan dan dibangkitkan.

Dalam Old Testament (Kristian) atau Tanakh (Yahudi), dalam Book of Daniel, bab 8 ada tertulis mengenai seorang Nabi bernama Daniel yang bermimpi.

Dalam mimpi tu, ada seekor kambing gurun bertanduk dua yang mengalahkan semua jenis binatang kecuali pada akhirnya dikalahkan oleh kambing bertanduk satu. Malaikat kemudian menjelaskan yang bertanduk dua itu adalah raja kepada Madia (Media) dan Parsi (Persia), dan yang bertanduk satu itu ialah raja Yunani (Greece).


Satu-satunya, raja yang menyatukan kerajaan Madia dan Parsi hanyalah Raja Kurush. Selepas kewafatan Raja Kurush, beberapa orang waris selepasnya tewas dan empayarnya musnah di tangan Raja Iskandar.

Selain itu, Raja Kurush disebut dalam Book of Daniel dan Book of Ezra sebagai seorang yang takut akan Tuhan, perwatakan yang digambarkan sama dengan Zulqarnain.

Ciri-ciri Zulqarnain:

1. Perjalanannya ke arah terbenamnya matahari (barat)
2. Menerima ilham daripada Allah
3. Perjalanannya ke arah terbitnya matahari (timur)
4. Membina tembok menghalang Ya'juj dan Ma'juj.


Kesemua ciri-ciri ini ada pada Raja Kurush seperti yang dinyatakan oleh penulis.

Sekian.

P/S: Banyak perincian yang terpaksa dipotong-potong kerana terlampau panjang namun inilah intipati utama yang didapati daripada buku ini. Insya-Allah.

Assalamualaikum

Wednesday, 2 May 2018

[PART 3] Mengenali Bahasa Ibrani dan Persamaan dengan Bahasa Arab


Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni kita sambung lagi...macam yang kita dah tahu daripada entry lepas:


1) Bahasa orang Yahudi
2) Pernah pupus dan digantikan oleh bahasa Aramaik sebagai bahasa seharian
3) Tapi tetap digunakan dalam ibadah orang Yahudi
4) Bahasa Ibrani 'dihidupkan' semula pada hujung abad ke-19
5) Pengenalan Duolingowebsite dan app yang boleh diguna untuk belajar Hebrew secara PERCUMA!
6) 2 perkataan: ahava = love, ava = father
7) Abjad Ibrani ada 22




Part 2: Mengenali Bahasa Ibrani dan Persamaan dengan Bahasa Arab:

1) Pengenalan Memrise, satu lagi website dan app PERCUMA yang 'melengkapi' Duolingo
2) Dari mana datangnya perkataan 'abjad' atau 'alphabet'
3) Perbandingan sebutan huruf Ibrani dan Arab
4) [BONUS] Kenapa bahasa Arab disebut bahasa 'dhod'?
5) Pengenalan Masoretic text atau penambahan titik dan baris dalam bahasa Ibrani, sama seperti bahasa Arab


Dan kali ini, kita akan tengok beberapa perkataan yang hampir sama dengan bunyi sepupunya, iaitu Arab.

Sebelum tu, nak sambung sikit lagi cerita tentang perbandingan agama. Bila cakap tentang Yahudi, terutamanya agama, kita akan cakap tentang kitab utama Yahudi iaitu Torah (Taurat) yang dibawa oleh Moshe (Musa).

Tokoh utama orang Yahudi ialah Nabi Musa dalam hukum-hakam (daripada Taurat) yang kemudiannya diteruskan oleh Joshua/Yehoshua (Yusya bin Nun). Nabi Musa TAK sempat bawa masuk orang Yahudi yang baru lepas lari daripada Mesir (Firaun) ke 'Tanah Yang Dijanjikan'. Yehoshua sebagai pembantu Moshe yang sambung 'perjuangan' bani Israil lepas Moshe wafat.

Nota: 'Tanah Yang Dijanjikan' nilah kawasan Palestin dan Israel sekarang. Dulunya, dihuni oleh orang Kanaan.



Kononnya, Moshe bukan je dapat kitab Torah (bertulis) daripada Allah, tapi baginda dapat juga kitab Talmud (lisan) dan Talmud ni diturunkan Moshe kepada Yehoshua untuk diturunkan kepada pemimpin-pemimpin Israel.

Sebelum ni, adalah juga dengar tapi terlampau sikit mengenai kitab Talmud ni. Sampailah akhirnya jumpa satu buku keluaran Hijjaz Records Publishing, iaitu:

Zulmat dan Kehitaman Talmud: Kekarutan dan Songsangnya Kitab Yahudi Yang Dirahsiakan oleh Shahriman Wahap dan Aeril Zafrel



Daripada buku nilah dapat tahu macam-macam. Dan akhirnya rasa nak belajar bahasa Ibrani/Hebrew ni datang sebab terlampau skeptik dan tak percaya 100% olahan orang lain. Nak juga baca kitab original dalam bahasa tu.

Cuba tengok video ni, yang mana orang Yahudi (ateis) interview pandangan orang kuat agama Yahudi tentang beberapa ayat dalam Talmud:

Religious Jews are asked about the Talmud

P/S: Sorry, dah try cari nak letak video ni kat blog tapi tak dapat. Kena klik juga. Sorry.

Kalau nak tengok banyak soalan-soalan yang ditanya orang luar kepada Palestin & Israel dalam bentuk interview jalanan, boleh check channel dia. Corey Gil Shuster. Dia panggil 'Ask Project'. Projek yang khas untuk tanya pendapat daripada dua-dua pihak. Yang interview tu orang Yahudi tapi ateis.




So, back to the previous point:

Kita akan tengok beberapa perkataan Ibrani yang hampir sama dengan bunyi sepupunya, iaitu Arab.

Yang kita dah tahu sebelum ni,

Ayah:
אבא = أب

Cinta:
אהבה = حب

Bumi:
ארץ = أرض


Dan sekarang, kita akan tengok beberapa lagi:

Ibu:
אמא = أم

Dia (lelaki):
هو = הוא

Dia (perempuan):
היא = هي

Saya
אני = أنا

Awak (lelaki):
אתה = أنت

Awak (perempuan):
את = أنتِ

Adam:
אדם = أدم

Hawa:
חוה = حواء

Makan:
אוכל = أكل

Cinta (perbuatan):
אוהב = أحب

Budak lelaki:
ילד = ولد

Budak perempuan:
ילדה = ولدة

Raja:
מלך = ملك

Nasi:
אורז = أرز


Itulah antara contohnya. Nampak kan persamaannya? Jadi, adakah bahasa Ibrani dan bahasa Arab ni boleh difahami antara orang Arab dan Yahudi sendiri?

Jawapannya, TIDAK

Dan ada satu video yang boleh terangkan dengan baik tentang tu:


Kepada siapa yang minat bahasa boleh follow dia kat YouTube. Search je Langfocus atau klik je link ni.

Meh kita cuba dengar orang cakap dalam bahasa Ibrani:


Dan bandingkan dengan orang yang cakap dalam bahasa Arab:


Nampak kan perbezaan dan persamaannya? Itulah dia bunyi sepupu Semitik berbicara...

Jadi apa kepentingannya? Kenapa Ibrani? Meh satu video lagi sebagai contoh:



Okay, jadi rasanya dah cukup sampai sini. Entry penutup. Alhamdulillah

P/S: Setiap gambar selebriti kat atas ada Easter egg masing-masing kalau click *wink*

MAKE PEACE. NOT WAR.


Salam! Shalom!

Assalamualaikum