Peace

Thursday, 31 January 2013

Ikhlas itu Khalas

Assalamualaikum...

Bertemu kembali dalam program... #eh??

Jom tadarus jap... ^_^







"Katakanlah ALLAH itu satu(Esa), ALLAH tempat meminta, Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan, Dan tiada yang (sekufu)setara dengan-Nya."

(Al-Ikhlas)


Ikhlas

Ikhlas itu bebas. Ikhlas itu 'khalas', dalam bahasa Arab ertinya habis, licin, habuk pun tarak!

Ertinya, orang yang ikhlas itu tiada sesuatu apa pun dalam sanubarinya, melainkan ALLAH.



Dia berbuat kerana dan untuk ALLAH semata-mata. Orang yang ikhlas hanya ada satu Tuhan untuk dijaga dalam hidupnya. Manakala orang yang tidak ikhlas punya ramai 'Tuhan-Tuhan' kecil untuk dijaga.

Ya, kita tidak boleh menyukakan sanubari semua orang. Kita hanya perlu berusaha untuk menyukakan ALLAH. Insya-ALLAH nanti kita akan disukai dan menyukai orang yang disukai ALLAH juga. Itulah rahsia kejayaan kita.




Mana yang kita hendak?


  1. Disukai manusia yang disukai ALLAH
  2. Disukai manusia yang dibenci ALLAH

Ya, itulah jawapannya!

Pandai...

...pun!



Apa gunanya disukai oleh orang yang dibenci ALLAH? Sukanya tidak memberi manfaat. Bencinya tidak memberi mudarat.


Ihya' Ulumuddin:

Meninggalkan mengumpat di siang hari lebih utama daripada solat sunat pada malam hari atau qiamullail.


Umat Islam apatah lagi saudara-mara perlu busy body. Kita harus busy body sebab kita semua satu body, satu jasad.

Itulah pesan Rasulullah, Mu'min dengan Mu'min yang lain umpama satu badan, bila sakit satu anggota badan semacam sakit seluruhnya.

*Busy body = Suka jaga tepi kain orang

Tapi apa yang kita akan buat kalau dah kain dia terselak tanpa disedari? Bagaimana pula yang 'sengaja menyelak' dan kita serta masyarakat tak selesa memandangnya? Dahlah tak selesa, tak selera pula...

"Orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Jadi apabila anda berdukacita, carilah orang lain dan gembirakanlah sanubari mereka. Nanti sanubari anda juga akan turut merasa gembira."



Follow @SantapanMinda & @sinarbaru !

No comments:

Post a Comment