Peace

Thursday, 29 March 2018

[BEDAH MOVIE] Exodus Gods and Kings (2014)

Assalamualaikum

Entry kali ni kita nak menyelongkar satu persatu isi filem yang bertajuk:



Tak lengkap rasanya kalau tak letak trailer:



Okay? Cun?

Biasanya orang nak tahu siapa berlakon, kan? Pelakon utama filem ni ialah Christian Bale (kena pula dengan tema cerita ni nama dia)...

😀



Antara watak terkenal yang dia bawa ialah Bruce Wayne/Batman dalam trilogi The Dark Knight oleh Christopher Nolan



Okay, berbalik pada movie tadi, Bale bawa watak apa dalam cerita ni?

Klunya ada pada tajuk movie, iaitu

EXODUS

Exodus ni salah satu daripada nama 'book' atau 'surah' dalam Bible. Lebih tepat lagi, bahagian Old Testament dalam Bible. Atau nak lagi tepat, bahagian Torah/Taurat dalam Old Testament.

5 'surah' yang diletakkan di dalam ruangan Torah ialah:

1) Genesis (Bahasa Indonesia: Kejadian)
2) EXODUS (Bahasa Indonesia: Keluaran)
3) Leviticus (Bahasa Indonesia: Imamat)
4) Numbers (Bahasa Indonesia: Bilangan)
5) Deuteronomy (Bahasa Indonesia: Ulangan)



Exodus merupakan 'surah' kedua dalam Torah.

Macam yang kita nampak dalam gambar tu, 'The Second Book of Moses'. Torah ni dipercayai ditulis oleh Moses atau lebih dikenali oleh kita sebagai Nabi Musa.

Jadi, watak utama yang dibawa oleh Bale dalam cerita ni ialah Moses.


Moses masa dalam istana Firaun, adik-beradik angkat Ramses II

Moses lepas keluar istana 1

Moses lepas keluar istana 2 (jumpa Jethro/Nabi Syuaib) 


Moses tua

Moses atau 'Moshe' dalam bahasa Ibrani (Hebrew) ni mengikut pandangan Christian Bale yang bawa watak tu sendiri, barbaric dan schizophrenic.

Barbaric ni macam tak bertamadun, kasar
Schizophrenic ni sejenis masalah mental yang mendengar suara-suara ghaib (halusinasi)

Kalau siapa yang tahu tentang Bible, Old Testament dan New Testament ni dipisahkan sebab New Testament ni merupakan satu 'Perjanjian Baru' atau undang-undang yang menggantikan Old Testament. Undang-undang lama yang nampak tak bertamadun dan ganas.

Kalau kita baca perbandingan antara dua testament ni, kita boleh sedar yang Tuhan dalam Old Testament ni jenis yang senang murka, asyik nak marah je tapi dalam New Testament, Tuhan ni ditunjukkan pula sebagai Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, sampaikan sanggup hantar satu-satunya 'anak' Dia untuk disalib. Semata-mata untuk menghapuskan 'dosa manusia'. Dosa yang dimulakan daripada Adam sebab makan daripada pohon larangan.



Cerita dalam movie ni hampir sama dengan kebanyakan movie yang ceritakan tentang Moses.

Moses, Ten Commandments, Prince of Egypt

Semuanya ada mesej yang sama. Cuma perbezaan berbanding movie lain ialah dari segi mukjizat Nabi Musa.

Sebagai contoh, dalam movie ni, mukjizat Nabi Musa paling gah yang membelah Laut Merah ditonjolkan seolah-olah Laut Merah tu memang dah kering dan bila orang-orang Yahudi habis melintas, barulah satu tsunami datang dan menelan orang-orang Firaun hidup-hidup.



Dan bala yang datang pada orang Mesir, iaitu berbentuk Sungai Nil bertukar merah, belalang, kutu, katak, kematian anak-anak orang Mesir. Kesemuanya berjumlah 9 bala mengikut Bible. Setiap bala ni boleh ditafsir dari sudut sains.

Jadi, pengarah movie ni, Ridley Scott nak semua benda yang berlaku dalam cerita ni masuk akal. Pengarah ni sendiri ceritakan waktu dia pernah tengok cerita tentang Moses ni dulu, dia tak boleh terima yang Laut Merah terbelah dua.

Jadi, mukjizat-mukjizat berbentuk tongkat Nabi Musa jadi ular, tangan Nabi Musa bercahaya semua tu memang tak ada.



Dan ada satu benda lagi yang lain berbanding movie lain. Dalam scene yang terpenting iaitu scene 'The Burning Bush'. Scene inilah di mana Moses 'berjumpa' Tuhan. Moses ternampak satu semak yang bernyala dengan api tapi sekadar bernyala. Tak terbakar, tak berasap.

Jangan perlekehkan scene ni sebab scene ni pun ada dalam al-Quran bila Nabi Musa sampai kat Lembah Tuwa dan diminta oleh ALLAH untuk buka kasut.

Check dalam surah Taha yang mana ALLAH ceritakan kepada Nabi Muhammad tentang Nabi Musa. Cuma, dalam surah ni Nabi Musa dikatakan ternampak api, tak ada pula diceritakan tentang semak yang terbakar.

Jadi, dalam scene ni, Moses memang jumpa 'burning bush' ni dan Tuhan dalam bentuk budak lelaki. Hmmm...tapi tadi pengarah ni tak suka benda yang tak masuk akal, kan? Kenapa scene ni ada?



Jawapannya, semuanya berlaku dalam bayangan Moses je. Itu yang dikatakan Moses ni ada skizofrenia.

Budak yang dikatakan Tuhan ni bila dia cakap tentang orang Yahudi dan apa yang orang Mesir buat kat dia orang selama ni, jadi hamba, kena seksa...nampak yang 'Tuhan' ni marah...

Dan ada satu part yang mungkin sebenarnya suara daripada pembikin skrip ni yang mana Firaun ni marah sebab anak-anak orang Mesir mati termasuk anak dia sendiri.





Scene ni buat saya terfikir sekejap. Bila nyawa anak ni ditarik, kita mungkin memberontak, salahkan Tuhan. Tapi siapa pula yang bagi nyawa tu kalau bukan Tuhan. Hakikatnya, nyawa tu dalam genggaman Tuhan dan tak ada siapa yang boleh halang kuasa tu, yang serta-merta membuktikan kekuasaan Tuhan.

Sama juga macam dalam apa-apa keadaan. Kita akan marah bila kena sesuatu musibah padahal ada banyak benda yang menyenangkan dan membahagiakan tapi kita LUPA. Fokus kita ialah pada musibah semata-mata.

Berbalik pada movie tadi, kesimpulan yang dapat saya buat ialah:







Sebenarnya, kalau tengok cerita-cerita Kristian yang dibuat oleh Barat sebenarnya interpretasi dia orang terhadap cerita tu sekadar cerita dongeng je. Sama macam dia orang buat movie tentang Dewa Yunani (Greek) macam Zeus, Athena, Apollo dan Dewa Mesir Osiris, Isis, Ra semua tu.

Dia orang cuma anggap cerita ni dongeng lebih-lebih lagi bagi ateis (tak percaya Tuhan).

Nampaknya, sampai sini jelah bedah movie kita. Terima kasih sebab sudi baca. :)

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment