Peace

Wednesday, 21 March 2018

[BEDAH BUKU] Christianity (A Brief Insight) oleh Linda Woodhead

Assalamualaikum

Entry kali ni kita nak bedah satu lagi buku yang ada disebut dalam entry sebelum ni. Siapa yang belum baca entry sebelum ni boleh singgah dulu.


Kalau dah, kita teruskan jom!

Buku yang dipilih kali ni ialah:

Christianity oleh Linda Woodhead

Buku ni ada kawan bagi free masa dia beli kat pesta buku Big Bad Wolf 2012/2013 dulu. Terima kasih Sera!

---------------------------------------------------------------------------------

Seperti biasa, kita akan bagi table of content dulu macam dalam buku tu.

Ada 7 bab dan 1 kesimpulan semuanya.

Introduction
Bab 1 - Jesus: The God-Man
Bab 2 - The Signs and Symbols of Christianity
Bab 3 - Church and Biblical Christianity
Bab 4 - Mystical Christianity
Bab 5 - Modern Christianity: The West
Bab 6 - Christianity Beyond the West
Bab 7 - A Woman's Religion?
Kesimpulan


Dua bab pertama cerita tentang asas Kristian. Tentang kehidupan dan pemikiran cara Kristian.

Bab 1 menceritakan macam mana Jesus ditafsirkan dan peranan tafsiran-tafsiran ni dalam menetapkan pemikiran Kristian.

Jadi, nature of Jesus ni menjadi satu penyatuan oleh orang-orang Kristian. Pada mulanya, nature of Jesus ni dijadikan perdebatan sehingga dibawa masuk dalam mesyuarat-mesyuarat yang dipanggil sebagai 'council'. Macam majlis syura bagi Islam. Akhirnya, mendapat kata sepakat yang Jesus ni ada dua nature, iaitu sebagai manusia dan Tuhan dalam masa yang sama.

Bab ni menceritakan tentang Gospel (god spell yang berasal daripada Greek evangelion, berita baik) yang dibawa oleh Jesus, tentang kehidupan Jesus, ajaran yang dibawa Jesus, keajaiban Jesus, kebangkitan Jesus lepas mati selama 3 hari dan perdebatan tentang siapa itu Jesus:

1. Manusia biasa
2. Manusia yang diangkat oleh Tuhan
3. Tuhan yang datang untuk menolong yang lain untuk menjadi Tuhan
4. Tuhan-Manusia yang unik


Point 1 semua faham. Point 2 tu ada istilah yang dinamakan 'apotheosis'. Contoh lain ialah The Apotheosis of Washington yang dilukis pada bumbung bangunan Capitol Amerika Syarikat.


Apotheosis ni kira macam nirvana (Buddha), puncak kejadian iaitu akhirnya menjadi Tuhan walaupun nirvana atau moksha (Hindu) tu tak semestinya 'menjadi Tuhan' tapi sebenarnya kebebasan daripada kitaran hidup sebagai 'makhluk'.

Point 3 tu lebih berkisar tentang pandangan Yunani (Greek) kuno atau budaya Helenistik. Budaya dia orang memang ada banyak dewa dan dewa-dewi dia orang memang menyerupai manusia. Jadi, bagi mereka tak mustahil Jesus pun boleh jadi 'bukan sekadar manusia'.

Daripada memandang Jesus sebagai Tuhan yang mesti disembah, dia orang anggap Jesus ni seakan dewa yang menolong manusia untuk berhubung dengan 'Tuhan yang di dalam'. Potential divine yang ada dalam setiap diri manusia.



Dan point 4, cukuplah diagram Scutum Fidei ni menjelaskan:



Bab 2 sambung lagi tentang pengenalan Kristian, macam mana kisah-kisah atau parables, tanda-tanda, simbol dan upacara yang jadi batu asas agama ni, sepanjang 2000 tahun sejarah Kristian.

Jadi, apa yang dikatakan Gospel sebagai 'berita baik' tu merujuk kepada kedatangan Jesus sebagai pembebasan daripada 'dosa asal', dosa manusia yang mengalir daripada tubuh Adam sampailah Jesus datang sebab makan buah daripada pohon larangan.

Ya, kita cam cerita ni. Cerita macam mana Adam dan Hawa terusir dari syurga dan tercampak ke bumi.

Jadi, kononnya, dosa Adam itu mengalir ke anak cucunya sampailah Jesus datang untuk membebaskan kita daripada belenggu dosa silam.

Jesus dianggap sebagai 'penyelamat', 'cahaya kehidupan', 'lamb of God' seperti kambing biri-biri yang menjadi korban untuk dipersembahkan kepada Tuhan.


Christmas itu sebagai meraikan hari lahir Christ (Jesus).
Good Friday dan Easter diraikan sempena kematian dan kebangkitan semula Jesus.

Jadi, apa yang membezakan Kristian dengan agama monoteisme (menyembah satu Tuhan) yang lain ialah keunikan karakter Jesus sebagai Tuhan dan manusia.

P/S: Kristian menganggap diri mereka sebagai agama monoteisme dan triniti itu bermaksud ketiga-tiga Father, Jesus dan Holy Spirit itu ialah satu Tuhan. Pelik tapi itu apa yang Kristian percaya.



Bab 3 menceritakan tentang 2 autoriti dalam Kristian iaitu:

1. Kristian oleh Gereja
2. Kristian oleh Bible

Kristian oleh Gereja ni kita boleh nampak dalam Gereja Katolik Roman dan Gereja Ortodoks Timur, dan macam-macam gerakan Protestan (antara yang terbesar - Lutheran, Presbyterian dan Anglican)

Jadi, setiap gerakan (mazhab) akan ada perbezaan mengikut gereja masing-masing.

Gereja ni mula diangkat dalam empayar Roman bila Maharaja Constantine memerintah. Sebelum tu, orang-orang Kristian akan dihukum oleh orang-orang Roman. Maharaja nilah yang jadi permulaan Katolik Roman lepas dia peluk agama Kristian.


Pada tahun 325 AD, Maharaja Constantine ni adakan council macam yang disebut kat atas. Majlis syura untuk orang Kristian Roman Katolik.

Council itu dinamakan Council of Nicaea, berdasarkan nama tempat yang sekarang ni dalam Turki. Dalam majlis inilah, Jesus ditetapkan sebagai 'homoousiosdaripada Yunani bererti one (homo) substance (ousios) dengan si Bapa (Tuhan). Dalam erti kata lain, Jesus berkongsi zat dengan Tuhan.

Jadi, kita dah sebut tentang Kristian oleh Gereja.
Apa pula Kristian oleh Bible tu?

Reformasi telah melahirkan Gereja Lutheran (oleh Martin Luther) dan Gereja Presbyterian (oleh John Calvin).


Kalau siapa masih ingat sejarah sekolah menengah dulu ada sebut pasal Martin Luther yang asaskan Kristian ni sebab Gereja Katolik Roman mula jual satu sijil yang dipanggil 'indulgence' sebagai penghapus dosa. Martin Luther menganggap perbuatan ni sebagai perbuatan keji dan mula tak percaya dengan autoriti gereja.

Martin Luther lebih mengangkat Bible sebagai lebih berautoriti berbanding gereja. Di sinilah datangnya istilah tu, Kristian oleh Bible, dan bukannya oleh gereja.


Masuk Bab 4, penulis bercerita tentang perkembangan dalam Kristian dan satu lagi tentang 'Mystical Christianity'. Sesuatu yang bersifat 'mistik'. Atau dalam Islam, kita boleh sinonimkan dengan 'sufi' atau 'tasawwuf' sebab kita deal dengan benda-benda yang tak nampak/spiritual.


Jadi, dalam mysticism ni, merpati putih menjadi simbol utama dalam melambangkan Holy Spirit, salah satu daripada entiti triniti. Holy Spirit ni boleh masuk ke dalam tubuh manusia dan mengilhamkan apa-apa yang berbentuk ketuhanan kepada manusia.



Jadi, mysticism ni menjadi ancaman kepada Kristian oleh Gereja sebab orang-orang 'mistik' ni percaya semuanya datang 'dari dalam'. Kuasa gereja akan nampak lebih berkurang. Lebih-lebih lagi, ketuhanan Jesus tu nampak berkurang sebab orang lain pun mampu jadi Tuhan mereka sendiri.

Tapi, monasticism (salah satu bentuk khilwah atau pertapaan) itu diamalkan di dalam gereja sendiri. Sebagai contohnya, celibacy (tidak berkahwin) yang diamalkan oleh paderi dan juga sister yang hidupnya hanya berdasarkan rohani semata-mata. Bangun daripada tidur hanya semata-mata beribadah dan memutuskan kehidupan dengan dunia.


Bab 5 pula menceritakan Kristian dalam Barat moden bila sekularisme dan liberalisme mula berkembang. Kehadiran ke gereja pada setiap hari Ahad dah tak sepopular dulu.


Sejak era Enlightenment, macam-macam tentangan yang diterima oleh gereja lebih-lebih lagi dengan ilmu sains yang bertentangan dengan pegangan gereja.

Sejak tu, agama dah tak sepopular dulu. Malah, ramai yang mula jadi ateis zaman moden ni.



Ironinya dalam Bab 6 pula, bab yang menceritakan Kristian di luar Barat yang semakin berkembang. Diceritakan juga macam mana, setelah kematian nabi Muhammad, penutup segala nabi, Islam berkembang dan menjadi satu persaingan buat Kristian. Sedikit sebanyak menjadi penghalang buat Kristian untuk tersebar dengan lebih luas.


Bab 7 iaitu bab terakhir menyentuh seluruhnya tentang peranan wanita dan feminisme dalam Kristian kerana agama ini dianggap menyama ratakan hak wanita. Mengangkat Maryam sebagai wanita suci. Mary Magdalene yang dianggap memainkan peranan penting dalam sejarah hidup Jesus, lebih-lebih lagi kebangkitan semula Jesus.


Alhamdulillah, kita dah berjaya sampai ke sini. Terima kasih banyak sebab sudi baca sampai habis. Semua yang baik tu datang daripada Allah dan yang buruk tu datang daripada si penulis entry ni. Kalau ada yang silap harap ditegur.

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment