Peace

Wednesday, 11 April 2018

[BEDAH MOVIE] The Shack (2017) Part 2 - Refleksi Diri - Mencari Tuhan Sewaktu Kemurungan

Assalamualaikum

Entry kali ni ialah sambungan daripada entry sebelumnya. Jadi, siapa yang belum baca entry sebelumnya, bacalah dulu. Saya janji, insya-Allah, takkan menyesal.



Okay, macam entry sebelum ni saya nak minta pause instrumental kat atas bagi siapa yang view daripada PC. Kita buka lagu kat bawah ni sambil baca entry ni meh 👇😊:


Jom!
---------------------------------------------------------------------------------

Refresh balik daripada point sebelumnya:

1) Kisah macam mana Air Terjun Multnomah terbentuk dan kaitannya dengan Missy, anak perempuan Mack yang mati dibunuh.




2) Perbincangan dengan Papa kenapa dia tinggalkan orang-orang yang betul-betul memerlukan Dia.

3) Perbincangan dengan Sarayu (Holy Spirit) mengenai apa yang baik dan apa yang jahat serta siapa yang jadi hakim sebagai penentu?




Okay, masih ingat?

Alhamdulillah

Kita masuk point empat, iaitu perbincangan antara Mack dengan 'Wisdom' atau 'Hikmah' yang dibawa oleh Alice Braga. Mungkin dalam novel watak ni dipanggil 'Sophia', perkataan Yunani (Greek) yang bermaksud 'pengetahuan' atau 'ilmu'.

Perkataan yang membentuk 'philosophy'
= 'philo' (suka, cinta) + 'sophos' (hikmah, ilmu)

Mack berjumpa Wisdom ni dalam satu gua lepas ditunjukkan jalan oleh Jesus. Sebelum tu, Mack diuji oleh Jesus dengan hampir tenggelam kat tasik sebab bot dia bocor.

Sebenarnya, 'bot dan tasik' ni merupakan elemen kedua selepas 'pondok' atau 'shack' yang menjadi tajuk movie ni. Missy, anak perempuan Mack sebenarnya diculik dan dibunuh oleh seorang pedofil masa dia orang sekeluarga berkhemah kat tasik. Abang Missy lemas dalam tasik dan Mack dapat selamatkan si abang. Tapi dalam jangka masa tulah, si penjenayah ambil peluang.


Masa Jesus uji Mack dengan perahu bocor nilah, movie ni cuba tunjukkan mukjizat Jesus yang boleh berjalan atas tasik. Akhirnya, Mack dan Jesus berjalan atas tasik sampai ke tepian.


Kembali kepada perjumpaan Mack dan Wisdom (Sophia), dalam gua nilah Mack disuruh oleh Wisdom untuk jadi hakim buat masa tu. Mack akan tentukan syurga dan neraka bagi beberapa orang. Macam 'judgement day' atau hari keadilan.

Mack disuruh duduk atas kerusi Wisdom untuk mula mengadili.
Mulanya, Wisdom tunjukkan imej pembunuh, pengganas dan penjenayah lain. Wisdom tanya kepada Mack: Neraka?

Mack: Ya.

Wisdom tunjukkan pula imej seorang lelaki yang pukul isteri dia dan anak lelaki dia. Neraka?


Mack terkesan dengan imej tu sebab ternyata budak lelaki tu sebenarnya dia. Ayah Mack sebenarnya panas baran. Mack dan ibu dia selalu kena pukul sampaikan satu hari masa umur Mack baru je 13 tahun, dia bunuh ayah dia dengan racun.

Mack: Ya...

Wisdom tunjukkan pula gambar seorang budak lelaki lain yang kena dera dengan ayah dia dan tanya sama ada budak lelaki tu layak dapat mana.

Mack suruh berhenti dan cakap itu cuma budak je. Wisdom cakap yang Mack dah pun adili budak lelaki tu kejap tadi. Sebenarnya, budak lelaki tu ayah Mack yang turut kena dera masa kecil.

Mack terdiam.

Wisdom tambah pula dengan imej Missy yang diculik dan tanya macam mana pula dengan orang yang jadikan anak kecil sebagai mangsa.

Mack dengan suara bergetar cakap dia akan hukum neraka selamanya.

Wisdom tanya lagi macam mana pula dengan ayah kepada penculik kanak-kanak ni. Ayah yang tak bertanggung jawab sampai budak tu membesar jadi penculik. Bukankah akhirnya keturunan demi keturunan sampai Adam yang akan dipersalahkan?



Kalau diberi pilihan antara anak lelaki dan anak perempuan Mack yang berbaki, mana satu yang akan masuk syurga atau neraka? Kalau Mack terpaksa pilih salah satu daripada mereka, mana satu yang akan Mack pilih?

Akhirnya, Mack cakap ambillah diri dia sendiri dan Wisdom cuba buat Mack faham betapa kompleksnya keadilan Tuhan dan ada perkara jahat atau buruk yang berlaku, datang daripada manusia tu sendiri tapi Tuhan mengizinkannya berlaku.

Lepas tu, Mack dapat tengok anak dia, Missy tengah main dengan anak-anak kecil yang lain di satu padang yang luas. Jesus pun ada dalam kalangan budak-budak tu. Mack gembira dapat tengok Missy yang tersenyum semula.



Sejak daripada kejadian ni, Mack dah okay dengan Papa. Dia siap minta maaf sebab berkasar sebelum ni. Dan akhirnya, Mack dapat maafkan ayah dia yang selalu pukul dia masa dia kecil dulu. Sebenarnya, ni antara sebab Papa muncul dalam bentuk 'perempuan' atau 'ibu' sebab Mack dulu pernah ada 'father issue'.

Dan dalam fasa terakhir pertemuan Mack dengan Tuhan, akhirnya Papa menjelma dalam bentuk 'lelaki' atau 'ayah'.


Kali ni, watak Papa dibawa oleh Graham Greene

Dan apakah dia tu fasa terakhir yang mesti Mack tempuh?



Berdebar tak? Huhu



Fasa kemaafan


Kemaafan buat sang penculik!

Mungkin ada yang nampak kemaafan tu kecil bagi yang tak pernah mengalami kejadian yang betul-betul boleh menggugat jiwa. Bagi siapa yang pernah rasa mungkin boleh berempati dengan Mack. Sejujurnya, saya faham perasaan ni. Perasaan ni kita peram sampai bersarang dendam. Dan apa yang saya takut sekali bila hati dah damai untuk beberapa tahun, perasaan tu akan datang balik. Itu yang paling saya takutkan. Kita menulis tentang sesuatu tu tapi sendiri tak dapat ikut. Harapnya takkan berlakulah. Doa-doakan. Insya-Allah.

Dipendekkan cerita Mack akhirnya maafkan si penculik yang bagi Papa pun nak maafkan dia juga. Mack walaupun mulanya marah sebab senang-senang je si penculik terlepas tapi sikit-sikit mula faham. Dia sedar perasaan nak sakitkan orang yang pernah sakitkan dia tu sebenarnya amarah yang takkan berkesudahan. Sampaikan dia nak gunakan Tuhan sebagai 'pembunuh upahan'.



Bila Mack dah maafkan si penculik, Papa bawa dia jumpa mayat Missy yang tak jumpa sebelum ni. Mayat tu macam masih baru dan mereka berempat kebumikan Missy kat taman yang ada mention sebelum ni.

Akhirnya, Tuhan tawarkan Mack untuk tinggal atau balik semula ke rumah. Mack akhirnya buat keputusan untuk balik rumah dan Tuhan minta dia selesaikan beberapa perkara dengan isteri dan anak-anak dia terutama anak perempuan Mack yang lagi satu, Kate. Kate salahkan diri dia sendiri atas kematian adik perempuan dia.

In the end, cerita ni bagi doubt sama ada apa yang berlaku tu cuma dalam kepala Mack atau betul-betul berlaku. Mack tinggal kat The Shack tu selama seminggu tapi ikut kenyataan kawan dia, Mack tak sempat pun sampai pondok tu dan accident kereta.

Jadi, sampai sini jelah pembedahan kita kali ni. Alhamdulillah. Terima kasih sudi singgah dan tahniah sebab sudi baca kedua-dua part. Kalau ada peluang carilah movie ni.

Insya-Allah

A fictional trip that really makes you ponder about things. Those little things.

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment