Peace

Sunday 4 August 2013

My Story - Iftar SMKAP 94 2013


Assalamualaikum

2 Ogos 2013/24 Ramadhan 1434

Majlis Iftar Batch SMKAP 94 bersama Anak Yatim Darul Aminan



Jom!

Aku cerita detail...

10.00 pagi - Bertolak dari rumah

10.45 pagi - Sampai kat SMKAP



Jumpa Izzul & Azam kat pondok sebelah dewan. Aku tanya diorang mana budak lain. Mana orang-orang besar. Entah. Diorang tak tahu. Borak jap sal U. Izzul UTM. Azam senyap je, tak nak campur. Aku faham tu. Nampak kelibat beberapa perempuan yang dah sampai kat belakang musolla.



Tak lama lepas tu, ada dua kereta datang dan parking depan dewan. Wan Aizat muncul. Apa lagi, salam lah. Lama tak jumpa. Mamat tu belajar Politeknik Ungku Omar. Jumpa atoi gak, bakal junior aku kat USIM, kos Applied Physics. Siap ko atoi! Atoi nak blah cepat, nak angkat barang ke nak angkat orang pun aku tak tahu. Dia kata nanti kita bincang...haha.



Pintu dewan mulai terbuka satu persatu. Bosan aku tengok pintu dewan tak ada tingkap. Mesti bosan masa SPM nanti. Izzul ajak aku jumpa cikgu-cikgu. Kami melangkah ke bilik guru dan jumpa beberapa cikgu. Cikgu Nafizah, Cikgu Rasis, Cikgu Roshaidi, Ustaz Muaz, Ustaz Farizan, ayah Udin, Cikgu Fazlin.



Dah setel gerak ke pejabat, baru nak mintak sijil SPM. Sampai kat pejabat jumpa Ustaz Dahalan. Ustaz tanya kitorang batch berapa. 2011. Dia jawab, "Ada lagi tu(sijil)...". Dah tu kitorang pun turun balik ke dewan. Masuk dewan jap, tengok budak ni panggil kemas meja. Salam Ameng jap. Aku dengan Izzul pergi simpan sijil kejap. Dia tumpang beg aku sebab aku ada bawak Majalah An-Nur yang panjang tu, boleh selit sijil tu.



Masuk dewan, terus naik pentas, kemas meja-meja SPM kaler kelabu asap tu. Sempat salam dengan budak-budak ni jap. Panas gila kat bawah tu, aku, Udin, Ikwal. Berkipas jugaklah after kemas tu. Aku dengan Izzul kembali ke pondok tu tak lama lepas tu.

Tiba-tiba, ketua program, Aqmar Mazlan muncul kat pintu dewan tu. Dia cakap apa entah. Kali kedua dia cakap baru kitorang dengar. Dia nak buat briefing rupanya. Okay. Kitorang masuk. Duduk kat round table sebelah pintu dewan tu dulu. Dah Ameng panggil, baru kitorang gerak. Di tangan Ameng masa tu ada satu plastik putih. Aku tak pasti apa isi dia. Ingat nak briefing apa, ameng just nak tanya siapa nak tiup belon. Dia siap tunjuk ada pam, kononnya tak penatlah. Tak ada siapa nak pam belon. Ameng kata siapa yang tak tiup belon, hias dewan. Aku terima jelah kerja tiup belon tu, biar budak perempuan yang hias-hias dewan ni. Masa tu, yang ada kat meja sekali dengan aku tu, yang aku ingat, Wan Aizat, Izzul. Aku jadi tukang ikat, Izzul jadi tukang pam. Wan Aizat pun jadi assistant aku, pam ada satu je, belon berjuta. Ustaz Nik ada datang jap. Dia tanya aku kenapa aku tak datang semalamnya. Aku bukannya orang besar program ni, Ustaz pun faham. Tak lama lepas tu, Ustaz Farizan datang jap, duduk kat meja kitorang, tengok kat belon yang kitorang tiup.



Entah bila, suara aku tiba-tiba jadi serak. Batuk lak datang tiba-tiba. Aneh je. Dah macam Ibnor Riza versi garau aku rasa. Budak-budak ni panggil aku 'Awie'. Mentang-mentang suara aku dah jadi rock!



Tiba-tiba, Wani, USIM gak, tanya aku datang naik motor ke. Dia mintak tolong beli manila card 3 keping, yang besar. Bagi RM10. Aku ajak Wan Aizat pergi mana-mana, nak beli. Last2, Family Store. Cari manila card memang sekejap, tapi masa beratur yang lama. Bos Family Store tu tetiba lak hari tu jadi cashier. Lambat. Dah tu, orang berlambak beli barang. Barang bukan sikit, macam belon tadi banyaknya. Bila fikir-fikir balik, takpelah, barang rumah mestilah banyak nak kena beli. Aku ada mesej Wani, nak tanya betul ke manila card tiga keping je, sebab dia bagi duit besar. Dia tak balas.



Keluar daripada Family Store, Wan Aizat tunggu lama, dia kata setengah jam. Kitorang pun gerak ke SMKAP. Bagilah kat Wani benda tu, tanya dia asal tak balas mesej. Dia tak perasan rupanya. Sebelah Wani ada Seha, budak Jordan kot. Seha tak dengar kot, tanya Wani apa aku cakap. Lepas tu aku dah tak dengar dah apa diorang borak. Aku tengok sekeliling, banyak barang. Ni kot tempat dia nak jual barang-barang yang diorang promote tu. Kat pondok sebelah dewan yang dekat sikit dengan musolla. Tak tau lah diorang nak guna manila card tu nak tulis Kedai Seha Goyang ke ape...



Perjalanan diteruskan...

Masuk dewan, ramai dah ada. Aku naik pentas dulu sebab dah nampak Copo, budak yang duduk sebelah aku daripada 4R sampai 5G. Apa lagi, salam lah der. Dah gelak-gelak jap, turun round table, budak-budak yang dah ada, Bangel, Icad, Aliff, Mat, Beron, Ammar, Pendek, Jack, Payan, Apiz, Atoi, Ikwal.



Duduk, lepak-lepak jap, borak sikit-sikit. Ustaz Nik ada datang jap. Gurau pasal parti politik. Kuat politik ni Ustaz Nik. Copo ajak jalan-jalan pulak. On the way, nak keluar dewan. Ustaz Nik tegur Copo, nak cakap Ustaz dah kurus lah tu. Betul kot! Ustaz dah kurus.



Copo dan aku naik bilik guru, dia ajak aku masuk bilik guru, tapi aku tak nak sebab dah masuk. Last2 tak masuk pun. Jalan-jalan naik kelas lama jap. Kenangan. Kelas 5R tak tahu nak komen apa. Kelas 5G sikit meja tinggal. Kelas 5T tertutup, ingatkan dah jadi port ping pong, tengok2 kerusi semua tersusun, telangkup kat meja. Kemasnya! Kelas 5K aku tengok ada tersangkut dua blazer KP kat tingkap belah kanan, dengan satu blazer BADAR kot, sebab kaler hitam, kat tingkap yang belah kiri. Pemandangan yang tak ubah macam 2011 dulu. Dah boring turun balik, dah nak masuk waktu Zohor, nak solat Jumaat.



On the way nak ke kereta, Puteri tegur aku. Dia tengah pegang budak perempuan, siapa entah. Tengok-tengok adik aku rupanya. Oh sah eh tu. Barang-barang masuk dalam kereta Beron. Aku naik kereta Mat sekali dengan Izzul, Jackie, Copo. Dah tu, balik dewan, lepak-lepak jap. Dah mula nampak pentas tu dah terhias sikit. Tengok-tengok, Atoi dengan mandatnya mula mengarahkan agar dewan segera dimop. Fuhh...nasib baik takyah nak bersabun-sabun bagai. Kalau tak entahkan bila hendak kering. Fuhh...Ammar lah conduct cari alatan nak mop. Jumpa dua mop kat asrama, satu mop lagi dengan baldi kat tandas dewan je. Aku, Ammar dan Copo memulakan tugas. Mop punya mop, bila kitorang tengok balik kawasan yang dah kering, macam tak ada beza je. Dah nampak macam tu, Ammar rancang kitorang mop asing-asing, jauh-jauh sikit. Asalkan dah mop. Sekejap je kitorang buat, dah setel. Haha...



Masa tengah mop tu, Jackie macam tengah ready dengan lukisan dia untuk persembahan sebab dengar cite ade persembahan khatlah, lukisanlah, videolah bagai. Satu pun takde. Jack tengah lukis topeng mata. Pipo suruh. Katanya nak pakai amek gambar ramai-ramai. Aku terfikir gak, suruh pakai full set baju Melayu, pakai topeng mata handmade, amek gambar? Majlis prom + iftar? Aku biarkan je. Aku pun lepak jap ambil angin kipas dengan Pendek, Icad, Payan, Beron.



Tak lama lepas tu, Copo ajak aku jalan-jalan lagi, ke asrama pulak. Naik pentas dulu tengok Ikwal and the gang on the way nak hias pentas tu. Jumpa Izzul dengan Mat kat bawah pokok palma kat sebelah ampaian dengan pondok jaga. Join sekaki. Borak-borak sal U, sampai lah ke topik Syiah, topik hangat sekarang. Lama gak borak, pukul 3 lebih, masuk dewan balik, budak ni kejap-kejap ubah port dari round table ke round table lain. Tengok, Bob dah ada, sibuk dah gantung-gantung belon. Tolonglah sikit-sikit.Tak lama lepas tu jumpalah Zik(Black) dengan Bol. Last2, azan enset bunyik. Tak lama lepas tu, aku ajak Mat gi musolla, sebab macam tak ada apa-apa nak buat. Copo pun join sekaki. Dah solat, kitorang lepak-lepak jap kat musolla. Tak lama lepas tu, adalah budak-budak ni turun sikit-sikit ke musolla. Jack...Zik...Wan Aizat...



Kemunculan Jawa dengan kemejanya. Katanya, datang terus dari UiTM, tak bawak baju Melayu pun. Aku terfikir je daripada pagi tadi, Akem suruh pakai full set, tapi daripada tadi aku tanya budak-budak ni, memang tak ada yang full set pun. Ada budak ni cakap Ameng kata takyah, biar orang-orang besar je yang pakai, contohnya dialah. Jawa tak bayar lagi, dia tanya camne nak bayar. Kitorang cakap pergilah dewan sebab aku ada ternampak macam ada sampul yang ada nama budak dengan RM20 kat sebelah nama diorang. Aku agak tu budak baru bayarlah kot. Jawa pun gerak. Aku pun ajak Mat dengan Copo ni gerak...sebab dah pukul 5 lebih...takut budak-budak ni dah siap kang, kitorang tak siap lagi. On the way nak keluar musolla, bekas adik dorm aku, PZ dengan Iqbal Haq baru sampai. Salam jap.



Gerak ke dewan, memang betul pun, Atoi dah suruh siap-siap. Aku tercari-cari Beron, sebab baju Melayu semua ada dalam kereta dia. Tup tup....makanan, air semua dah sampai. Tolong angkat jap. Tengah-tengah angkat tu jumpa Beron, mintak kunci kereta. Dah selesai angkat-angkat, gerak ke kereta Beron, ambil barang semua. Ke kereta Mat pulak, sekali dengan Copo sebab semua nak siap sekali. Kunci kereta bertukar tangan, Copo nak ambil baju. Kitorang pun gerak ke asrama. Dah mandi-mandi, nampak Anyum yang datang before aku mandi tadi dah siap dengan full set nya. Aku rasa dia sorang je pakai full set, sekali dengan Ameng. Aku terfikir nak pakai ke tak, nak pakai ke tak. Budak2 ni hasut aku takyah pakai, sekali dengan diorang. Aku pun tak pakai. Masuk dewan je dah kena tegur dengan Akem. Akem masam. Cepat-cepat aku pergi kat budak-budak ni.



Dah mula dah kemas-kemas benda-benda yang perlu ada kat atas semua round table. Mak akem pun ada, so arahan jelas sikit. Makanan masing-masing semua dah prepare letak atas meja. Semua dah tahu meja masing-masing. Aku Meja 1, sekali dengan Zuhid, Zainur, Copo, Azam, Beron, Ikwal, Iqbal Haq dengan standby tiga orang anak yatim nanti.

Dalam pukul tujuh, anak yatim datang, kitorang ramai-ramai sambut diorang kat depan dewan tu. Kitorang dapat empat orang anak yatim. Last2 Ikwal dengan Zainur tak duduk pun sekali dengan kitorang. Anak yatim yang sekali dengan kitorang paling muda, Darjah 3 dan paling tua Form 5. Cikgu Zaidi yang datang salam-salam dengan kitorang.

Ball yang kira jadi MC untuk iftar tu kejap sebelum dia panggil Iqbal Haq bagi tazkirah. Sebelah meja kitorang ada meja VIP yang Ustaz Farizan duduk. Ustaz nak satu lagi kerusi untuk anak dia. Iqbal bagi kerusi dia, dah tu ajak aku cari kerusi dia kat kantin. Azam banyak borak dengan diorang. Sebenarnya, tak banyak pun kitorang borak. Tapi Azam sempat lagi bagi tazkirah sikit kat meja tu. Alhamdulillah. Ex-KB.



Tengah buat apa entah, tetiba mata aku macam tertangkap satu kamera yang menghadap aku. Tiba-tiba, ada flash. Terkejut aku. Tengok-tengok PM muka pelik tengah tengok preview gambar dia ambil tadi. Aku suruh dia delete. Dia ambil gambar lagi sekali.



Dah habis makan, gerak ke musolla. Solat maghrib, solat Isya', solat tarawih. Ustaz Farizan skil lama, buka tirai sikit. Bila dah Ustaz Farizan, faham-faham jelah Qunut Witir dia yang terkenal antara kita. Ada yang undur diri senyap-senyap.

Lepas Isya' ke dewan nak tolong kemas-kemas. Tengah tolong Icad lipat-lipat kain alas meja, tiba-tiba Wani datang lagi dengan Ena pulak, bagi satu borang suruh tulis nama, alamat, nombor telefon, emel, status, kampus, nama facebook pun ada...



Aku sorang je kot tulis, yang lain sibuk kemas-kemas. Dah kemas sikit-sikit, aku, Izzul dengan Mat naik asrama nak tukar baju. Macam tak appropriate pulak pakai baju Melayu. Dah tu layan air gedegang jap, haus kot. Datang dewan, tengok semua macam dah clear. Kitorang amek kerusi tarik sampai depan LCD sebab nak tengok tayangan nanti. Disuruhnya kami budak lelaki ke tengah sikit tapi sorang pun tak gerak. Fitrie tegur aku kata tulisan aku tak berubah-ubah dari dulu. Aku tengoklah macam mana dia boleh tahu. Rupa-rupanya borang tadi ada kat atas meja tu sekali dengan laptop & LCD. Sorang pun tak tulis lagi. Hampeh! Aku cakaplah kat Fitrie, tulisan tak berubah tu tanda personaliti aku tak pernah berubah. Dia takde respon.

Aku duduk balik atas kerusi. Adalah beberapa orang asatizah yang bagi beberapa kata untuk kitorang. Yang paling aku ingat, Ustaz Nik dengan Ustaz Farizan. Ustaz Nik kata dua benda buat dia bangga dengan Ameng.

1. Dapat Fizik A+
2. Dapat urus program

Ustaz Farizan recap balik dua tahun lepas apa yang dia pernah cakap.

1. Jaga batas
2. Ikut jemaah Islam

Ustaz ada gak nasihat pasal Syiah ni. Dia ada cerita pengalaman dia oversea dengan budak-budak ni. Dengan Azam lah, Amoi lah...

Dah sudah tu tayangan. Siapa lagi, PZ lah handle. Tak ada preparation pun untuk hari ni punya event. So dia tayangkan video lama-lama. Video Hari Guru 2011. Video Hijrah Ramadhanku.



Subscribe: nashrul17

Aku ada keluar kejap. Batuk aku teruk sikit. Jumpa budak perempuan tengah makan durian kat depan dewan. Masuk balik...sambung layan video kejap sikit-sikit. Fitrie sebelah aku sibuk main Minion dia.



Aku dengan PZ borak-borak jap sal video dia tu. Kenangan bersama lah. Dah habis tayangan, Pipo datang kat PZ tanya sal video sikit-sikit. Biasalah, dengar cerita nak jadi vlogger. Tak dengar lagi apa-apa cerita. Pipo ada jugak buat video hari guru 2013 punya.



Rajin pipo...jadilah vlogger yang tak mendatangkan fitnah ye pipo...

Budak ni mintak balik borang yang kena isi tadi...Ahh...sudahh...(ayat Cikgu Tapa)...Aku tengok balik borang tadi. Memang tak gerak. Budak-budak ni. Aku suruh diorang isi. Barulah terhegeh-hegeh nak isi. Aku melantak dadih coklat dengan Nescafe kot...keliru...kaler macam nak sama. Muffin aku tak sentuh. Kek dia tip top. Sedap!

Aku borak dengan PZ pasal kenangan. Aku tanya PZ dia nak join game tak. Berdasarkan pemerhatian aku, akan ada game musical chair. Dia pun tak tahu tapi dia ajak aku jalan-jalan. Last2 jadi jugak. Masa kitorang nak keluar tu ada game makan-makan.



Aku ada terfikir gak bukan ke Iftar tu dah benda baik, puasa tu dah benda baik, tolong anak yatim tu dah benda baik, tiba-tiba ada game makan-makan pula. Memuaskan nafsu lepas menahan nafsu seharian. Tapi bila aku fikir-fikir balik siapa yang nak habiskan semua makanan tu. Tapi aku surrender awal2, dah kenyang woi.

Ingatkan nak jalan berdua je...Icad dengan Wan Aizat pun ikut. Lepak kat kelas 5K dulu yang dah jadi 5G sekarang ni. On the way nak ke kelas tu, aku cakap kat PZ, dulu masa Form 5, pagi-pagi aku datang sekolah, nampak ada seorang mamat tu tengah baca Quran kat 5K. Mamat tu tersenyum. Ukhuwah tu indah.

Duduk kat kelas tu, aku pun imbas balik kedudukan meja masa 2011. Meja PZ, apa yang ada atas meja dia. Meja Jack yang penuh dengan lukisan. Dulu, lukisan Jack pernah hilanglah, PZ kata dia tahu siapa suspek tapi aku lupa nak tanya macam mana dia tahu. Pastu borak-borak, Jack pun naik sorang-sorang. Join sekali. Tak lama lepas tu, Anyum pulak. Datang sorang-sorang jugak. Tapi senyap je, tak borak apa pun. Borak-borak masuk pulak politik, Syiah. Syiah lagi. Dah tiga kali topik ni hari ni. Mesti ada hikmah pada aku, tapi aku belum tahu lagi.




Dah tu dalam pukul dua, kitorang gerak asrama, diorang ajak tidur. Aku serba salah je tak tolong BBQ ni. Last2 ke katil jua aku melangkah. Bangun-bangun dalam pukul 5. Turun musolla, tengah bakar-bakar lagi. Jack tidur dalam kereta. Budak-budak ni bahan dia. Aku pun tak terkecuali, suara rock jadi bahan. Dah siap, budak perempuan ambil dulu, pastu budak lelaki. Dah sahur. Subuh.

Kemas semuanya kat dewan.

11.00 pagi - Balik.

Fuhh...

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment