Peace

Friday, 24 February 2017

7 Salah Faham Tentang Bahasa Isyarat

Assalamualaikum

Dah lama tak menaip jadi kita menaip balik...
By the way, manuskrip kedua dah siap...
Alhamdulillah!

7 SALAH FAHAM TENTANG BAHASA ISYARAT:

1.  Bahasa isyarat itu universal

 Tak!
Setiap komuniti orang pekak ada bahasa sendiri.

Contohnya:
 Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

American Sign Language (ASL)


British Sign Language (BSL)


2.  Bahasa isyarat cuma guna tangan

Tak!
Bahasa isyarat kena ada 'konteks'

Contohnya:


Kalau isyarat gembira kenalah muka gembira...

Kalau isyarat sedih kenalah muka sedih...


3. Orang pekak boleh baca gerakan bibir

 Tak (semua)!
Ingat senang ke? Aiyoo...



4. Semua orang pekak tahu bahasa isyarat

 Tak (semua)!
Ada anak daripada keluarga normal yang develop bahasa isyarat dia sendiri dan tak ambil kelas bahasa isyarat



5. Cakap dengan orang pekak sebutir...sebutir

Jangan!
Letakkan diri kita kat tempat orang tu (walaupun kita tak ada niat untuk memperbodohkan orang pekak tu).
Nota: Kebanyakan orang pekak ni sensitif.



6. Cakap dengan penterjemah

 Jangan!
Sama macam 5, letakkan diri kita kat tempat orang tu.

Biasanya orang yang gunakan khidmat penterjemah akan bercakap dengan penterjemah dan penterjemah akan 'bercakap' dengan orang pekak.

Sepatutnya, kita cakap terus dengan orang pekak...
Face-to-face...
Eye-to-eye...
...dan biarkan penterjemah tu terjemah lepas kita habiskan satu ayat



7. Bahasa isyarat tu perlambangan

Tak (semua)!

Okay...tu je...yang 7 tu macam panjang nak jelaskan...so ada dalam bentuk video yang cerita tentang kesemua tujuh poin tu... :)

Terima kasih sudi baca!

Assalamualaikum

P/S: Bahasa Isyarat Malaysia - Huruf
:)

No comments:

Post a Comment