Peace

Wednesday 18 April 2018

Mengenali Bahasa Ibrani dan Persamaan dengan Bahasa Arab


Assalamualaikum

Entry kali ni lain sikit. Rasa macam lain banyak pula...huhu

Entry kali ni tentang bahasa. Rasa ni kali kedua cerita tentang bahasa. Yang pertama dulu, kita cerita tentang bahasa isyarat, iaitu bahasa utama bagi komuniti orang pekak.

Siapa yang berminat untuk tahu tentang bahasa isyarat boleh check:


Atau boleh check video ni 😊:



Berbalik kepada bahasa Ibrani, atau kita panggil Hebrew dalam bahasa Inggeris, tahu tak bahasa ni sepupu bahasa Arab? Kedua-dua bahasa ni dikenali sebagai bahasa Semitik. Bukan bahasa je, bangsa Arab dan bangsa Yahudi ni pun bangsa Semitik.

Bahasa kan menunjukkan bangsa?



Mungkin ada yang pernah dengar perkataan ni. Semitik. Mungkin yang pernah dengar tu daripada perkataan anti-semitik. Atau kebencian terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh, Hitler merupakan seorang anti-Semitik.


Semitik ni merupakan salah satu cabang daripada anak-anak Noah atau Nabi Nuh. Dipercayai ada 3 orang semuanya:

1) Shem
2) Ham
3) Japheth

Keturunan Shem nilah yang membentuk bangsa-bangsa Semitik. Tapi perkataan Semitik pada hari ni merujuk kepada bahasa. Jadi, bahasa-bahasa Semitik salah satunya ialah Ibrani dan Arab, selain daripada Amharik, Aramaik dan lain-lain.

Minat yang datang untuk mempelajari bahasa Ibrani ni disebabkan perbandingan agama. Bila belajar tentang agama Kristian, mesti ada kaitan dengan Yahudi. Lagipun, Jesus Christ yang diangkat orang Kristian sebagai al-Masih dan Tuhan tu pun merupakan daripada bangsa Yahudi sendiri.


Tapi, bila kita cakap tentang Jesus ni, bahasa yang dipakai pada zaman baginda Nabi Isa sebenarnya BUKAN bahasa Ibrani. Mereka SEBENARNYA guna bahasa Aramaik sebagai percakapan seharian.

Bahasa Aramaik ni bahasa pasar yang merupakan asimilasi dengan bahasa orang Syria masa tu. Sejarahnya panjang dan kalau ada siapa yang berminat boleh cari tentang sejarah Babylon yang menawan kerajaan Israel dan orang Yahudi kembali semula ke kerajaan Israel masa zaman Raja Cyrus.

Bahasa Ibrani hanya digunakan dalam ibadah orang Yahudi. Kita boleh samakan dengan kita bangsa Melayu (hafal al-Quran 30 juzuk bahasa Arab tapi tak tahu makna?). Kelemahan kita yang boleh diperbaiki.

Dan ini mungkin ramai tak tahu, tapi bahasa Ibrani pernah pupus!


Bukan 10 tahun, 20 tahun, tapi seribu tahun lebih! Bahasa Ibrani kuno pupus lebih kurang tahun 586!

Ada sejarah dia tapi itu bukan apa yang kita nak cerita hari ni. Tapi siapa yang berminat boleh cari sejarah Bar Kokhba Revolt, penentangan Yahudi terhadap Roman yang akhirnya menjadi titik permulaan kepupusan bahasa ni dan kematian orang Yahudi yang boleh dikatakan sama macam Holocaust.

Habis tu, bahasa apa yang kita nak bincang hari ni?

Haa...sampailah ada kesedaran daripada orang Yahudi sendiri untuk 'menghidupkan' semula bahasa ni masa hujung abad ke-19. Bahasa ni sebenarnya pupus daripada percakapan tapi masih digunakan dalam ibadah dia orang. Samalah macam Latin. Bahasa Latin dah pupus tapi masih ada teks-teks Latin yang mampu diterjemah dan difahami orang sekarang. Cuma, dah tak ada orang yang jadikan tu sebagai bahasa ibunda.

Tokoh yang terkenal dalam menghidupkan semula bahasa Ibrani ialah:

Eliezer ben Yehuda



Jadi, bahasa yang dikenali sebagai bahasa Ibrani hari ni sebenarnya ialah bahasa Ibrani Moden atau 'Modern Hebrew' yang dikumpulkan oleh Yahudi yang terpecah-pecah ke serata tempat. Yang utama iaitu 2 kumpulan:

1) Ashkenazi (ke kawasan sekitar Jerman)
2) Sephardi (ke kawasan sekitar Sepanyol)


Jadi, kebanyakan mereka yang mulakan Ibrani moden ni, bahasa ibunda dia orang masa tu ialah Yiddish (digunakan oleh Ashkenazi tadi). Yiddish ni kira Ibrani/Aramaik + Jerman.

Maka, terhasillah Ibrani Moden yang kita tahu hari ni


Papan tanda jalan dengan 3 bahasa: Ibrani, Arab, Inggeris

Okay, sebelum kita kenal abjad Ibrani dan kaitannya dengan abjad Arab, meh saya perkenalkan dengan website yang saya guna untuk belajar bahasa ni free je...

Website ni dipanggil Duolingo dengan maskot burung hantunya:



Meh, kita intai sikit layout websitenya macam mana



Okay, macam yang kita boleh nampak, kat atas tu ada tab Home, Discussions dan Labs. Dua tab yang lain tu memang jarang buka. Dan kalau kita dah conquer semua course dalam bahasa target kita, kita akan jumpa benda ni kat bawah sekali:



Maknanya kita dah habis! Lepas tu, kena selalu refresh je. Ulang balik apa yang kita pernah belajar.

Bila saya pergi atas balik dan tekan pada course pertama iaitu Letters 1, dia akan keluar macam ni:



Bahagian-bahagian yang dah dipecahkan supaya tak adalah tepu banyak sangat belajar. Contohnya, bila saya tekan Lesson 1, kita akan belajar tentang 3 huruf sahaja iaitu 'aleph', 'beth' dan 'he'

Nampak kan bunyi hampir sama dengan Arab?

Aleph = Alif
Beth = Ba
He = Ha

Dan sebelum kita mula, kalau kita scroll ke bawah, kita akan jumpa satu seksyen iaitu Tips and Notes:


Nota: Ibrani dibaca dari kanan ke kiri (seperti Arab)

Benda ni PENTING untuk kita baca dulu, sebab bila kita dah mula lesson, dia assume kita dah tahu macam mana bunyi huruf-huruf tu. Contoh Lesson 1:



Ni antara contoh permulaan. Biasanya dia akan bagi gambar dan bawah gambar tu perkataan dalam bahasa Ibrani. Biasanya orang boleh teka daripada gambar je tapi kalau kita serius nak belajar, apa salahnya cuba baca.

Contohnya, love ialah 'ahava'.



Kalau sedar, perkataan tu hampir sama dengan Arab 'hubb' sebab 'beth' dalam Ibrani boleh ada dua bunyi iaitu 'b' dan 'v'

Dan kalau perasan tulisan Ibrani tak bersambung macam Arab (YAY!) Jadi tak susah untuk mengenal huruf Ibrani. Sama macam huruf Rumi, dia tak bersambung.

Jadi, daripada satu perkataan ni, kita dah belajar 3 huruf yang disebut sebentar tadi iaitu:

A-ha-va-(h)

Baca dari kanan (macam Arab): Aleph - he - beth - he

Ya Allah mudahnya! 😊



Contoh, lain 'ava' = father. Sama juga macam Arab, 'ab'.

Yang ni, bertaip pula. Tadi, gambar. Dan ada audio daripada native speaker sekali.

Kalau perasan kat bawah tu ada Discussion. Tekan dan kita akan jumpa page ni:


Kita akan jumpa orang yang akan tanya macam-macam masalah kat sini. Kebanyakannya akan tanya tentang grammar. Ada yang komen sekadar untuk berlawak. Ada yang komen untuk cakap masalah audio dan sebagainya. Tak salah sekali-sekala singgah, lebih-lebih lagi kalau kita pun ada kemusykilan.

Ada juga lesson yang suruh kita taip dalam tulisan Ibrani:


Untuk tu kita perlu setup sendiri layout keyboard kita. Nak tahu cara dia macam mana? Klik bawah:


Selesai!

Tips: Nak senang tukar antara English dengan Hebrew, kat keyboard tekan Windows + Spacebar.

Eh, nak tekan apa kat keyboard untuk jawab soalan tu? Tak tahu huruf Ibrani kat mana. Perlu ke beli sticker Hebrew? Mana nak cari?



Solusi: Gunakanlah OSK (On-Screen Keyboard). Right-click kat Start, dan tekan Run. Dalam kotak search tu taip 'OSK'.


Itu dia! Baik!

Lecehnya!

Yang lecehnya mula-mula je...lepas tu mudahkan kerja kita. Kalau permulaan dah lemah semangat, macam mana nak belajar?


Nampak kan perkataan warna oren? Itu tandanya perkataan baru. Kalau hitam, maknanya dah belajar sebelum ni.


Alhamdulillah! Done! Harap boleh explore sendiri kalau berminat nak belajar. 😊

(Dah macam tutorial Duolingo pula...)

Update terbaru pada 8 April yang lepas perkenalkan feature baru iaitu Crown Level:


Ini pula sekali imbas untuk app dia. Android ada, iOS ada, Windows ada. (Klik je kalau nak download)







Berbalik pada perbandingan agama iaitu minat asal belajar bahasa Ibrani tadi, dalam Bible, di bahagian Old Testament ada satu 'book' atau 'surah' yang dipanggil 'Psalms'. Psalms ni disandarkan kepada David (Daud).

Jadi, secara tak langsung ada orang kita cakap Psalms ni kitab Zabur. Tapi kalau kita tengok terjemahan Indonesia (Bible dipanggil Alkitab!), Psalms dipanggil 'Mazmur' atau puji-pujian (kepada Tuhan). Kita sendiri tahu yang Nabi Daud terkenal dengan kelunakan suara dia memuji Tuhan selain daripada boleh melentur besi dengan tangan.


Jadi, adakah Psalms itu Zabur? Wallahua'lam...Allah je yang tahu.

Kenapa pula dengan Psalms ni? Tiba-tiba je...

Okay, dalam Psalms, bab 119 ada perkenalkan huruf-huruf Ibrani ni:




Jadi, abjad Ibrani ada 22 semuanya...

Eh, sama macam birthday...ehem ehem! 😁

Rasa macam panjang pula pengenalan ni, mungkin ada Part 2 insya-Allah. Sebab kita tak masuk lagi perbandingan huruf-huruf Ibrani dengan Arab. Insya-Allah, akan datang kita perkenalkan.

Alhamdulillah! Terima kasih sebab sudi baca.

Assalamualaikum

3 comments:

  1. Great job, Would love to read further,

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya syorkan kepada anda, tidak perlulah belajar bahasa Ibrani, kerana bahasa Ibrani merupakan bahasa Kanaan. Kanaan itu bermaksud "Keturunan Qabil/Cain yang membunuh saudaranya Habil/Abel. Memang bahasa Ibrani ini bahasa Semitik, tetapi sub-keluarganya adalah Kanaan/Canaanite.

    Kanaan ini merupakan anak kepada Ham, anak Nabi Nuh a.s. Dimana isteri Ham merupakan keturunan Qabil/Cain. Ham ini merupakan orang kulit hitam Afrika. Jadi seluruh anak Ham gelap, kecuali Kanaan.

    Kanaan itu putih kerana ikut rupa ibunya yang putih dari keturunan Qabil. Jadi seluruh bangsa asli Kanaan mempunyai rupa Arab, putih, mata biru dan berambut merah, seperti Qabil/Cain. Qabil itu berkulit putih dan berambut merah.

    Kanaan/Canaanites ini merupakan kaum yang mempunyai kejahatan yang sangat tinggi. Jadi saya senaraikan beberapa kaum yang berbahasa Kanaan ini:

    1) Amorit
    2) Amonit
    3) Moab
    4) Edom
    5) Bani Israel/Yahudi
    6) Madyan
    7) Sodom
    8) Phillistine
    9) Ugarit
    10) Amalek
    11) Phoenicia

    P/S: Jadi, adakah anda masih mahu belajar bahasa Ibrani? Pilihan masing-masing. Apapun tahniah atas blog anda...

    ReplyDelete