Peace

Wednesday, 14 March 2018

[BEDAH BUKU] The Bible (A Brief Insight) oleh John Riches

Assalamualaikum

Entry kali ni nak bedah buku lagi

Asyik bedah buku je...

Buku tu kan lambang tamadun? Tamadun tu jadi maju sebab ada sistem tulisan. Dalam erti kata lain, buku...huhu

Jadi, buku apa yang jadi pilihan?

Hmmm...kita ambil tema yang sama dengan entry yang sebelumnya, iaitu perbandingan agama.

Dan buku yang diambil kali ini ialah The Bible (A Brief Insight) oleh John Riches.


Kenapa asyik Bible dan Kristian je?

Sebab itu sumber yang saya ada dan saya lebih banyak membaca tentang Kristian berbanding agama lain.

Sumber yang saya ada:
1. Kristian (Bible KJV & NIV)
2. Yahudi (Buku tentang Talmud)
3. Hindu (Bhagavad Gita)

Dulu, saya ada join satu group facebook ni, namanya Religious Tolerance. Jadi, saya selalu baca perkongsian orang-orang dalam tu daripada pelbagai latar belakang agama. Biasalah, agama yang paling dominan kan, Kristian dan Islam? Jadi, tak peliklah kalau lebih banyak dibincangkan.

Berbalik pada buku tadi, buku ni saya dapat free, kawan saya beli masa pesta buku Big Bad Wolf tahun 2012/2013 masa saya masih Tamhidi (Asasi) di USIM. Terima kasih banyak-banyak Sera. Ada satu lagi buku dia bagi:

Christianity (A Brief Insight) oleh Linda Woodhead

Terima kasih lagi sekali Sera.

Berbalik pada buku asal, mula-mula, kita nak cerita tentang isi kandungan secara menyeluruh.

Ada 8 bab dan 1 kesimpulan kesemuanya.

Bab 1 - The Bible in the Modern World: Classic or Sacred Text?
Bab 2 - How the Bible Was Written?
Bab 3 - The Making of the Bible
Bab 4 - The Bible in the World of the Believers
Bab 5 - The Bible and its Critics
Bab 6 - The Bible in the Postcolonial World
Bab 7 - The Bible in High and Popular Culture
Bab 8 - The Bible in Politics
Kesimpulan


Bab 1 lebih kepada intro sebenarnya. Penulis menceritakan Bible merupakan antara buku yang paling banyak dibaca, setanding dengan Das Kapital oleh Karl Marx, The Rights of Man oleh Thomas Paine, The Wealth of Nations oleh Adam Smith, malah Origin of Species oleh Charles Darwin.





Dalam 4 buku ni, cuma 2 je yang saya pernah dengar, Das Kapital dan Origin of Species. Das Kapital dan Karl Marx mesti semua pernah dengar kan dalam buku sejarah sekolah menengah? Buku Origin of Species ni pun saya ada sebab dia ada kaitan dengan perdebatan antara ateisme dan agama berkenaan teori evolusi.

Apa tu teori evolusi?

Cukuplah gambar ni untuk terangkan apa dia:

Nota: Gambar ni sebenarnya kurang tepat. Mengikut teori evolusi, manusia bukan berasal daripada monyet. Manusia dan monyet berasal daripada satu rumpun yang sama tapi evolusi manusia lebih berjaya daripada monyet dan primate (cimpanzi dll) moden.

Berbalik pada Bab 1 buku tadi, Bible merupakan best-seller iaitu sebanyak 2.5 bilion antara 1815 dan 1975.
20 juta diedarkan pada 1998.

Dibandingkan dengan The Guinness Book of Records dengan kutipan 80 juta (1955-1997).

Agatha Christie, dengan 78 buku fiksyen detektifnya terjual sebanyak 2 juta salinan.

Novel best-seller lain, Gone with the Wind, To Kill a Mockingbird, Valley of the Dolls semuanya dikatakan terjual sebanyak 30 juta salinan.



Masuk Bab 2, buku ni ceritakan proses tradisional dalam penghasilan apa yang kita kenal hari ni sebagai Bible.

Dikatakan cebisan terawal daripada OT (Old Testament) ditulis sekitar 10-11 BC. Cebisan yang terakhir pula pada abad kedua BC.

*BC (Before Christ, tahun sebelum kelahiran Jesus dikira secara terbalik; contoh 3 BC, 2 BC, 1 BC, 1 AD, 2 AD, 3 AD. Tahun entry ni ditulis ialah 2018 AD)

Cebisan terawal daripada NT (New Testament) ditulis sekitar 50 AD. Majoriti teks-teks lain sekitar abad pertama. Paling lambat pun pertengahan abad kedua.

Tapi, kebanyakan cara tersebar teks pada masa itu adalah melalui khutbah-khutbah oleh para rabbi (pendeta). Jadi, melalui lisan, walaupun teks itu ada, disimpan oleh para rabbi dalam bentuk skrol. Daripada lisan ni pula tersebar ke orang lain dan begitulah seterusnya. Orang tak baca teks.


Dipercayai Gospel Mark merupakan yang terawal ditulis antara keempat-empat Gospel (Matthew, Mark, Luke, John).

Mark ni gaya penulisannya Yunani (Greek) dan lebih kepada menukarkan lisan kepada teks sebutir-sebutir. Contohnya:

Sebutir-sebutir:
Ibu pergi pasar beli ikan sebab nak buat masak tiga rasa hari ni.

Gaya sastera:
Ibu pergi ke pasar untuk membeli ikan kerana hendak masak lauk tiga rasa pada hari ini.

Luke ni gaya penulisannya pula seperti sejarawan Yunani yang periksa sumber dia betul-betul dan boleh dianggap sahih. Gaya penulisannya seperti sastera, menterjemahkan daripada bahasa Ibrani (Hebrew) kepada Yunani.

Jadi, penstrukturan ayat oleh setiap penulis sama ada dalam OT atau NT adalah berbeza. Walaupun Bible dianggap sebagai kalam Tuhan, perlu diingat yang penulis-penulisnya berbeza dan menterjemahkan ke dalam bentuk tulisan dengan gaya mereka yang tersendiri. Jadi, kita ada beberapa versi mengenai cerita atau insiden yang sama dalam satu kitab.



Penulis juga ada cerita tentang skrol-skrol yang dijumpai di Wadi Qumran dan Skrol Laut Mati yang ditulis oleh ahli-ahli mazhab Qumran. Skrol-skrol ni ada kaitan dalam perbandingan untuk menentukan yang mana satu cerita asal dan cerita yang ditambah-tambah.


Masuk Bab 3, penulis ceritakan pelbagai buku yang berbeza yang kemudiannya dimasukkan ke dalam pelbagai Bible dan sekarang diterima sebagai sahih atau canonical (qanun) dalam komuniti Yahudi dan Kristian.

Bible berasal daripada Yunani biblia, kata majmuk (plural) bagi biblion, buku.

Bible itu kata tunggal tapi diambil daripada biblia, iaitu buku-buku kerana Bible itu merupakan kompilasi buku-buku.

Ada juga Hebrew Bible yang digelar sebagai Tanak/Tanakh. Terdiri daripada Torah (Taurat), Nevi'im (Nabi-nabi) dan Ketuvim (Kitab-kitab). TaNaKh ini sinonim dengan OT dalam Bible (walaupun ada kelainan sikit). Jadi, NT tidak wujud dalam Hebrew Bible sebab ajaran dalam NT tu bertentangan dengan apa yang ada dalam OT.



OT ni tempoh penulisan dia makan masa 900 tahun. Wah!

Sebab penulis yang berbeza-beza, dan kejadian yang berbeza-beza dalam OT mengikut sejarahnyalah.

Pengumpulannya pun makan masa yang lama. Senang cerita, penulis kata, buku-buku yang terawal dalam Bible ni di'betul'kan dulu. Dan selepas buku-buku ni menjadi kanun, barulah tulisan-tulisan itu menjadi tetap (ditetapkan).

Dalam bab 3 ni, penulis ceritakan lagi kepentingan wadi Qumran dan Skrol Laut Mati dalam penghasilan Bible hari ini. Bila dibandingkan pada masa tu, kadang-kadang ada ayat Bible yang tak cukup atau 'terlebih'.

Penulis juga ceritakan tentang peranan bahasa Yunani setelah zaman Alexander the Great. Penjajahan sama ada fizikal atau mental, malah bahasa nilah yang sebabkan ada orang Yahudi sendiri yang bahasa ibunda dia Yunani semata-mata, bahasa Ibrani langsung dia dah tak tahu.


Dan terjemahan ayat-ayat suci ke dalam bahasa Yunani ni disebut sebagai Septuagint. Ada ceritanya kenapa dinamakan sebagai Septuagint, bererti '70', tapi cerita tu cuma lagenda semata-mata, tak tahu kebenarannya.

Dan daripada Septuagint nilah diambil oleh komuniti Kristian yang kemudiannya dikenali sebagai OT (Old Testament).

St. Jerome yang kemudiannya terjemahkan Septuagint ni ke dalam Latin, menyebabkan Septuagint ni dipersoalkan. St. Jerome akhirnya berazam untuk dapatkan bentuk original, iaitu dalam bahasa Ibrani, kat mana sahaja. Dia betul-betul berazam sampai belajar bahasa Ibrani. Akhirnya, OT yang rasmi dalam bahasa Latin, dikenali sebagai Vulgate.


Tapi, terjemahan ni menjadi titik permulaan pemisahan antara Kristian Barat yang guna bahasa Latin dan Kristian Timur yang cakap bahasa Yunani, Syria, Koptik, Etiopia, dan macam-macam lagi.

Pada masa Reformasi, King James yang berminat dengan OT original bahasa Ibrani mengkritik terjemahan awal Latin sebagai tak datang daripada bahasa Ibrani, tapi daripada Yunani.


Penulis juga ceritakan yang OT ni daripada Tuhan ditujukan kepada Bani Israel melalui Musa dan NT ni daripada Jesus kepada gereja-gereja.

Penulis ada juga cerita tentang pseudonym dalam Bible, atau nama samaran/palsu. Disamakan dengan sastera Yunani, ada tulisan yang disandarkan kepada Plato dan Socrates walaupun kedua-dua mereka tak menulisnya. Samalah dengan dalam OT, psalms (mazmur) disandarkan kepada David (Daud), walaupun pasti David tidak menulis kesemuanya.

Yang menjadi tanda tanya, kenapa dalam menulis sesuatu yang akan dipegang sebagai 'kebenaran', malah kitab suci, kita mesti guna nama palsu? Seolah-olah macam nak buat jenayah pula.


Masuk Bab 4, penulis cakap 'teks, apabila sudah menjadi kanun, berubah. Ia menjadi teks suci.'

Mulai daripada bab ni, penulis ceritakan banyak tentang sejarah terdekat dengan kita.

Dalam Bab 5 misalnya, diceritakan kritikan yang diterima oleh gereja dan Bible mengenai banyak perkara. Utamanya, antara sains dan agama. Contoh paling ikonik ialah mengenai bumi dan matahari. Siapa yang mengelilingi siapa?

Nicholas Copernicus mengatakan bumi mengelilingi matahari.

Pedulikan rambut dia...

Galileo Galilei menyokong teori ni dengan kajiannya tapi gereja membantah dan Galilei diadili kerana 'kekufurannya' terhadap pegangan gereja.


Yang paling terdekat dan terkenal dengan kita ialah teori evolusi oleh Charles Darwin macam yang dah sebut kat atas sebelum ni dalam buku dia, Origin of Species.


Sebenarnya, kalau isu semasa yang terdekat ni lagi banyak. Contohnya, LGBT dan pandangan gereja macam mana. Tapi sebabkan isu ni masih baru, boleh jadi panjang sampai boleh buat entry baru.

Bab 6 ceritakan cara-cara Bible ni diterima di luar kawasan tradisi Kristian. Dalam erti kata lain, yang dibawa melalui jalan penjajahan dan penaklukan.

Masih ingat dalam buku sejarah sekolah menengah?

"Gold, Gospel, and Glory."


Ekonomi, Agama, dan Politik.

Tiga elemen penting dalam penjajahan ke atas kita juga. Sebab tu Turki Uthmaniyyah suruh kita berperang melawan penjajah ni, macam yang dibuat oleh Indonesia ke atas Belanda. Cuma, kita ambil jalan damai ke atas Inggeris. Hmmm...ada baiknya dan ada buruknya. Tapi, lebih baik kita tak cakap tentang tu dalam entry ni. Berjela pula kang.


Bab 7 menceritakan peranan Bible dalam popular culture. Senang cerita, dalam seni; muzik, lukisan, ukiran, tulisan, pementasan, filem, drama dan sama waktu dengannya.



Bab 8, penulis bercerita tentang kedudukan Bible dalam politik. Sebagai contohnya, seseorang itu bila angkat sumpah atau oath, mesti letak sebelah tangan atas Bible.

Ada satu bentuk pemerintahan yang seperti monarki (beraja) tapi bertunjangkan agama iaitu sistem teokrasi. Seperti Saudi dan Iran.

Sistem monarki berpelembagaan yang diamalkan oleh Britain turut ada peranan gereja di sebaliknya. Begitulah kuatnya pengaruh Kristian dalam politik Barat.


Alhamdulillah, rasanya cukup sampai sini. Dah panjang lebar bercerita. Ini baru apa yang dibedah, belum baca bukunya lagi.
Kalau dah sampai hujung ni, terima kasih sebab sudi baca tulisan yang tak seberapa ni. Wallahu'alam.

:)

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment