Peace

Sunday, 8 January 2012

Islam Agamaku II - Anjing


Ada seekor anjing.
Nama anjing ni dodo.
Satu hari Dodo rasa lapar.
Sudah dua hari dodo tidak makan.
Dodo pun pegi jalan-jalan untuk cari makanan.
Tiba-tiba dodo terjumpa seketul tulang.
Dodo sangat suka makan tulang.
Dodo sangat gembira.
Dodo menari-nari kegembiraan.
Dodo pun bawa tulang tu balik ke rumah.
Waktu nak balik, Dodo lalu satu titi.
Dodo meniti dengan berhati-hati.
Tiba-tiba Dodo ternampak ada lagi seekor anjing yang membawa tulang.
Tulang anjing itu lebih besar dari tulang Dodo.
Dodo tamak, Dodo nak tulang anjing tu juga.
Dodo pun menyalak pada anjing itu.
Apabila Dodo menyalak, dia membuka mulut.
Tulang dalam mulut Dodo pun terjatuh.
Plum! bunyi tulang Dodo jatuh dalam air.
Air pun terpercik.
Baru Dodo tahu, anjing yang dia nampak adalah bayang-bayang dia.
Sebab Dodo tamak, Dodo tak dapat makan tulang langsung.
Kesian Dodo lapar.



Sebab tu kita tak boleh tamak, kalau tamak nanti langsung tak dapat apa-apa.^_^


Adakah hukum dalam Al-Qur’an melarang memelihara Anjing? Bagaimana jika anjing tersebut digunakan untuk menjaga rumah? Atau hanya sebuah hobi?

Dalam Al-Qur’an tidak ada larangan untuk memelihara anjing. Bahkan di surah Al-Maidah ayat 5, sudah ada bayangan boleh memelihara anjing untuk memburu binatang.
“Pada hari Ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu Telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. barangsiapa yang kafir sesudah beriman (Tidak menerima hukum-hukum Islam) Maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi.” (Al-Maidah: 5)
Maksudnya adalah memelihara anjing untuk memburu binatang kemudian disembelih. Tetapi, diantara hadith-hadith nabi yang berhubungan dengan anjing, Nabi Muhammad SAW bersabda:
?? ???? ???? ??? ??? ??? ?? ??? ?? ????? ????? ?? ???? ?? ??? ????? (???? ? ????)
Artinya: “barang siapa memelihara anjing, kecuali anjing buruan atau anjing penjaga tanaman atau anjing penjaga binatang ternak, maka berkuranglah amalnya setiap hari seberat biji saga. (HR. Muslim dll)
Hadith ini secara jelas menunjukkan bahawa memelihara anjing bila tidak ada keperluan tidak diperbolehkan. Memelihara anjing untuk berburu diperbolehkan. Seiring berjalannya waktu, manusia sudah jarang yang berburu kerana makanan dan daging telah tersedia di pasar. Memperolehnya juga kebanyakan bukan dari berburu, tapi hasil dari penternakan haiwan. Sedangkan makanan pokok tentunya dari ladang pertanian.
Sedangkan untuk menjaga tanaman dan binatang ternak, hukum memeliharanya boleh. Tapi apakah sekarang masih ada orang yang menjaga ladangya menggunakan anjing? Atau menjaga penternakannya menggunakan anjing? Sangat sedikit memang bahkan hampir tidak ada. Teknologi telah banyak menggantikan peranan anjing untuk menjaga ladang dan penternakan.
Memelihara anjing pada saat ini biasanya untuk menjaga rumah, mencari jejak(biasanya untuk tentera dan polis) dan untuk teman bermain. Untuk dua keperluan diatas, memelihara anjing diperbolehkan. Sedangkan bila hanya untuk teman bermain, atau bersenang-senang, maka memeliharanya tidak boleh.


No comments:

Post a Comment