Peace

Wednesday, 11 January 2012

Islam Agamaku IV - Amali FIQAH

Aq nk citer sket sal bnde yg nmpk cm x normal je dlm kehidupan seharian kite tapi ley diamalkan...

Nak tau apa dy?

Baca ni...

Hukum mencium kerana untuk mendapat redha Allah serta niat 

yang baik kerananya samada mencium kepala, kedua belah tangan

, kaki, kedua lutut dan selainnya adalah HARUS. Dalam hal ini, 

imamNawawi telah mengarang satu bahagian khas tentang 

perbincangan ini. Begitu juga ulama lain seperti 

al-Hafiz ibn al-Muqri, al-Hafiz ibn al-A’rabi, al-Hafiz Abu al-Fadl 

al-Ghumari dan beberapa ulama ahli ilmu lain yang menjelaskan 

hakikat keharusan bercium berdasarkan dalil dari Sunnah nabi yang 

Sahih lagi Thabit daripada baginda. 




Hmm...nak dalil? Bley2...no problemo...


  1. Daripada Buraidah r.a.: “Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada nabi s.a.w lantas mencium tangan dan kaki baginda s.a.w.” – Hadith dikeluarkan oleh imam al-Hakim di dalam kitab al-Mustadrak. Beliau mensahihkan hadith ini.
  2. Daripada Safwan r.a (menceritakan) tentang kisah 2 orang Yahudi yang bertanya kepada nabi s.a.w berkenaan 9 ayat keterangan, maka baginda menjawabnya. Lantas kedua-dua orang Yahudi tersebut mencium TANGAN dan KAKI baginda nabi s.a.w. – Dikeluarkan oleh imam An-Nasa’i (no. 4078), ibn Majah (3705) dan Tirmizi, berkata Hadith Hasan Sahih (2733 & 3144) serta disahihkan juga oleh imam al-Hakim.
  3. Sesungguhnya saidina Ali r.a mencium TANGAN dan KAKI saidina Abbas r.a.



Hadith dikeluarkan oleh imam al-Bukhari di dalam kitabnya

 al-Adab al-Mufrad dengan sanad yang sahih (no. hadith 

976).

Dalil ini menunjukkan bahawa mencium TANGAN dan KAKI 

bukanlah KHUSUSIAT NABI s.a.w seorang (perkara-perkara 

khusus yang dilakukan oleh nabi s.a.w sahaja)




Dikeluarkan oleh imam Ibn Jarir dan ibn Abi Hatim daripada 

As-Saddi berkenaan firman Allah s.w.t : 

يأيها الذين ءامنوا لا تسئلوا عن أشياء إن تبدلكم تسؤكم وإن تسئلوا عنها حين ينزل القران تبدلكم عفا الله عنها والله غفور حليم

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi s.a.w) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu,”
Al-Maidah :101.

Setelah (saidina Umar r.a mendengar) ayat ini, beliau 


bangun menuju kepada nabi s.a.w dan terus mencium KAKI 

baginda. 




Ayat dari surah al-Maidah ni aq ad bljr dlm PSI(Pendidikan 

Syariah Islamiah)-- Subjek wajib aliran agama sekali 

package ngan PQS(Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah) and 

Bahasa Arab Tinggi...



Aq bljr sal surah ni dlm bab hukum syara'...bwh pengklasifikasian yg 5 tuh :

  1. Ijab(Wajib)
  2. Nadbun(Sunat)
  3. Tahrim(Haram)
  4. Karahah(Makruh)
  5. Ibahah(Mubah/Harus/Boleh)


Surah tadi tu masok bwh Karahah..Maknanya ialah perintah Allah taala yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tidak bersungguh, atau dengan kata lain diberi pahala jika meninggalkannya dan tidak diberi dosa jika melakukannya.




OK...Kite msok balek bhgn dalil2 sal amalan "cium kaki

ni...



Dikeluarkan oleh imam al-Bukhari di dalam kitabnya al-Adab al-

Mufrad, imam Ahmad, Abu Daud, Ibn al-A’rabi di dalam juzunya 

serta imam al-Baghawi di dalam Mu’jamnya, bahawa sewaktu 

utusan Abd Qais tiba di Madinah, mereka mencium TANGAN dan 

KAKI baginda s.a.w.


Dalil ini telah dicantikkan lagi oleh ibn Abdul Bar, dibaikkan 

(disokong dalil lain) oleh al-Hafiz ibn Hajar dan dikeluarkan juga 

oleh imam Abu Ya’la, Tabarani serta al-Baihaqi dengan sanad yang 

bagus (Jayyid).



Daripada Ibn Umar r.a:

“Sesungguhnya nabi s.a.w menyatukan hubungan di antara 
sepasang suami isteri, maka datang wanita tersebut kepada 
baginda lantas mencium KAKInya s.a.w.

 Dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi di dalam kitabnya Dalail an-

Nubuwwah.

Bayangkan, seorang wanita yang mencium kaki baginda nabi s.a.w.



Di dalam kitab ‘Sorim al-Maslul’ oleh ibn Taimiyyah (bayangkan 

ibn Taimiyyah) daripada apa yang dikeluarkan oleh ibn al-A’rabi 

dan al-Bazzar:

“Sesungguhnya seorang lelaki menyaksikan berkenaan ‘mukjizat sebatang pokok’ yang datang kepada Rasulullah s.a.w, kemudian kembali ke tempatnya semula. Lelaki itu berkata sambil berdiri kemudian terus mencium KEPALA, TANGAN dan KAKI Rasulullah s.a.w.


Menurut riwayat ibn al-A’rabi:
“Lelaki tersebut meminta izin nabi s.a.w untuk menciumnya, maka nabi s.a.w pun mengizinkan. Maka lelaki tersebut mencium KEPALA dan KAKI baginda s.a.w.”


Dalam hadith yang thabit ini, pengharusan mencium KEPALA juga berkait rapat dengan KEIZINAN Rasulullah s.a.w, maka jadilah ia sebagai satu perkara yang SUNAT atau GALAKAN untuk melakukannya. 




Daripada Ka’ab bin Malik r.a berkata:
“Sewaktu aku (selesai) melaksanakan ibadat taubatku, aku datang kepada nabi s.a.w kemudian aku mencium TANGAN dan kedua LUTUT baginda s.a.w.”
Dikeluarkan oleh Abu Syeikh dan ibn Mardawih.

Menurut hadith ini, termaktub pensyariatan untuk mencium kedua LUTUT.

dah konfem nabi adalah insan yang lebih utama di sisi orang-orang yang beriman daripada diri mereka dan isteri-isteri banginda s.a.w. Baginda adalah bapa kepada setiap orang Islam. Oleh yang demikian, jelas hukumnya bagi kebenaran mencium TANGAN kedua ibubapa, KEPALA dan KAKI mereka. Tidak lain hanyalah sebagai pengiktirafan kemuliaan dan memenuhi hak-hak mereka.




sekadar bermuzakarah... jika ada tambahan, tolong betulkan.. aq pon lupa dh.. mesti sentiasa diingatkan sbg tazkirah utk kita smua....

No comments:

Post a Comment