Peace

Thursday, 26 January 2012

Tentang Apple VI - STOP ! REDLIGHT !!!

Entry pasal apple lagi?

HAHA..

Banyak tol idea aq...

OK..

Ape dlm kepala ble ckp sal apple ?

Mesti ni :

.
.
.
.
.
.
.
.


Basela dnie da moden la katekan...

Kalau korang hidup sblom 1976 msti ni yg ade dlm pkiran korang:

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Korang perasan x ape yg pelik?
Sbb npe korang akan pkir epal merah berbanding apal hijau?
Ni antara jwpn dy:

Sbb pnjg gelombang cahaya adalah yg paling panjang antara semua warna...

 approximately 630–740 nm

Maybe ni la kot pnjelasan nape kbnyakan tnde amaran dan lampu isyarat guna warna ni sbb warna ni paling attractive...

Hukum alam la katekan...bunga merah akan menarik lebih banyak lebah untuk hisap madu kt situ...

Tu la sbb npe korang x trpikir ni ha:



Which is healthier a green apple or a red apple?

Yes, green apple is healthier, containing 50% more

 nutrients and nutrient calories, which help prevent 

against various apple related diseases.


Epal hijau memang masam tapi aq ske...

Vitagen pon ade perisa epal hijau, epal merah mne ade...haha



KELAS BAHASA:


Hijau = Green = أخضر = Midori (緑)
Merah = Red =أحمر = Aka (赤)


Nak tau npe aq mnat sgt post sal epal ni?

Sal mamat ni kot:


Sir Isaac Newton

F = G \frac{m_1 m_2}{r^2}\

Bkan Hans Isaac...Isaac ni nme omputih...kalau dlm bahasa Arab dy panggil Ishak...sbb tu la nme Nabi Ishak dlm Hebrew (Ibrani - Bahasa Yahudi) ialah Isaac...

 G = 6.67384(80) \times 10^{-11} \ \mbox{m}^3 \ \mbox{kg}^{-1} \ \mbox{s}^{-2} = 6.67384(80) \times 10^{-11} \ {\rm N}\, {\rm (m/kg)^2}

Aq rase ramai da tau kot sal mamat ni yg menemukan teori gravitational force (9.80665 m/s2) dgn hnye sbiji epal...Ble cite sal ni aq t'ingat satu cite laen...

Khalifah Umar tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Raja Rom. Kemudian dia meminta Ali AS supaya menjawabnya. Ibn Musayyab berkata:"Raja Rome menulis surat kepada khalifah Umar supaya memberikan jawapan kepada beberapa soalan yang dikemukakannya. Amma Ba'd.Sesungguhnya aku bertanya kepada anda beberapa soalan, oleh itu beritahukan kepadaku jawapannya: 
1. Apakah perkara yang tidak dijadikan Allah? 
2. Apakah perkara yang tidak diketahui Allah? 
3. Apakah perkara yang tidak ada di sisi Allah? 
4. Apakah perkara yang semuanya mulut? 
5. Apakah perkara yang semuanya kaki? 
6. Apakah perkara yang semuanya mata? 
7. Apakah perkara yang semuanya sayap? 
8. Siapakah lelaki yang tiada keluarga? 
9. Apakah perkara yang tidak dikandung oleh rahim? 
10. Apakah perkara yang bernafas tetapi tidak ada roh? 
11. Apakah yang dikatakan oleh suara loceng gereja? 
12. Apakah perkara yang terangkat sekali sahaja? 
13. Apakah pokok di mana orang yang berjalan dibayangannya selama seratus tahun belum dapat melintasinya dan apakah seumpamannya di dunia ini? 
14. Apakah tempat yang tidak pernah terkena cahaya matahari melainkan sekali sahaja? 
15. Apakah pokok yang tumbuh tanpa air? 
16. Beritahukan kepadaku tentang Ahli Syurga; mereka makan, minum tanpa kencing dan berak dan apakah seumpama mereka di dunia ini? 
17. Di antara hiasan di syurga ialah mangkuk-mangkuk yang cantik dan setiap mangkuk mempunyai berbagai-bagai warna yang tidak bercampur di antara satu sama lain, apakah seumpamannya di dunia ini? 
18. Beritahukan kepadaku tentang seorang hamba wanita yang keluar dari buah EPAL di syurga tanpa sebarang kekurangan? 
19. Beritahukan kepadaku tentang seorang hamba wanita di dunia untuk dua orang lelaki dan di akhirat hanya untuk seorang lelaki sahaja? 
20. Beritahukan kepadaku tentang anak-anak kunci syurga apakah ia?

Ali A.S. membaca surat tersebut dan menjawabnya serta- merta.'Bismi llahi r-Rahman r-Rahim. Amma ba'd. Sesungguhnya aku telah membaca surat andaa wahai Raja Rome dan aku menyeru anda dengan pertolongan Allah, keberkatan-Nya dan keberkatan Nabi kami Muhammad S.A.W. 

1. Adapun perkara yang tidak "dijadikan" Allah ialah al-Qur'an kerana ia adalah kalamNya dan sifatNya begitu juga kitab-kitab-Nya yang lain. Allah SWT adalah qadim dan "sifat-sifat"-Nya juga qadim. 
2. Adapun perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah kata-kata anda,"Dia mempunyai anak lelaki, teman wanita dan rakan kongsi."Allah tidak sekali-kali mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) bersertaNya."[Surah al-Mukminun (23):91] dan "Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan."[Surah al-Ikhlas(112):3] 
3. Adapun perkara yang tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman,"Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hambaNya."[Surah Fussilat(41):46] 
4. Adapun perkara yang semuanya mulut ialah api. Api menjilat apa yang dicampakkan kepadanya. 
5. Adapun perkara yang semuanya kaki ialah air. 
6. Adapun perkara yang semuanya mata ialah matahari. 
7. Adapun perkara yang semuanya sayap ialah angin. 
8. Adapun lelaki yang tidak ada keluarga ialah Adam AS. 
9. Adapun perkara yang tidak dikandung oleh rahim ialah tongkat Musa, berbiri Ibrahim, Adam dan Hawa. 
10. Adapun perkara yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh ialah "Subuh apabila fajarnya mulai menyingsing [Surah al-Takwir(81):18] 
11. Adapun apa yang dikatakan oleh loceng gereja:Taqqan, taqqan, haqqan, haqqan, mahlan, mahlan, 'adlan, 'adlan, sidqan,sidqan, sesungguhnya dunia telah memperdaya dan mempesonakan kita. Dunia berlalu abad demi abad. Setiap hari yang berlalu, melemahkan kedudukan kita. Sesungguhnya kematian memberitahukan kita bahawa sesungguhnya kita sedang berada di dalam suatu perjalanan. Lantaran itu tempatkanlah kami di mana-mana. 
12. Adapun perkara yang terangkat sekali sahaja ialah bukit Tursina manakala Banu Isra'il menderhaka kepada Tuhan. Jarak di antaranya dengan Baitul Maqdis adalah beberapa hari perjalanan. Allah SWT telah mencabutkan satu bahagian kecil darinya dan dijadikannya dua sayap dari cahaya. Lalu Dia mengangkatnya di atas mereka sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-'Araf (7): 171:"Dan (ingatlah) ketika kami mengangkat bukit ke atas mereka, seakan-akan bukit itu naungan awan dan mereka yakin bahawa bukit itu akan jatuh menimpa mereka."Dan Dia berfirman kepada Bani Isra'il sekiranya mereka tidak beriman Dia akan menjatuhkannya ke atas mereka dan manakala mereka beriman, Dia kembalikannya di tempatnya yang asal.

13. Adapun pokok di mana orang yang berjalan di bayangannya selama seratus tahun belum dapat melintasinya ialah Pokok Tuba iaitu di Sidrah al-Muntaha di langit yang ketujuh. Di situlah berakhirnya amalan manusia, ianya dari pokok-pokok syurga. Tidak ada istana atau rumah di syurga melainkan ianya ditutupi oleh dahan-dahannya, seumpamanya di dunia ini ialah matahari, puncanya satu dan cahayanya di setiap tempat.
14. Adapun tempat yang tidak terkena cahaya matahari melainkan sekali sahaja ialah tanah laut di mana Allah membelahkan laut untuk Nabi Musa AS. Lalu air melambung tinggi seperti bukit dan tanah itu menjadi kering kerana terkena cahaya matahari ke atasnya kemudian air laut kembali ke tempatnya.
15. Adapun pokok yang tumbuh tanpa air ialah Pokok Yunus. Ianya merupakan satu mukjizat baginya sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Saffat (37): 146:"Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pokok dari jenis labu."
16. Adapun makanan ahli syurga seumpama mereka di dunia ini ialah janin di perut ibunya, menghisap makanan dari pusat ibunya, tanpa kencing dan berak.
17. Adapun warna-warna yang bermacam-macam di satu mangkuk seumpamanya di dunia ini ialah sebiji telur yang mempunyai dua warna; putih dan kuning dan kedua-duanya tidak akan bercampur.
18. Adapun hamba wanita yang keluar dari EPAL seumpamanya di dunia ini ialah ulat yang keluar dari  EPAL  dan tidak berubah.
19. Adapun hamba wanita yang dimiliki oleh dua lelaki ialah seperti satu pokok kurma yang dimiliki di dunia ini oleh Mukmin sepertiku dan oleh orang kafir seperti anda. Dan ianya menjadi milikku sahaja di akhirat kerana ia berada di syurga sedangkan anda tidak memasukinya.
20. Adapun anak-anak kunci syurga ialah Lailaha illa llah Muhammadan Rasulullah.


Ibn al-Musayyab berkata:"Apabila raja Rome membacanya dia berkata:"Percakapan seperti ini tidak dapat diucapkan melainkan oleh seorang yang datang dari "rumah kenabian."[al-Hafiz al-'Asimi di dalam Zain al-Fata, di dalam penerangannya mengenai Surah Hal Ata, Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 87]


Oleh kerana sekarang pon musim mengundi, check-this-video-out !!! Mngenai politik dan khulafa' ar-Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Uthman ,Ali )

Jazakallah bagi sape yg sudi membaca entry ni sampai abes...

Alhamdulillah...

~Adios~

~Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment