Assalamualaikum
Malaysia je...fenomena blog berkembang dan jadi trend bermula 2000. Sekitar 2005-2008, hampir 500K remaja dikatakan mempunyai blog sendiri.
John Barger dikatakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan perkataan "weblog" pada 17 Disember 1997 (5 hari lagi birthday aku yang ke-3!), manakala Peter Merholz ketika berseloroh menyatakan "we blog" di blognya, Peterme.com pada April 1999. Then, dikatakan Pyra Labs, antara produk paling awal dan terkenal pada awal tahun 2000.
Inovasi perkembangan blog tidak terhad pada blog semata-mata. Friendster diperkenalkan pada 2002, Myspace pada 2003 & Facebook pada 2004.
Selain semua ni, dunia digital warga maya terus dicorak dengan kemunculan "Wordpress" pada 2003 untuk menyaingi Blogger, laman "micro blogging" kemudiannya oleh Tumblr dengan konsep baru blog menggunakan gambar dengan tulisan yang minimum Twitter pada tahun 2006 dan Instagram pada 2010.
Laman blog paling popular pada awal 2000 bermula dengan pelancaran Open Diary oleh Bruce Ableson pada Oktober 1998 yang kemudiannya berkembang kepada jutaan diari online. Antara ciri utama inovasi diari masa tu termasuklah pembaca boleh memberikan komen, menjadikan konsep diari interaktif pertama ketika itu. Mac 1999, Brad Fitzpatrick kemudian memperkenalkan LiveJournal. Google kemudian membeli Blogger.com pada Februari 2003 setelah melihat perkembangan pantas blog di Internet pada ketika itu.
Untuk remaja, blog digunakan untuk menyalurkan pendapat dan idea mereka secara mendalam terhadap sesuatu isu. Tanpa sebarang kongkongan, mereka bebas menulis perkara yang mereka mahu. Yang menarik bagi remaja, keupayaan blog menjadi ruang ekspresi tanpa sekatan serta dalam masa yang sama tulisan mereka terpapar ke seluruh dunia secara online.
Internet juga menjadikan tulisan mereka lebih menarik kerana selain terpapar secara online dan open kepada umum, tulisan mereka juga terbuka kepada komen. Interaksi online tanpa sempadan ini bukan sahaja terhad kepada rakan dalam negara malah open kepada seluruh negara. Corak kounikasi dan interaksi baru ni menarik minat remaja untuk terus menerokai blog.
Yang lebih menarik, penulisan tradisional tidak lagi tertumpu pada buku nota dan pen semata-mata. Remaja mula menulis menggunakan komputer dan melayari internet. Hasilnya, idea dan bahan penulisan tidak lagi terikat dengan idea konvensional semata-mata. Penulis blog bebas menggunakan internet seperti Google untuk mencari idea selain memudahkan mereka membuat rujukan sebelum menulis.
Inovasi iPad dan iPhone misalnya, memudahkan remaja mengemas kini blog di mana-mana sahaja mereka berada. Dengan capaian yang lebih mudah, interaksi melalui blog menjadi semakin pantas dan cepat.
Remaja mencorakkan dunia!
~Adieu~
No comments:
Post a Comment