Assalamualaikum
Kalau korang dah baca entri aku yang sebelum ni pasal review bab 17 novel tu mesti ada baca ni:
"Awak selesaikan kes cepat sangat, macam perang Jamal," ujar Ina.
Kalau belum baca singgahlah kejap, ya...
Okay...
Perang Jamal(Wikipedia)
Persahabatan Ali dengan Aisyah
Ali memasuki Basrah pada Isnin, 14 Jamadil Akhir 36H. Penduduk Basrah membaiah beliau di bawah panji-panji mereka. Orang-orang yang terluka dan yang meminta perlindungan juga membaiah beliau. Abdurrahman bin Abi Bakrah datang menemui beliau dan berbaiah dengan beliau. Beliau berkata kepadanya, "Di manakah orang yang sakit(ayahnya)?" Abdurrahman menjawab, "Ia sedang sakit wahai Amirul Mukminin. Sesungguhnya dia ingin sekali bertemu denganmu. Ali berkata, "Tuntunlah aku ke tempatnya." Ali pun pergi menjenguknya. Abu Bakrah meminta udzur kepada beliau dan beliau menerimanya. Ali menawarkannya jabatan sebagai amir Basrah, namun ia menolak. Abu Bakrah berkata, "Angkatlah seorang lelaki daripada keluargamu yang dapat membuat tenang penduduk negeri ini. Abu Bakrah mengisyaratkan agar mengangkat Abdullah bin Abbas, maka Ali pun mengangkatnya sebagai amir Basrah lalu menunjuk Ziyad sebagai petugas penarik pajak dan pennanggung jawab Baitul Mal.. Ali memerintahkan Ibnu Abbas agar mendengar saranan Ziyad. Pada perang Jamal, Ziyad mengasingkan diri dan tidak ikut terlibat dalam peperangan.
Kemudian Ali mendatangi rumah tempat Ummul Mukminin Aisyah. Ali meminta izin kepadanya lalu masuk mengucapkan salam kepadanya dan Aisyah menyambutnya dengan ucapan selamat. Seorang lelaki menyampaikan berita kepada Ali.
"Wahai Amirul Mukminin, di luar ada dua orang lelaki yang mencaci Aisyah."
Maka Ali memerintahkan al-Qa'qa' bin Amru agar merotan kedua-dua lelaki itu masing-masing seratus kali rotan.
Lalu Aisyah bertanya tentang pasukannya yang terbunuh dan pasukan Ali yang terbunuh. Setiap kali disebutkan nama orang-orang yang terbunuh daripada kedua-dua pihak, Aisyah mendoakan rahmat dan kebaikan untuk mereka.
Ketika Ummul Mukminin Aisyah hendak meninggalkan kota Basrah, Ali mengirim segala sesuatu yang diperlukan untuknya. Beliau juga mengizinkan pasukan Aisyahh yang selamat untuk kembali atau jika mahu mereka boleh tetap tinggal di Basrah. Beliau mengirim saudara lelaki Aisyah, Muhammad bin Abu Bakar untuk menyertainya. Pada hari keberangkatan, Ali mendatangi rumah tempat Aisyah menginap beliau berdiri di depan pintu bersama orang-orang. Kemudian Aisyah keluah daripada rumah, mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Aisyah berkata, "Wahai bunayya, janganlah saling mencela di antara kalian. Demi Allah, sesungguhnya apa yang telah terjadi antara aku dan Ali hanyalah masalah yang biasa terjadi antara seorang wanita dengan ipar-iparnya. Sesungguhnya, meskipun aku dahulu mencelanya namun sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang terpilih."
Ali berkata, "Ia benar, demi Allah, tidak ada masalah yang terjadi antara kami berdua kecuali seperti yang telah disebutkan. Sesungguhnya ia adalah isteri nabi kalian, di dunia dan di akhirat."
Kemudain, Ali berjalan mengiringinya sehingga beberapa batu lantas mengucapkan selamat jalan kepadanya. Peristiwa itu terjadi pada Sabtu, awal bulan Rejab 36H. Aisyah dan rombongannya berangkat menuju ke Mekah kemudian menetap di sana sehingga musim haji pada tahun itu juga lalu kembali ke Madinah.
Itulah ringkasan kisah yang disebutkan oleh Abu Ja'far Ibnu Jarir daripada para ulama sejarah. Tidak seperti yang disebutkan oleh para pengikut hawa nafsu (ahli bid'ah) daripada kalangan Syiah dan lainnya yang menyebarkan hadith palsu atas nama sahabat. Dan kisah-kisah palsu yang mereka nukil tentang masalah ini. Jika mereka diajak kepada kebenaran yang nyata mereka berpaling lalu berkata, "Bagi kalian sejarah kalian dan bagi kami sejarah kami." Jikalau begitu kami katakan kepada mereka:
"Kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang yang jahil."
(Al-Qasas 28:55)
(Tahdib wa tartib kitab al-Bidayah wan Nihayah, Dr. Muhammad bin Shamil as-Sulami)
Dipetik daripada website:
http://www.lppimakassar.com/2012/10/persahabatan-ali-dengan-aisyah-situasi.html

KENAPAKAH BERLAKUNYA PEPERANGAN JAMAL?
Al-Imam Ibnu Hazm Rahimahullah berkata lagi, pasukan Ali (Radhiallahu ‘Anhu) turut ke Basrah bukan untuk memerangi pasukan ‘Aisyah tetapi untuk bersatu dengan mereka, menguatkan mereka dan menyatukan (kembali) umat Islam (di bawah satu panji) dalam menghadapi peristiwa pembunuhan Uthman (Radhiallahu ‘Anhu). [Al-Fishal, jilid 3, ms. 83]
Akan tetapi pada waktu yang sama terdapat sebahagian daripada pemberontak-pemberontak pada zaman Uthman yang menyelimutkan diri mereka di dalam kalangan umat Islam telah melihat rombongan pasukan ‘Aisyah pergi ke Basrah. Mereka mula menyalakan kembali api fitnah bahawa pemergian tersebut adalah kerana perpecahan daripada khalifah Ali. Namun, apabila mereka mendapat pengetahuan bahawa pasukan ‘Aisyah dan pasukan Ali telah bersatu mereka merasa amat bimbang dan cemas. Ini kerana selagi mana umat Islam tidak berada di bawah satu pemerintahan tentulah mereka akan terselamat daripada segala tindakan. Sebaliknya jika umat Islam kembali bersatu, mereka pasti akan dihukum oleh kesatuan umat Islam tersebut.
Oleh kerana itulah mereka cuba memikirkan bagaimanakah caranya untuk memecahkan kembali kesatuan pasukan Ali dan pasukan ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anhuma. Akhirnya mereka telah mengeluarkan satu pendapat dan akhirnya ia terlaksana dengan berlakunya peperangan Jamal. Sejarah hitam itu bermula pada awal pagi ketika mentari masih lagi belum memancarkan cahayanya, pasukan pemberontak mula menyerang pasukan ‘Aisyah. Dalam suasana terperanjat daripada tidur yang lena, masing-masing menjadi kelam kabut dalam suasana yang gelap gelita. Pasukan ‘Aisya mula menyangka bahawa pasukan Ali telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Sebagai tindakan untuk mempertahankan diri, mereka mengangkat senjata dan membalas serangan yang telah dilakukan oleh pasukan pemberontak kepada pasukan Ali (kerana sangkaan mereka pasukan Ali yang menyerang). Pasukan Ali pula menyangka pasukan ‘Aisyah telah memberontak dan menyerang mereka. Dengan itu, mereka juga turut menyerang balas serangan yang dilakukan sebagai tindakan untuk mempertahankan diri mereka. Tanpa disangka dan diduga, berlakulah peperangan Jamal sekalipun kedua-dua belah pihak tidak mempunyai apa-apa niat untuk mengadakan peperangan. Dalam hal ini Al-Imam Ibnu Kathir memperincikannya dan ditulis di dalam kitab Al-Bidayah Wa An-Nihayah :
“Orang-orangpun merasa tenang lagi lega (kerana persatuan tersebut)… pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi, pembunuh Uthman melalui malam tersebut dalam keadaan seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mencetuskan peperangan pada pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbitnya fajar, jumlah mereka menghampiri 1000 orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan ‘Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan ‘Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata : “Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!”
Mereka (pasukan ‘Aisyah) menyangka bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana huru hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: “Apa yang terjadi kepada orang ramai?” Mereka menjawab: “Penduduk Basrah (pasukan ‘Aisyah) menyerang kita!”
Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan (memakai) baju perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi.”
[al-Bidayah wa An-Nihayah, jilid 7, ms. 227]
Pada waktu perang sedang berlangsung, Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha sedang berada di atas pelana untanya. ‘Aisyah tidak ikut berperang dan juga tidak mengarah sesiapa berperang. Ini telah dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Minhaj As-Sunnah. Beliau mengatakan bahawa Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha tidak diperangi dan tidak juga melibatkan dirinya dalam peperangan. Beliau menjangkakan pemergiannya ke Basrah terdapat kemaslahatan kepada umat Islam tetapi ternyata meninggalkan pemergiannya tersebut adalah lebih baik. Maka setelah itu apabila beliau mengingat kembali pemergiannya beliau akan menangis sehingga tangisan itu membasahi kain tudungnya.
Dengan penelitian yang telah dilakukan oleh para ilmuan Ahl Sunnah Wal Jamaah jelaslah bahawa ini bukanlah satu peperangan yang telah dirancang oleh kedua-dua pihak. Sesungguhnya janganlah kita mengatakan sesuatu yang buruk kepada para ahli syurga kerana kita sendiri belum mengetahui adakah kita termasuk dalam kalangan mereka (ahli syurga). Jika kita mendengar sebarang keburukan mereka maka diamkanlah dan sebutkanlah kebaikan yang telah mereka lakukan. Semoga segala usaha kita memperbaikkan nama mereka di pandangan masyarakat akan mendapat ganjarannya daripada Allah S.W.T.
Credit Ibnu Muslim.
Ancaman Syiah terhadap Sunni
Tengok situasi kat Syria, bukti kejamnya Syiah terhadap Muslim Sunni. Walaupun dari rumpun akar yg sama tapi diorang tak teragak-agak untuk buat kezaliman, pembunuhan & penindasan dgn cara yg dahsyat.
Hukuman bagi mereka yang bermazhab Syiah:
Seluruh negeri Malaysia telah pun memfatwakan pengharaman Syiah. Kesemua negeri telah mewartakan pengharaman tersebut kecuali Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak. Hal ini bermakna, sebarang bentuk-bentuk pengamalan dan penyebaran ajaran Syiah di sepuluh buah negeri yang telah mewartakan pengharaman Syiah, boleh diambil tindakan undang-undang.
Sebagai contoh, antara tindakan yang boleh diambil jika di negeri Selangor adalah di bawah seksyen 12(C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan pihak berkuasa Agama (Mufti yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa), yang membawa hukuman boleh didenda tidak melebihi RM 3 000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Sumber: Majalah AL ISLAM (Julai 2013)
No comments:
Post a Comment