Peace

Sunday 24 November 2013

Applied Physics: Family Day Part 1


Assalamualaikum

APa yang dapat aku kutip sepanjang program 2 hari 1 malam ni?


Nampak pakej dia tu? Tapi kitorang ambil RM55 untuk aktiviti


Yuna kata: "Setiap gambar ada lagunya..."

Tapi tu bukan gambar sendiri...

Ambil kat internet juga...

Tak ada DSLR kan...hmmphh...

Tengok gambar tu...bagi aku not bad lah tempat ni...

Lagipun takkan nak cerita keburukan dia kot...

"Di sebalik sesuatu...ada sesuatu...Redha...Bersangka baik..."

Okay...dipendekkan cerita...

Aku jumpa satu majalah yang bernama "Jom!"

Cakap pasal "Jom!" teringat budak foreigner sorang yang dah boleh cakap "Jom!"

Mas'ud namo eh...huhu


Selak...


Belek dan belek...akhirnya aku terjumpa satu artikel yang menarik untuk BUDAK FIZIK...

BUDAK FIZIK

Tajuk filem pendek yang akan datang...

Okay...

Aku cerita balik macam dalam buku tu...

Ibu mana yang tidak terkesan saat melihat si anak pulang dari sekolah dengan tangisan sedu-sedan. Di tangan si anak terdapat selembar kertas yang entah dari mana dia dapatkan. Ibunya hairan. Selepas ditanya, sememangnya surat itu diutuskan untuk si ibu daripada guru anaknya. Baris demi baris isi surat itu membuatkan tubir matanya digenangi air, berbaur marah yang tidak tertahan.

"Kerana anak anda terlampau bodoh dan tak mampu memahami pelajaran serta menghandal kemajuan proses pembelajaran di sekolah, demi rasa tanggungjawab kami kepada murid-murid lain, maka kami sangat mengharapkan agar anak anda secara terhormat menarik diri sendiri dari sekolah."

Beginilah isi surat tersebut.


Kesalahan si anak hanyalah terlalu banyak bertanya sehingga gurunya menganggap anak itu bodoh dan mengganggu pelajarannya di sekolah, lalu surat itu diutuskan. Namun, anak itu beruntung kerana mempunyai ibu yang merupakan seorang bekas guru dan mulai detik itu, ibunyalah yang menjadi guru di rumah dan melayani dengan penuh sabar akan pertanyaan-pertanyaan rumit si anak.



Pada usia 9 tahun, anak itu telah diberikan buku tentang ilmu FIZIK dan eksperimen-eksperimen mudah untuk dicubanya.


Pada usia 10 tahun, anak itu telah memulai kegiatan eksperimen. Dia menjadikan ruang bawah rumah ayahnya sebagai makmal KIMIA.


(Pssttt..kebetulan budak kimia pun ada family day hari yang sama..)

Dia mulai mencuba eksperimen tentang ubat-ubatan dan peralatan-peralatan elektrik.



Ketika usianya 12 tahun, dia mula berdikari untuk mencari sumber kewangan bagi membeli pelbagai bahan kimia dan peralatan elektrik untuk tujuan eksperimennya. Di atas kereta api, anak itu tanpa segan-silu menjual surat khabar dan makanan-makanan ringan selama tiga tahun sehingga dia mampu mengeluarkan surat khabar miliknya sendiri yang bertajuk "Weekly Herald, Published by Newsboy on the Mixed Train" seawal usianya baru 15 tahun.


Namun, siapa sangka musibah menimpanya apabila anak itu menjadi tuli akibat daripada cengkaman kuat tangan konduktor kereta api ketika menolongnya naik ke atas tren yang sedang bergerak laju.


Namun, setelah kejadian itu, anak itu menjadi semakin proaktif dalam setiap kajian saintifiknya dan memanfaatkan ketuliannya untuk tidak mudah terganggu dengan suara-suara luar. Tumpuan kepada eksperimennya menjadi lebih fokus dan agresif. Dia mencabar dirinya untuk menghasilkan satu percubaan besar yang telah gagal dilakukan oleh para saintis selama 90 tahun. Dan setelah 999 kali jatuh bangun, pada angka ke-1000 kali itulah akhirnya lampu elektrik yang mengalami kegagalan sebanyak 999 kali itu memancarkan cahayanya! Dan sekarang ini, setelah 82 tahun pemergiannya, dunia begitu terang-benderang dengan pelbagai lampu hasil penemuannya.



Anda kenal dengan anak yang dibuang sekolah kerana dianggap bodoh ini? Si penjual akhbar dalam tren yang pekak ini? Beliau adalah pemilik lampu elektrik asli, Sir Thomas Alva Edison!


"Di sebalik sesuatu...ada sesuatu...Redha...Bersangka baik..."

Assalamualaikum

1 comment: