Peace

Monday 11 February 2013

The Desert Wind Whispers the Truth



Assalamualaikum...

"The Desert Wind Whispers the Truth..."

Aku jumpa quote ni dalam buku "The Second Messiah", Glenn Meade:


Agak-agak apa maksud eh? Entahlah...tak tau sebenarnya...mendalam tu... o_O


Tapi mungkin boleh gak dikaitkan dengan fenomena alam yang dinamakan "Pasir Berdengung"... #eh
Tu cerita Laksamana Do Re Mi...

"Pasir Menyanyi" - "El Bramator"

Marco Polo pernah datang di Gurun Gobi, China dan dikatakan telah terdengar irama. Kejadian ni menimbulkan tanda tanya yang amat sangat kepada beliau.



Bunyi yang boleh kedengaran kadang-kadang macam bunyi helikopter, gendang and many more...

Kalau ikut lagenda tempatan, bunyi itu berkait rapat dengan roh-roh jahat yang cuba menarik manusia ke dalam pasir yang berbahaya.


Sementara itu, penduduk Copiapo, Chile juga mengalami perkara yang sama. Penduduk di situlah yang menggelarkannya "El Bramator", bermaksud hembusan yang mengaum. Kadang-kadang perlahan, kadan-kadang sampai berbatu-batu boleh dengar.

Yelah kan...padang pasir kan luas...Luas pemandangan, luas pendengaran...memandai je...

Prof. Bruno Andreotti dalam tulisan eh "Symphony of the Sands", ada banyak teori tapi banyak saintis sependapat bunyi tu terjadi sebab butiran pasir-pasir yang menuruni lereng-lereng bukit tertentu sampai boleh hasilkan dengung.



Tapi...

Macam mana bukit tu boleh hasilkan irama macam muzik tetap menjadi misteri.

Tiga ahli biofizik daripada Universiti Paris mengemukakan pendapat bahawa bunyi-bunyi yang terhasil daripada gurun pasir tu disebabkan faktor tiupan angin yang extreme.

So...

Nak dapatkan pengesahan, trio ni jalankan eksperimen guna 100 kg pasir yang diambil di Gurun Gobi sebagai sampel kajian. Mereka bina model mini yang terdiri daripada bukit-bukit kecil dan sumber angin daripada kipas.

Terdapat bunyi-bunyian yang berjaya dikesan namun terlalu perlahan. Namun, mereka percaya dengan menambah kuantiti pasir serta gerakkannya bersama-sama dalam keadaan yang tepat mungkin boleh hasilkan irama yang terdapat di gurun berpasir di dunia.

Ia (setakat ni) hanyalah teori sahaja.

Bukan apa...padang pasir kesepian...macam "Ayat-Ayat Cinta" pulak... o_O


P/S : Good luck untuk siapa yang further study bumi para Anbiya' !


No comments:

Post a Comment