Peace

Friday 8 March 2013

Cenderawasih Burung Syurga?


Tahukah anda?


ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Tahukah anda sampai hari ini masyarakat Eropah percaya, burung CENDERAWASIH adalah burung syurga. Mengikut nama saintifik, burung cenderawasih ditulis sebagai genus Paradisaea. Mengikut beberapa rekod pelayaran, masyarakat cendekiawan haiwan di Eropah mengklasifikasikan nama burung itu sebagai genus syurga kerana burung itu dipersembahkan kepada mereka tanpa kaki.



Mengikut beberapa catatan, pada tahun 1522, ahli pelayaran Antonio Pigafetta dan Fernando da Magelhaens menjadi individu pertama yang telah membawa burung berkenaan ke Eropah.

Mengikut rekod, Antonio Pigafetta telah mempersembahkan burung ini sebagai hadiah kepada raja Sepanyol.


Oleh sebab bulu burung ini yang sangat cantik, ia kemudiannya menjadi barang dagangan yang sangat berNILAI di Eropah. Bagi meninggikan lagi NILAInya dalam kalangan masyarakat, para pedagang menyebarkan kisah kononnya burung ini berasal dari syurga dan HANYA TERBANG DI UDARA TANPA BERHENTI HINGGALAH IA MATI. Sebab itulah kakinya tiada.


Kisah itu lama-kelamaan menjadi pegangan masyarakat termasuk para pengkaji haiwan era 1500. Sebenarnya, para pedagang telah memotong kaki burung ini sebelum dihantar ke Eropah.

Hal ini kerana, para pedagang itu percaya kaki burung cenderawasih boleh menyebabkan bulunya rosak.


Jadi bagi mengelakkan perkara ini berlaku, mereka telah memotong kaki burung ini dan menyebarkan cerita kononnya burung itu berasal dari syurga.



~ADIOS~

No comments:

Post a Comment