Peace

Monday, 15 July 2013

Wanita, kuda dan rumah itu SIAL?


Assalamualaikum


Umumnya Islam membawa agenda memerangi kepercayaan karut yang boleh menjejaskan aqidah. Antaranya mempercayai sial terhadap sesuatu benda, tempat, masa dan sebagainya. Asas utama umat Islam mempercayai segala kebaikan dan keburukan bersumberkan kuasa ALLAH.


Kalau tengok hadith tu, pasti boleh buat siapa je percaya wujudnya sial yang boleh mendatangkan kecelaruan dalam kehidupan. Sebagai umat Islam, kita haruslah mengkaji mengapa dikatakan kuda, wanita dan rumah membawa sial? Sedangkan percaya pada sial boleh datangkan syirik.


Bagi memahami secara mendalam hadith ni, Pensyarah FPQS USIM(Fakulti Pengajian al-Quran dan as-Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia), Doktor Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri berkata, umumnya kalimah sial ini memang wujud dan digunakan dalam masyarakat dunia secara meluas dan amat ditakuti. Bahkan ia turut dipercayai oleh masyarakat sebelum Islam hingga kini. Maka, Islam datang untuk memperbetulkan kepercayaan atau iktikad ini dengan menggariskan segala kebaikan dan keburukan(kesialan) adalah hak milik ALLAH.


Bahkan mempercayai sesuatu objek atau benda, masa dan tempat tertentu memiliki sial boleh menjejaskan aqidah. Terdapat beberapa hadith sahih yang disebut oleh baginda s.a.w. Di antaranya daripada Abdullah bin Umar r.a. berkata:

"Saya mendengar Nabi bersabda, " Kesialan itu pada tiga perkara; kuda, wanita dan rumah."
(Sahih Bukhari: 2858)

Sahl bin Saad berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seandainya kesialan itu ada, maka pada wanita, kuda dan tempat tinggal."
(Sahih Bukhari: 5095)


Kefahaman yang sepatutnya ialah kedua-dua hadith ni saling melengkapi dengan lafaz 'seandainya'. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. kerana wujudnya kepercayaan karut secara berleluasa sehingga menyebabkan banyak aktiviti mereka tergendala. Hali ini termasuklah amalan mempercayai kuasa burung iaitu tatayyur. Perbuatan tatayyur adalah jelas syirik berdasarkan hadith:

"Thiyaroh(merasa sial) adalah termasuk kesyirikan."
(Ahmad 1/389)


Sebenarnya Rasulullah s.a.w. mengemukakan hadith ni sebagai satu contoh menolak dakwaan wujudnya sial. Contoh yang diberikan secara langsung disandarkan terus kepada kuda, wanita dan rumah yang sangat sinonim dengan pengaruh sial ketika itu agar mudah difahami oleh orang lain. Sial-sial yang didakwa sememangnya tidak wujud sebagaimana sial pada alamat jahat pada suara burung.


Untuk lebih jelas, ada enam keadaan hadith yang sama digunakan untuk menyangkal dakwaan tersebut. Perbezaannya dapat dilihat di hadapan setiap hadith. Antaranya, "Sesungguhnya pengaruh jahat itu terdapat pada tiga perkara iaitu pada diri wanita, kuda dan dalam rumah tangga," "Sial ada pada tiga benda iaitu pada diri wanita, kuda dan dalam rumah tangga," "Jika seandainya ada kesialan terdapat pada tiga perkara iaitu pada diri wanita, kuda dan dalam rumah tangga," dan seterusnya. Hadith-hadith ini kesemuanya sahih dan boleh dipercayai tanpa dapat disangkal dengan apa cara sekalipun.


Selain daripada hadith-hadith tersebut, terdapat satu kisah yang diceritakan Aisyah r.a., satu hari, datang dua orang lelaki Yahudi ke rumah Aisyah r.a. Ketika itu Aisyah r.a. mendengar perbualan mereka tentang hadith tersebut yang membuatkan mereka percaya wujudnya sial pada ketiga-tiga perkara tersebut. Lantas, dengan lantangnya Aisyah r.a. menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan tiada sial dalam Islam. Maksud hadith tersebut adalah sebagai contoh untuk memudahkan orang ramai memahaminya.


Dipetik daripada majalah Al-Islam


Teringat cerita Natasha TV3 dulu-dulu...

Masa muda-muda...

Dia ni dikatakan bawa sial...

Masyarakat Melayu pun percaya juga benda-benda sial ni...

Tapi sekurang-kurangnya bilangan mereka dah berkurangan...

Alhamdulillah...


Hati-hati memandu!


Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment