Peace

Saturday 15 March 2014

Cakna Isu Syria: Syria dan Budaya Penentangan


Assalamualaikum

Syria merupakan salah satu persimpangan budaya yang mana ideologi dan kuasa dilihat dalam garis masa sejarah, yang memberikan kepada Damsyik peranan yang agak penting dalam politik Timur Tengah.

"Syria", pada zamannya, merangkumi negara-negara moden pada hari ini seperti Syria, Jordan, Palestin, Lubnan, Israel dan barat Iraq.



312 SM, Syria merupakan jantung kepada Empayar Hellenistic Seleucid, kesinambungan kepada empayar taklukan Alexander the Great yang memerintah dari Anatolia ke India selama lebih 250 tahun.



Agak goyah untuk menonjolkan budaya Yunani sebagai menentang budaya Semitik dan Parsi di kawasan itu.

Bandar Edessa di utara Syria menunjukkan contoh yang dramatik berkenaan identiti masyarakat yang kukuh daripada kawalan Barat. Edessa menjadi bandar tentera Yunani bagi Empayar Rom Timur. Namun begitu, bahasa pemerintah Yunani yang dominan secara beransur-ansur digantikan dengan bahasa Syria, bahasa Semitik yang hampir serupa dengan bahasa Aramaik, dan budaya Syria mula menjejaskan pusat Hellenistik itu.



Walaupun kemasukannya ke dalam Empayar Roman Kristian Timur, simpati Edessa kebiasaannya diletakkan di timur, bersama-sama Parsi Parthian/Zoroastrian, dan bukannya Byzantine.

Tidak semestinya Edessa anti-Kristian, Edessa juga merupakan anti-Byzantine. Edessa benar-benar menjadi negeri Kristian yang pertama di dunia di bawah Dinasti Abgar,  yang diasaskan oleh orang Arab, atau Nabatean, puak-puak pada 132 SM. Mubaligh-mubaligh Kristian dari Edessa yang membawa perkataan Kristian Nestorian ke timur, ke Mesopotamia dan Parsi, di mana Gereja Nestorian boleh berdiri kukuh.



Kawasan ini, kemudiannya, menjadi salah satu penempatan komuniti Kristian tetapi Gereja Nestorian yang menuturkan bahasa Syria, secara jelasnya bersifat ketimuran, yang berada di sekitar kawasan yang menuturkan bahasa Yunani dalam empayar itu.

410 M, Gereja Nestorian memulakan langkahnya: menolak apa-apa penggabungan dengan biskop Barat. Biskop Barat bukan merujuk kepada Rom, bahkan orang atasan Byzantine sendiri, yang mana Nestorian tetap menganggap mereka sebagai kuasa Barat. Langkah mereka ke arah kebebasan agama, jelas menunjukkan agenda politik yang tersembunyi di sebalik teologi.

Tidak puas dengan memeluk kepercayaan yang menyimpang, Edessa kemudiannya jatuh kekuasaan yang sama juga "menyimpang", kepercayaan Kristian Monophysite yang monoteistik. Doktrin ini merebak dengan cepat di seluruh Syria pada abad kemudian, walaupun tentangan sengit dari Constantinople yang menegaskan mengenai dua sifat yang berbeza daripada sifat Jesus.




Seorang ilmuwan Jerman, Arthur Voobus menyatakan, "Sumber-sumber yang paling awal yang masih ada daripada Kristian Syria mendedahkan kesedaran diri mereka yang kuat untuk merdeka."

Autonomi adalah ciri gereja Syria pada awalnya.

Lihatlah apa yang berlaku di Palmyra, sebuah lagi bandar Syria yang terkenal, yang menjatuhkan Empayar Rom dalam satu pemberontakan besar pada pertengahan abad Masihi; Palmyra mengancam untuk membentuk semula struktur keseluruhan kuasa Mediterranean Timur.

Sebagai pusat perdagangan utama Syria, ia telah lama menjadi persimpangan perdagangan antara Parsi, India, China dan Rom. Ia juga telah menjadikan Syria sebagai bahasanya, mencerminkan budaya Semitik yang berkuasa seperti mana Rom dan Yunani.

Pada 269 M, Ratu Zenobia melancarkan kempen ketenteraan yang kuat terhadap pemerintahan Rom. Siapakah Zenobia? Dia ialah keturunan bangsawan di Carthage(Tunisia hari ini).



Dalam masa beberapa tahun, tentera Palmyra telah menakluk kawasan yang besar; kesemua kawasan Syria, Mesir dan separuh daripada Anatolia. Palmyra telah bersedia untuk menakluk Empayar Rom di Timur, dan jika berjaya, mereka akan meneruskan undang-undang Kristian Syria daripada Mediterranean Timur berbanding Yunani Byzantine.

Ratu Zenobia yang jelita itu akhirnya dapat dikalahkan oleh tentera Rom, dilaporkan ratu itu dibungkus dengan rantai-rantai emas sebelum dihantar ke Rom, di mana baginda akhirnya diampunkan dan menjadi tokoh eksotik terkemuka dalam masyarakat Rom, walaupun setelah empayar baginda telah lama dihancurkan.

Namun begitu, semangat pemberontakan di bahagian-bahagian besar Syria tetap utuh - terhadap Rom dan Constantinople. Empayar Parsi mengambil kesempatan daripada pertikaian dalam Empayar Byzantine ini untuk menyokong orang-orang Kristian Nestorian secara terbuka dan menawarkan mereka perlindungan di Parsi.

Politik, ideologi dan teologi penentangan terhadap Rom dan Yunani terangkum dalam kecenderungan budaya agama Syria yang memandang Jesus secara monoteistik - sebagai memiliki satu tabii(sama ada semata-mata Tuhan atau semata-mata manusia) - dan penolakan doktrin kompleks Constantinople tiga-dalam-satu Trinitarian.



Doktrin Monophysite yang dipermudahkan ini kemudiannya tersebar ke kawasan yang luas: Anatolia, Syria, Levant dan Mesir, di mana ia mendapat sokongan yang kuat, dan sudah tentu, sehingga ke hari ini.

Constantinople menolak doktrin ini pada First Council of Ephesus, 431 M. Namun begitu, politik gereja yang bergerak dalam keadaan pelik, dan hanya 18 tahun kemudian, pada Second Council of Ephesus, mereka menerima doktrin ini pula. Dalam kegawatan politik yang berikutnya beberapa tahun kemudian, gereja "diterbalikkan" sendiri sekali lagi pada Council of Chalcedon, 451 M, di mana doktrin ini dikatakan menyimpang sekali lagi.

Pada hakikatnya , kita sedang menyaksikan di sini perebutan kuasa besar yang beroperasi di tiga peringkat : pertama, di antara Rom dan Constantinople mengenai siapa Empayar Rom yang sebenar dan siapa yang akan mengetuainya, kedua, perjuangan gereja Timur terhadap doktrin dalam Empayar Timur dan akhir sekali , perjuangan tentera Kristian yang menyimpang dan derhaka di Timur sepenuhnya menentang kuasa politik Constantinople dalam wilayah-wilayah timur.

Ini adalah tempat kejadian di mana Islam muncul - menjadi suatu wilayah politik yang teruk terbahagi dengan semua pelbagai kecenderungan sejarah, budaya dan politik . Islam hanya akan menambah - dan mewarisi - perkara yang rumit ini, dengan kuasa dan ideologi.


Diambil dan diterjemahkan daripada buku Graham E. Fuller - A World Without Islam



Terima kasih PM!


Assalamualaikum

1 comment:

  1. Islam hanya akan menambah - dan mewarisi - perkara yang rumit ini, dengan kuasa dan ideology? Apa kaitan artikel ini dengan krisis Syria hari ini?

    ReplyDelete