Peace

Saturday 14 February 2015

Aku pilih: Haiwan berhati manusia

"Ternyata kita lebih suka haiwan berhati manusia daripada manusia berhati haiwan."

Assalamualaikum

Penaku menari melakarkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa...

Cehh...haha...lagu...

Semalam bukan main lagi marah...semangat nak social critic...

Ni kenapa nampak macam happy je?

Haa...itulah...orang tak tahu...

Kalau kita nak nasihat...tak boleh dalam keadaan marah...sama macam hukuman...tak boleh dalam keadaan marah...

Aku geram dengan macam-macam isu yang timbul sebab Islam atau Muslim yang dikatakan terrorist...

Haa...percaya tak bila aku taip je perkataan 'terrorist' tu...terus 'tangan-tangan rahsia' ni dapat cari blog aku sebab terlampau paranoid dengan perkataan tu...

Bukan aku nak back-up terrorist...aku pun tak suka...just nak highlight tentang kesalah fahaman orang-orang yang tak tahu-menahu tentang Islam...

Waktu aku menulis blog ni...timelinenya agak dekat dengan insiden Charlie Hebdo.

Je Suis Charlie


Haa...apa bendanya tu pulak? Suis...suis? Hanya orang yang peka isu antarabangsa, isu Islam dan yang tahu bahasa Perancis je tahu maksud ni...

I am Charlie

Haa...nak tahu banyak cari sendiri...aku dah lari point ni...

Aku ulang...

Kalau kita nak nasihat...tak boleh dalam keadaan marah...sama macam hukuman...tak boleh dalam keadaan marah...

Itulah Islam...

Kalau kita nak didik anak-anak kita, kita kalau nak pukul untuk tujuan mengajar, tak boleh dalam keadaan marah...nafsu yang tak boleh kawal tu lah yang boleh bawa kepada mendera...

Daripada situ, orang luar nampak kita ni(orang Islam), kuat mendera...suami suka dera isteri...woman oppression...

Tapi dia orang tak tahu, hukuman pun ada hadnya...telah ditetapkan...contohnya macam suami yang ada masalah dengan isterinya...

First step, nasihatkan dulu.
Second step, asing tempat tidur.
Third step, barulah pukul.

Pukul pun dengan hujung kain yang diikat atau simpul...tu pun kat bahagian yang tak bahaya kalau pukul dan benda yang digunakan pun mesti kurang saiz dia daripada saiz kayu sugi...pukul tak boleh tinggalkan kesan...dan sebenarnya hikmah pukulan yang macam tak pukul ni sebenarnya nak buat isteri tu malu dengan kesalahan dia...

Yang tu aku baca dalam satu novel ni...

Syahadah Gadis Ateis

Kredit gambar ditujukan kepada satuhala.blogspot.com...blog penulis novel tu sendiri...

Nampak tak...pukul pun mesti tak boleh angkat ketiak...kalau letak buku celah ketiak, tak jatuh...benda ni pun sama dalam hukuman terhadap anak-anak yang degil...

Haa...tu baru intro...sebab kenapa tak boleh social critic time marah semalam...

Sebenarnya sebelum nak luahkan sesuatu tu, kita kena timbang betul-betul...kena debat dengan diri sendiri...biarlah orang nak kata kita gila ke...apa ke...yang penting kita jaga mulut...


Okay...masuk poin pertama...

Ni berdasarkan pengalaman sendiri...aku adalah satu kerja ni...kerja yang memerlukan aku berjumpa dengan macam-macam orang...

"Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam."

Sedap pula sambal tumis udang ni...teringat lauk ibu...

Kerja ni boleh dikatakan down-to-earth la...

Orang kata kalau nak kerja macam ni kena tahan maki...kena standby hati...kena rendah diri...kena sabar sikit(banyak)...

Kira kerja ni paling bawah laa dalam Pecking Order...

Kalau tak tahu maksud Pecking Order ni...ni maksud dia:

"The way in which people or things in a group or organisation are placed in a series of levels with different importance or status."

Tu ikut definition Merriam-Webster

Simply put macam sistem hierarki:



Kita akan jumpa ramai orang...ada yang nice...yang akan ucap terima kasih...yang senyum...ada yang biasa...tak cakap-apa...neutral...ada yang sombong...bongkak...angkuh...biasa yang jenis ni, dia akan marah-marah...muka tegang...pakai smart...

Tengokkan keadaan ni dah nampak dah kegoyahan sistem hierarki ni...sistem kapitalis...yang kaya menjadi lebih kaya...yang miskin menjadi lebih miskin...

Orang mungkin kadang-kadang terlepas pandang...kita struggle nak cari duit untuk masa depan kita...tapi jumlah duit tu fixed...maksudnya kalau kita dapat lebih yang selebihnya tu orang lain yang dapat...

Itu kelemahan sistem mata wang...kalau nak tambah duit lagi...nanti inflasi...dah inflasi mata wang turun...

Orang mungkin terlampau nak ikut negara-negara maju macam USA tapi tengoklah hutang negara tu macam mana pula...

Sampai sini, aku dah dapat satu poin...kelemahan sistem mata wang dan sebenarnya kita boleh hidup pun kalau tak ada wang...kita masih boleh berkongsi...bila berkongsi ni hubungan kita semakin erat...

Kalau perasan, kita semakin banyak duit, semakin jauh daripada orang-orang 'bawah'...

Kononnya, dikatakan maju...tapi apa erti kemajuan tu sendiri?

Tamadun-tamadun lain maju juga...yang dah musnah tu...kita ada belajar apa-apa tak?

Aku ulang...

Apa erti kemajuan tu sendiri?



Aku pernah bergaul dengan orang-orang atas...kebanyakan daripada mereka akan ada penyakit holier-than-thou...

Apa pula tu?

Maksud dia...rasa diri dia lagi bagus daripada orang lain...

Formaliti...

Biasanya...orang-orang besar ni pentingkan formaliti...kononnya memudahkan kerja...tapi sebenarnya menyusahkan kerja...benda yang senang pun jadi susah...

Contohnya, orang susah yang nak minta derma pun kena ada lesen...

Kalau betul pun orang yang minta-minta derma ni fake...orang tetap akan dapat pahala kalau bagi derma...bukannya orang tu fake ke tak yang jadi masalah...niat ikhlas tu...

So aku lari kepada orang-orang 'bawah'(?) Mereka pun memandang jelek kepada orang-orang atas...semakin jelas jurang antara kedua-dua jenis manusia ni...

Nak hindarkan rasa holier-than-thou ni mudah je...

Bakar bin Abdillah al-Muzani berkata: "Jika kamu melihat orang yang lebih tua, katakanlah: "Orang ini lebih dulu mendahuluiku dalam beriman dan beramal soleh, maka ia lebih baik daripadaku." Apabila kamu melihat orang yang lebih muda, katakanlah: "Aku telah mendahuluinya dalam berbuat dosa dan maksiat, maka dia lebih baik daripadaku." Dan jika engkau melihat sahabat-sahabatmu menghormati dan memuliakanmu, maka katakanlah: "Ini adalah keutamaan yang akan dihisab nantinya." Sedangkan apabila engkau melihat sahabat-sahabatmu tidak menghormatimu, maka katakanlah: "Ini akibat dosa yang telah aku lakukan." "

Cuba bayangkan kalau pemimpin buat kerja-kerja orang bawah...bagi aku tu pemimpin yang bagus...dengan buat kerja-kerja macam tu...rasa rendah diri tu akan wujud...

Masa aku tulis blog ni, Tuan Guru Nik Aziz baru sahaja dua hari meninggalkan umat Islam...bagi aku ni contoh pemimpin terbaik...

Nak lagi baik tengok Nabi Muhammad yang Charlie Hebdo sibuk cemuh-cemuh tu...walaupun pemimpin...tapi kat rumah bagindalah tukang jahit...bagindalah orang susah...

Takziah buat Tuan Guru...


Poin kedua, mungkin aku nak tambah pengalaman aku sebagai anak lelaki...satu-satunya anak lelaki dalam keluarga...abang sulung pula...

Jadi, apa-apa yang kau buat pasti kena pantau dengan parents...sebab dia nak yang terbaik untuk kau...

Kalau dulu, aku rasa pandangan hidup aku sangat berbeza dengan ayah aku...tapi semakin lama, aku semakin sedar bila usia dah menginjak 20...sebenarnya pandangan aku dan ayah aku tentang hidup semakin lama semakin bercantum...

Aku semakin hormat ayah aku...

Kalau dulu, aku ingat lagi masa kecil...sekolah rendah rasanya...aku pernah keluarkan kata-kata yang buatkan parents aku tersentak...

Lebih kurang macam ni:

"Takpe kakngah...nanti diorang dah tua...kita pukul balik..."

Tu kata-kata aku pada adik bawah aku dua tahun...aku pun tersentak bila ingat balik baris kata-kata aku tu...

Cara ayah aku mudah je...

Dia cakap yang aku masih tak faham lagi kenapa dia pukul aku masa kecil dulu...bila aku cakap pukul tu jangan ingat macam dera pula...macam aku cakap tadi...kerana mendidik anak...

Dia tunjuk kat aku cerita Anakku Sazali...cerita lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee...seniman kesayangan ayah aku dan juga seluruh rakyat negara ni...


Apa yang aku suka tentang filem ni moral yang disampaikan...dan soundtrack dia...sedih ya amat...aku tak faham kenapa filem-filem moden yang sedih-sedih tu tak nak guna soundtrack ni...lagi bagus daripada soundtrack ciplak orang punya...

Jadi, aku nampak kekecewaan ayah aku bila kadang-kadang aku tak bertanggung jawab...macam tak kunci rumah malam-malam...bila benda ni berlaku kat batang hidung aku sendiri...

Duduk rumah ramai-ramai tapi macam tak ada orang...kalau sampah tak buang...macam tu je laa...kalau pinggan tak basuh terbiar je laa kat singki...kadang-kadang lepas aku selesaikan semua tu...aku akan cari kucing...lepaskan tension...

Macam tagline blog aku...

"Ternyata kita lebih suka haiwan berhati manusia daripada manusia berhati haiwan."

P/S: Gambar kucing yang atas tu masa kat Kolej Kediaman 1...dulu...Kucing baru ni tak ada gambar pula...ada 4 anak dia...semua comel-comel...terubat luka... :)

Assalamualaikum

1 comment:

  1. setiap benda yang bernyawa mempunyai perasaan yang kadang kala kita tidak dapat melihatnya melalui pancaindera.Begitu juga haiwan.Bukan manusia sahaja yang mempunyai perasaan...Ciptaan Allah adalah yang terbaik buat makhluknya

    ReplyDelete