Peace

Wednesday 5 August 2015

Apabila Seorang Manusia Mengerti akan 'Mass Inertia'


Assalamualaikum

Sebenarnya nak tulis entry ni dulu sebelum entry yang sebelumnya tapi sebab dah lama tulis cerpen tu akhirnya share juga...

Bila sebut pasal Mass Inertia semua mungkin terbayangkan FIZIK...

Mass tu benda yang penting sebab tanpa mass kita takkan boleh menyentuh...dan ciri-ciri matter tu mesti ada mass...tak boleh dipisahkan kedua-dua konsep ni...

Inertia pula adalah ciri bagi apa-apa yang ada mass...dalam erti kata lain...inertia ni ada kat semua matter...

Apa pula maksud mass inertia?

Cuba Google...

...tapi kalau korang jumpa apa-apa kat internet...benda tu tak sama dengan apa yang aku nak tulis kat entry ni...

Biar aku terangkan daripada mana sebenarnya datang perkataan inertia ni...

Inertia tu perkataan Latin yang bermaksud 'kemalasan'...

Mudah je nak faham...


Bayangkan sebuah kereta yang tak bergerak...bila kereta tu mula bergerak...badan kita akan ke belakang...dan bila kereta tu berhenti...badan kita akan ke depan...

Kejadian pertama tu berlaku sebab mass badan kita 'malas' nak bergerak...dan kejadian kedua berlaku sebab mass badan kita 'malas' nak berhenti...

Itulah kepentingan tali keledar...ingatlah insan yang tersayang!

So, inertia tu 'malas'...tu je point nak cakap...

Mass pun ada maksud lain...pernah dengar media massa?
Media massa tu diambil daripada perkataan Inggeris; mass media.
Maksudnya, medium/wadah untuk massa/orang ramai tahu perkembangan semasa.

Jadi, mass kat sini membawa maksud orang ramai...dan inertia kat sini membawa maksud kemalasan...

Bukan bermaksud kemalasan orang ramai tapi entry ni nak menegur atau dalam bahasa moden, kita panggil social critic tentang conformity...

Aduh! Apa pula conformity tu?

Conformity ni senang kata kita selesa dalam kalangan orang ramai berkenaan pendapat kita sebab orang ramai pun ada pendapat yang sama...

Haa gitu...

'Selesa' ayat yang lebih selesa bagi menggantikan 'malas'...


Conformity ni sepatutnya bersifat neutral...tapi conformity selalu dikaitkan dengan benda-benda negatif...contohnya bila ditanya kepada umat-umat nabi penyembah berhala...mereka akan cakap ini apa yang dibuat oleh nenek moyang kami dan kami hanya menurut...

Nak tahu kenapa mereka hanya menurut?

Sebab mereka tak mahu kelihatan ganjil...


Ada satu pepatah Jepun ni...malaslah nak tulis dalam bahasa Jepun...

"Paku yang terpacak akan dihentak dengan penukul."

Haa...sebenarnya dah boleh terbayangkan maksud dia...

Dalam kehidupan seharian kita...dalam satu persatuan...dalam sejarah...dalam agama...dalam politik...

Apa yang buruknya tentang conformity yang buruk ialah kita malas berfikir...dan kalau berfikir pun tak cukup masak...dan kalau cukup masak pun...tak rasional...sebab kita bias dalam membuat keputusan berdasarkan pandangan orang lain dalam komuniti kita...

Tak dapat dinafikan juga ada conformity yang baik tentang undang-undang lalu lintas negara...tentang permasalahan yang berlaku dalam sesebuah tempat tu...yang dipanggil al-uruf wal-adat...

Bagi aku...dan mungkin bagi majoriti daripada kita akan mengaku tokoh terhebat menentang conformity yang buruk ialah para Rasul, terutamanya Ulul Azmi...

Tengok saja Nabi Muhammad...satu-satunya orang yang tidak pernah berbohong dalam masyarakat baginda...dan mungkin sampai ke ummat hari ini...sebab tu baginda ni kira ultimate role model...

Orang kata biar mimpi sampai ke bintang, kalau tak sampai sekurang-kurangnya jatuh di bulan...

Aku teringin nak quote satu hadith yang selalu aku pegang...

"Islam bermula dengan ganjil, dan ia akan kembali menjadi ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil."

Kalau nak tahu maksud 'ganjil' dalam hadith kat atas, aku syorkan korang cari sendiri...

Pertama, korang akan dapat pahala menuntut ilmu...
Kedua, korang akan dapat kepuasan mencari jawapan dalam menuntut ilmu...
Ketiga, dapat jadi orang yang peka untuk tahu hadith tu sahih atau tak...
Keempat, korang akan lebih ingat, faham dan terdorong untuk amal daripada membaca tanpa buat apa-apa...

P/S: "Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka." (ar-Ra'd, ayat 11)

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment