Peace

Wednesday, 7 March 2018

(Part II) Bedah Buku: A Comparison Between the Four Gospels

Assalamualaikum wbt

Entry kali ini bersambung dengan entry yang sebelumnya, iaitu:



Buku yang dibincangkan ialah:


oleh Dr. Muhammad Ali Al-Khuli

---------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim

Pada entry yang sebelumnya, saya ada cakap yang penulis ni agak biased tentang beberapa perkara dan kadang-kadang nampak agak menghentam atau provoke.

Dalam entry kali ni, saya cuba terangkan (insya-Allah), apa yang saya maksudkan.

Sebelum tu, saya ada terlupa nak bagi overview tentang buku ni dalam entry yang lepas, saya ambil overview ni daripada buku ni sendiri.

Overview:
1. Kenapa empat Gospel ni bertentangan antara satu sama lain?
2. Jesus Tuhan atau manusia?
3. Adakah Tuhan itu tiga (Tathlith), seperti yang dikatakan oleh Gereja, atau satu (Tawhid) seperti yang disampaikan oleh rasul-rasul?
4. Keampunan diperolehi melalui crucifixion (penyaliban) atau penyesalan dan perbuatan baik?
5. Adakah Jesus untuk semua manusia, seperti yang dipegang oleh Gereja, atau untuk orang-orang Israel pada zamannya sahaja seperti yang tertulis dalam Gospel?
6. Adakah Kristian hari ini betul-betul Kristian atau Paulian?
7. Adakah Paul layak untuk batalkan ajaran Jesus dan adakan kepercayaan baru?
8. Adakah keempat-empat Gospel ini, firman Tuhan atau cerita-cerita tentang Jesus yang ditulis oleh penulis manusia?
9. Di manakah Gospel sebenar (Injil) Jesus?
10. Macam mana Tuhan yang satu dalam OT (Old Testament) menjadi tiga dalam NT (New Testament)? Adakah zat Tuhan itu berubah mengikut zaman?
11. Adakah Jesus meramal kedatangan Nabi Muhammad?
12. Kalau NT bukan firman Tuhan yang sebenar, di manakah firman Tuhan yang sebenar?
13. Adakah wujud buku/kitab suci sekarang yang mengandungi firman Tuhan yang sebenar?



---------------------------------------------------------------------------------

Jadi, kita masuk semula point di mana kita nak menjernihkan apa yang dikatakan tentang penulis ni yang ayatnya berbentuk provokasi dan kadang-kadang kurang jelas.

Sebelum tu, saya nak tegaskan sekali lagi macam dalam entry sebelum ni yang saya bukan ahli dalam bidang ni dan mula berminat dan mengikuti perbandingan agama atau muqaranah al-adyan ni sejak 2010 lagi.

Semua contoh ni saya ambil daripada Bab 2 - About the Gospel of Matthew dalam buku yang kita bedah ni.


Pertama, tentang geneologi Jesus atau susur galur Jesus, asal-usulnya. Awal-awal lagi, penulis dah bantai Gospel of Matthew ni. Penulis cakap yang Matthew 1:1 bermula dengan 'the generation of Jesus'. Penulis cakap macam mana Jesus boleh jadi Tuhan tapi dalam masa yang sama ada 'generasi'.

Kalau perasan, ni kenyataan yang provok. Tapi yang ni kurang sikit provokasinya.

Kalau siapa yang baca entry lepas akan jumpa diagram ni:


Diagram ni dinamakan 'Scutum Fidei' atau 'Shield of Faith'.
'Perisai Keimanan'? Bolehlah...

Daripada diagram ni sebenarnya boleh nampak betapa kompleks dan mudahnya konsep triniti dalam masa yang sama. Bila saya cakap mudah tu, tak bermakna boleh terima dan percaya. Maksudnya, hmmm...bolehlah faham macam tu.

Father = Tuhan = Jesus = Tuhan = Holy Spirit

Dalam masa yang sama,

Father  Jesus  Holy Spirit

Jadi kesemua zat Father, Jesus, dan Holy Spirit ni berbeza tapi mereka bertiga tetap Tuhan. Ada yang cuba mudahkan dengan cara macam ni:

Gambar diambil daripada chefsteps.com

Kuning telur + Putih telur = Telur
Tapi, kuning telur BUKAN putih telur

Father + Jesus + Holy Spirit = Tuhan
Tapi, Father BUKAN Jesus BUKAN Holy Spirit

P/S: Pendapat peribadi saya ialah Tuhan ialah Tuhan, zatnya tidak akan sama dengan manusia atau apa yang dikatakan Holy Spirit tu. Holy Spirit yang dimaksudkan di sini ialah Ruhul Qudus atau sebenarnya malaikat Jibril sebab malaikat Jibril yang menghantar pesanan kepada Maryam. Lebih-lebih lagi, untuk turun ke dunia dan masuk ke dalam tubuh manusia. Sedangkan Nabi Musa yang nak tengok Allah pun pengsan bila gunung meletup sebab tak mampu terima Allah yang 'tajalli' (manifestasi secara nyata).

Masuk balik point pertama tadi, penulis cakap macam mana Jesus boleh jadi Tuhan tapi dalam masa yang sama ada 'generasi'. Macam diagram triniti tulah, orang Kristian faham macam mana perbandingan zat Tuhan. Mereka percaya yang Jesus tu manusia dan Tuhan dalam masa yang sama. Macam mana pula tu? Entahlah. Saya pun tak tahu. Itu semua berdasarkan kepercayaan dia orang.

Jadi, kemungkinan untuk orang Kristian terima point pertama penulis tu agak kurang sebab boleh jadi point tu dianggap satu provokasi.


Kedua, penulis cakap yang Matthew tulis susur galur Jesus bermula daripada Abraham (Ibrahim) sedangkan Luke tulis susur galur Jesus jauh bermula daripada Adam. Lepas tu, penulis provok dengan ayat 'Does God's word change?'.

Yang ni baru jelas sikit provoknya. Contohnya, kita ceritakan susur galur kita sampai atuk kita je pada si A. Tapi pada si B, kita ceritakan susur galur kita sampai Nabi Adam. Adakah bermaksud dua-dua tu bercanggah? Tak, sebab susur galur atuk kita tetap bersambung dengan susur galur sampai Nabi Adam.

Jadi, susur galur Abraham tu tetap bersambung pada susur galur sampai ke Adam. Cuma, Matthew tak tulis terperinci macam Luke.

P/S: Entah betul ke tak Luke tulis sebijik-sebijik nama keturunan tu.

Gambar daripada Robert Clifton Robinson



Ketiga, ada ayat-ayat atau hujah-hujah yang kurang jelas. Saya ambil contoh:

Matthew (1:11) says that Josias was Juda's king upon the Babylonian captivity. But II Chronicles (35-36) tells us that Josias died a long time before that captivity.

Penulis cakap yang Josias tu Raja Judah masa Babylon mula nak menjajah. Tapi dalam ayat yang Matthew 1:11 tu, tak ada pun tulis tentang tu. Saya pun pelik.

Hmmm...

Gambar daripada Wikipedia



Keempat, ada hujah penulis yang tak berdasarkan mana-mana ayat. Cuma, berbentuk soalan KBKK.

Contohnya, 'How can Jesus be God or God's son and have human geneology at the same time?'

Sedangkan, kat point pertama tadi dia dah bantai dengan soalan macam mana Jesus boleh jadi Tuhan tapi dalam masa yang sama ada 'generasi'.




Kelima, point penulis yang 100% provokasi.
Contohnya, penulis cakap Gospel yang ditulis oleh Mark dan John tiada langsung menceritakan tentang susur galur Jesus. Cuma Matthew dan Luke sahaja yang cerita. Penulis cakap yang Mark dan John lebih bijak daripada Matthew dan Luke: 'Tuhan' macam Jesus tak boleh ada atuk manusia!

100%


Kelima-lima point saya kat atas adalah tentang komen penulis mengenai susur galur Jesus. Penulis senaraikan 9 hujah beliau. Di akhir komen beliau, beliau tegaskan lagi yang adakah Tuhan buat 9 kesilapan dalam satu muka surat.

Ni jelas ayat provok, walaupun dalam 9 hujah penulis tu ada juga beberapa kesilapan. Contohnya, point ketiga kat atas. Satu lagi contoh, penulis cakap dalam Gospel of Matthew, susur galur daripada Abraham ke Jesus ada 41 generasi. Saya dah check dan kira, betul. Tapi penulis cakap dalam Gospel of Luke (3:23-38) cuma 26 generasi daripada Abraham ke Jesus. Saya check dan kira. Ada 56 generasi sebenarnya daripada Abraham ke Jesus.

P/S: Hmmm...penulis nak provok tapi ada buat kesilapan juga. Tapi tak kisahlah, tetap ada percanggahan dari segi susur galur yang Matthew dan Luke tulis tu. Itu tujuan asal kita nak baca buku perbandingan agama ni. Mencari-cari kalau ada kesilapan untuk diperdebatkan.

"Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya."
(An-Nisa' 4:82)

Alhamdulillah.
Cukup sampai di situ je kot. Tak boleh nak cerita in-depth sebab ni cuma blog je, bukannya buku. Nak tulis lebih mendalam kenalah buat research betul-betul sampai terkalam kitab. Kita ni cuma marhaen zaman moden, bukan ahli Kitab zaman kegemilangan Baghdad.


P/S: Dalam hati teringin nak naik mesin masa dan hidup zaman kegemilangan tu. Khalifah sanggup bayar dakwat penulis yang menterjemah kitab-kitab dengan emas yang setimpa dengannya. Atau pun zaman ni yang akan kembali menjadi zaman tu. :'(

Apa yang penting, nak cakap yang bila kita komen penulis ni, bukannya kita benci, tak suka. Cuma apa yang nampak 'lain' tu kita ketengahkan untuk berbincang. Bukannya perpecahan. Kepada pemilik buku ni, maaflah kalau ada berconteng-conteng bukunya. Jangan risau, ilmiah je...huhu

Assalamualaikum wbt

Semua yang baik datang daripada Allah. Semua yang buruk datang daripada saya dan kita. Ada kesilapan dalam penulisan ni, minta ditegur. :)

No comments:

Post a Comment