Peace

Saturday 23 March 2013

Ketika Melafazkan Tiada Tuhan Melainkan ALLAH & Cinta Rasulullah

Asyhadu an la i la ha illallah wa asyhadu anna muhammadarrasulullah
Tiada Tuhan selain ALLAH & Muhammad itu pesuruh ALLAH


Second book from Zainudin Hashim
Ketika Melafazkan Tiada Tuhan Melainkan ALLAH & Cinta Rasulullah

Assalamualaikum

Korang pernah baca previous book daripada siri ni?

Tajuk eh ALLAH IS CALLING

Ni deh:


I remember this as my birthday present. Thank you!

Meh tunjuk sikit siapa dia penulis yang tersohor tersebut...

Ustaz Zainudin Hashim


Apa kata aku tulis balik apa yang ada kat belakang buku ni (Second Book)?

Jom!

"Hidayah yang diterima telah mengubah cara hidup mereka dengan berlandaskan Islam berbanding sebelumnya.Justeru, buku Ketika Melafazkan Tiada Tuhan Melainkan ALLAH kali ini,akan menceritakan kisah insan lain yang turut menerima hidayah ALLAH.
Naskhah ini juga berusaha untuk mendedahkan kedua-dua perbezaan maksud antara dua perkataan yang sinonim dengan orang bukan Islam dan mereka yang cenderung kepada Islam iaitu taufiq dan hidayah.
Hal ini supaya para pembaca dapat membuat penilaian secara bijak bagaimana seseorang itu dikurniakan kepadanya taufiq terlebih dahulu sebelummendapat hidayah daripada ALLAH.
Walau bagaimanapun, untukmendapat hidayah ada bermacam-macam sebab, malah ada berbagai-bagai cara yang antara satu sama lain tidak sama.
Ikutilah kisah para muallaf yanglahir dari pelbagai latar belakang dan pengalaman. Membaca buku ini akanmeningkatkan mutu iman dan semangat anda."



Nak tau harga eh?

Semenanjung Malaysia: RM 17.00
Sabah & Sarawak:RM 20.00

Ucapkanlah kalimah toyyibah sebagai memperbaharui iman setiap hari


Antara cerita yang best aku nak kongsi dalam entry kali ni:

Kisah seorang muallaf yang bernama Siraj Wahhaj

Respect kat beliau sebab pernah dapat beberapa jemputan untuk bercakap tentang Islam dalam siaran televisyen kat beberapa negara Eropah secara live untuk jawab persoalan yang dikemukakan penonton.

Makin bersinarnya beliau bila diwawancara majalah dan akhbar berpengaruh di Britain.

Kemahsyurannya sampai menarik minat ramai orang termasuk bekas Setiausaha Negara USA,Madeleine Albright menjemputnya untuk membacakan doa perasmian di Dewan Rakyat Amerika, beliau adalah Muslim pertama yang melakukan sebegitu.

Respect!

Beliau dahulu merupakan seorang yang amat membenci Islam tapi dah tukar turn,hebatnya hidayah!

Siraj Wahhaj = Cahaya yang bersinar terang

Takziah juga kepada Sheikh Mohammad Said RaSheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang telah dibom berkenaan dengan pergolakan di Syria

No comments:

Post a Comment