Assalamualaikum
Dah ketuk pintu ke belum?
Pantun dua kerat pemula bicara
Waalaikumussalam nya mana?
Haha...
Erkk...
Tajuk saya malam ya...bukan 'BLACKOUT'...
Erkk...
Ok2...entry kali ni...nak start segmen baru sejak mula nak keluar daripada kelambu facebook dan twitter...
Sudah kubakar sang kelambu
Tidakkah kau terbau sesuatu?
Haha...
Erkk...
Segmen ni nak cerita pasal apa yang aku dapat pelajari daripada alam semulajadi...atau apa-apa yang sewaktu dengannya...amma ba'd...
Tajuk entry kali ni...pasal "Kegelapan Malam"
"Sesungguhnya dalam penggantian malam dan siang dan apa yang diciptakan ALLAH di langit dan di bumi tanda bagi orang-orang yang bertaqwa."
Bicara dahulu kenapa malam
Apa sebab datangnya ilham
Ilham datang daripada ALLAH
Tuhan penguasa akal dan hujah
Bermula daripada satu pertemuan
Terbawa aku ke rumah teman
Berbekalkan tenaga yang masih cukup
Sesampainya aku, kopi dihirup
Syukur aku masih hidup
Namun sanubari masih redup
Kuendahkan saja semua itu
Dan tiba jua ke satu pintu
Pintu terakhir hari ini
Di ILP Pedas akhir destinasi
Malam menelan segalanya
Kegelapan punca cahya tersirna
Kupulang dengan sepeda elektrik
Dengan ditemani bunyi cengkerik
Bulan culas tanpa bintang
Hadapan luas jalan terbentang
Angin berhembus seakan menyucuk
Keadaan menjadi dingin dan sejuk
Aku dihujani serangga melata
Singgah di badan, singgah di muka
Kekadang kegelapan menyentak kalbu
Betapa terangnya cahaya yang dirindu
Orang kata, bukan diri ini
Bila ada, enggan dipeduli
Akhirnya mata, mula mencari
Rupanya tiada, lagi di sisi
Itu yang pertamanya, kekadang aku tengok diri aku balik...muhasabah...aku banyak melebihkan perkara yang kurang penting berbanding apa yang ada di depan mata...
Ada bait-bait lagu berbunyi:
"Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Pabila ia sudah tiada di depan mata"
Bila tengok balik diri ni...banyak kekurangannya...
Lihat bintang di langit sana
Cuba kauhitung, biar kaukira
Betapa banyak makhluk dicipta
Sebanyak itu kekurangan yang kubawa
Kekadang tengok keluarga sendiri...terdetik walau sedetik lebih(maaf...yang ni cilok)...
"Dah selesai ke tugas aku sebagai anak?"
"Dah selesai ke tugas aku sebagai abang?"
"Dah selesai ke tugas aku sebagai cucu?"
Patut ke aku pandang yang lain selain keluarga? Hanya ALLAH yang tahu taufan yang melanda jiwa.
Sambungan bait lagu tadi:
"Tidak rela kulepaskan satu-satunya insan
Yang berikan ku segala makna kehidupan"
Kalau ikut makna asal lagu ni lain sebenarnya...tapi bukan ke "yang berikan ku segala makna kehidupan" tu ibu kita sendiri?
Yang melahirkan kita?
Yang menyusukan kita?
Yang membesarkan kita?
Yang mendidik kita?
Yang mengasuh kita?
Yang mengajar kita?
Yang menegur kita?
Ya...kita sepatutnya "tidak rela kulepaskan satu-satunya insan" tu...
Nak tau sebab apa?
Meh teman nak cerite...
Dikisahkan dari Muawiyah bin Jahimah, ia bercerita: Aku bersama Nabi untuk meminta pertimbangan dalam berjihad. Maka baginda bertanya, "Apakah kedua orang tuamu masih hidup?" Aku jawab, "Ya!" Baginda berkata, "Temanilah mereka berdua. Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kaki kedua-duanya." [Shahih At Targhib Wat Tarhib].
Berbaktilah kedua ibu bapamu!
Kebetulan hari ini HARI IBU!
Selamat Hari Ibu!
Assalamualaikum
wa'alaikumsalam. :') , penuh isi. mengingatkan diri yang selalu terlena :( terima kasih.
ReplyDelete#salah post ==' .
Maksud salah post?
ReplyDeleteErkk...
haha . takde papelahh ^.^
ReplyDelete